Thursday, December 30, 2010

Buat sehabis baik - bukan setakat lagu pengakap muda waktu sekolah rendah

Kadang-kadang kita rasa, kita dah jadi yang terbaik dan buat sehabis baik untuk orang-orang di sekeliling kita. Rasanya kita dah betul-betul penuhi apa yang mereka inginkan dari kita, dah berjaya puaskan hati mereka dan bahagiakan mereka dengan apa yang kita dah lakukan untuk mereka selama ni.

Tapi pernah tak terfikir untuk tanya mereka secara ikhlas, dari hati ke hati, dengan sepenuh jiwa, adakah diri kita ni dah betul-betul menepati piawai yang telah mereka tetapkan untuk memenuhi meter kepuasan hati mereka ? Adakah kita ini sudah betul-betul berjaya memuaskan, menepati dan memenuhi kehendak diri mereka dalam erti kata yang sebenarnya? Pernah tak?

Jangan tak tau, sebenarnya ramai yang suka memendam perasaan, memendam rasa ketidakpuashatian semata-mata untuk menjaga perasaan orang lain. Jadi seandainya ada masa terluang, apa kita kita luangkan sedikit masa dengan orang-orang tersayang dan sesiapa saja yang rapat dengan diri kita, dan tanyakan kepada mereka, adakah selama ini kita sudah cukup memenuhi apa yang sebenarnya mereka inginkan dari kita? Ataupun apakah selama ni kita pernah lakukan sesuatu yang sebenarnya langsung tak mereka sukai tapi mereka pendamkan semata-mata sebab nak jaga perasaan kita dan terlalu sayangkan kita? Adakah selama ni kita dah cukup membahagiakan mereka dalam hidup yang mereka kongsikan dengan kita? Adakah?

Mak aih. Emo lah pulak!

Tuesday, December 28, 2010

Contest si cilik dan stroller

Untuk pertama kalinya aku tergerak hati pula nak join satu contest ni yang dianjurkan oleh Puan Siti Aziah Abdul Raub. Dapat tau tentang contest ni dari seorang kawan yang turut join sama dalam ini contest. Kalau berminat nak join, sila klik di sini.


Setelah bersusah payah menyelongkar album-album gambar dalam pendrive, maka inilah yang terpilih untuk aku pertandingkan dalam contest tersebut. Taklah best sangat macam gambar contestant lain, tapi mana tau ada tuah kan? Presenting..


My baby, Rayyan Mikhail Mineka yang sedang kebosanan menunggu mama dan uminya berkeliling mencari kain pasang di Nagoya Textile.

Tak menang pun tak apa. Saja-saja join cari pengalaman.
Good luck, my sweetheart, my cutie pie & my whole world.

Monday, December 27, 2010

Ada zombie di sini

Semangat untuk menulis sudah lari alignmentnya. Kepenatan dan kengantukan akibat 'ekspedisi' panjang dari JB ke KL dan dari KL ke JB semula semalam masih lagi berbaki. Bertolak dari JB pada jam 11.00 malam pada malam Krismas 24 Disember dan kembali semula ke JB pada pukul 11.00 malam hari berikutnya adalah satu perjalanan panjang yang sangat melelahkan. Sangat-sangat. 

Serius, aku tak cukup tidur sepanjang satu hari itu. Sempat jugalah tidur beberapa jam sebelum terpaksa bangun awal lagi pagi tadi untuk hantar baby Rayyan ke rumah pengasuhnya sebelum ke tempat kerja. Rasa macam android berupa manusia. Tapi rasanya lebih kepada zombie. Zombie Kampung Pisang pun tak sepenat begini, weh. Sakit kepala dan lenguh-lenguh di seluruh badan tak sempat nak diuruskan dulu. Sudahnya terpaksa membuta beberapa puluh minit atas meja pejabat ni.

Tak usahlah aku khabarkan tujuan ke sana. Cukup sekadar urusan peribadi sebagai alasan. Itupun kepada yang berminat untuk ambil tahu.

Sekarang aku rasa macam nak sambung lagi sesi tidur selama beberapa minit sebelum jarum jam sampai ke jam 5 petang. Minta diri dulu.

Thursday, December 23, 2010

Jangan tutup lampu

Aku ni agak penakut orangnya. Tak berani tengok cerita hantu seorang diri walaupun cerita hantu yang bodoh punya lawak. Cerita-cerita macam tu automatik akan jadi menyeramkan gila bila kamu layan seorang diri. Kan? Tapi kalau bab-bab jadi tukang check bila ada sesuatu yang berbunyi lain macam di luar rumah atau dapur di malam hari, mesti aku akan offerkan diri secara sukarela. Itu kalau waktu tu tak ada orang lelaki di rumahlah.

Entah kenapa, tiba-tiba aku teringat pula satu kisah yang taklah menyeramkan sangat, yang terjadi kira-kira 7 atau 8 tahun yang lepas. Aku rasa semua orang pernah alami saat-saat yang menyeramkan dalam hidup. Walaupun aku ni bukanlah jenis yang terlalu obses dengan kisah-kisah tahyul, tapi makhluk-makhluk halus ni memang wujud di sekeliling kita. Setakat ni aku belum lagilah dapat gangguan yang teruk sangat. Minta dijauhkan. Cuma pernahlah juga ada pengalaman ditindih sampai tak boleh bergerak langsung even nak menjerit sikit pun tak boleh keluar suara langsung. Fenomena ini sebenarnya dipanggil sebagai sleep paralysis oleh para saintis di mana kita akan turut mendapat gangguan halusinasi ketika itu. Tapi aku bukan nak cerita tentang ini.

Ingat ya, cerita ni tak terlalu menyeramkan. Jangan nak harap sangat bulu roma kamu berdiri. No goosebumps here.

Deretan bangunan rumah kedai 2 tingkat yang kami duduki waktu tu dibina di atas sebidang tanah lapang yang dengar-dengarnya adalah tempat pembuangan benda-benda halus satu waktu dulu. Itu kata orang-orang veteranlah yang sudah tinggal lama di tempat tu. Mungkin betul juga sebab waktu bangunan tu sedang dalam pembinaan pun, dah ramai orang yang terserempak dengan benda-benda pelik di sekitar kawasan tu. Kebetulan pula, di belakang bangunan tu ada satu kawasan tanah lapang yang dijadikan tempat longgokan bongkahan batu-batu besar entah dari kilang mana. Atas bongkah-bongkah batu besar tulah dah ramai sangat orang ternampak ada seseorang duduk di atasnya di tengah-tengah malam buta. Jadi, kalau waktu malam, kami jarang sangat buka pintu belakang. Takut ternampak apa-apa yang pelik. 

Waktu tu aku masih muda belia. Adik aku yang nombor dua tu pun baru habis sekolah rasanya. Adik yang bongsu masih di tingkatan 1 kalau tak silap. Yang mengalami peristiwa ni adalah adik aku yang nombor dua tu. Tapi waktu kejadian, kami semua turut berada dekat di situ. 

Malam tu, macam biasa adik aku akan ke bilik air untuk mencuci muka sebelum tidur. Bilik air terletak bersebelahan tandas, di bahagian tengah rumah. Sewaktu mencuci muka tu, dia biarkan saja pintu bilik air terbuka. Yelah, bukan nak buat apa pun. Cuma nak cuci muka. Waktu tu aku dan adik aku yang bongsu berada di ruang tamu dan menonton televisyen. Ahli keluarga yang lain berada di bilik masing-masing.

Tiba-tiba adik aku yang berada dalam bilik air menjerit sekuat hati macam orang yang ketakutan sangat. Semua orang terkejut dan terus berlari menuju ke bilik air. Adik aku dengan muka terkejut dan agak marah terus pandang ke arah aku dan berkata, "Kau ni kak, kenapa buat macam tu? Terkejut aku tau!". Erk, apa yang budak ni cakap? Apa yang aku dah buat? Semua orang pun rasa pelik.

"Tadikan kau jengukkan kepala kat pintu ni masa aku tengah cuci muka. Siap pakai bunga-bunga kuning lagi kat kepala! Entah apa-apa."

Aku diam. Semua orang pun diam.

"Bila pulak aku jenguk-jenguk kau kat sini? Aku tengok tv kat depanlah."
"Kau jangan main-main kak. Siap sengih-sengih lagi. Mana kau buang bunga kuning besar kat telinga tadi tu?"
"Bunga kuning?"

Semua orang saling pandang-memandang. Tengok pada gaya dan muka adik aku, memang tak ada ciri-ciri sedang bercakap bohong pun. Serius je mukanya.

"Betullah. Kau jenguk-jenguk aku tadi. Aku nampak jelas muka kau tadi. Siap senyum-senyum lagi. Seram gila muka! Kau..."

Belum sempat dia habis cakap, aku dah cabut lari sekuat hati diikuti oleh semua orang di situ sambil masing-masing menjerit-jerit takut. Semua orang termasuk adik aku. Kami masuk bilik dan kunci pintu. 

Kau bagitau aku sekarang, dah kalau bukan aku yang menjengukkan kepala dengan bunga besar warna kuning yang terselit kat kepala sambil tersenyum lebar kat adik tu, siapa lagi? Dah tu, kenapa muka dia macam muka aku?

Kemudian beberapa malam berikutnya, sekali lagi adik aku tu dapat gangguan. Lebih kurang pukul 2 pagi, sewaktu semua orang sedang nyenyak tidur, tiba-tiba adik aku menjerit sekali lagi. Waktu tu aku dan dia berkongsi bilik. Waktu malam memang lampu bilik kami matikan. Jadi suasana memang gelap dan suram. Terkejut besar aku bila dia menjerit pagi-pagi buta tu. Bila aku bangun, dalam samar-samar aku tengok adik aku tu tengah duduk di atas katilnya dengan muka cemas dan takut. Katil adik aku tu terletak bersebelahan dengan tingkap. Bilik kami berada di tingkat 2 dan tingkap itu sengaja kami buka di waktu malam.

"Kau kenapa?"
"Aku takutlah kak."
"Takut kenapa? Kau mimpi ke?"
"Tak. Tadi aku rasa muka aku ni macam kena kibas-kibas lembut dengan kain. Bila aku terbangun, aku terus pandang tingkap."

Aku dah hampir-hampir nak terkencing.

"Aku nampak ada benda terbang kat luar. Dia terbang slow motion je kat tingkap ni. Aku nampak kain panjang warna putih. Rambut pun panjang. Tapi muka tak namp.."

Fuh, tak sempat habis cakap aku dah pecut lari keluar dari bilik.

Apakah itu ya? Kata keluarga aku, jangan kacau 'dia'. Nanti 'dia' stoplah tu.

Dah habis. Tak meremang pun bulu roma kan? Aku dah cakap tadi.

p/s: aku tak nak letak gambar yang seram-seram kat sini. Takut nanti aku sendiri yang takut nak buka blog ni.


Wednesday, December 22, 2010

Sempurna

Hey, dengar sini.

Kamu carilah di mana-mana pun pelosok dunia, kembara ke serata benua dan rantau, berenang di tujuh hamparan segara, berterawang di tujuh lapis langit atau menggali sedalam tujuh lapisan tanah sekalipun. Percayalah. Kamu  tak akan jumpa walau secarik atau sekelumit pun manusia yang penuh kesempurnaan. Tak akan.

Jadinya, jangan harapkan walau sedikitpun, aku adalah salah seorang manusia sempurna yang bakal kamu jumpa dalam pencarian itu. Mengharapkan aku menjadi sempurna untuk diri kamu adalah satu anganan mustahil sebab kamu sendiri tak ada kesempurnaan itu. 

Maka, terimalah aku seadanya. Seadanya aku. 

Dan jangan lupa. Syukuri itu.


Sunday, December 19, 2010

Jadual waktu bekas pelajar 5 Sains

Aku suka hujung minggu. Boleh habiskan masa dengan keluarga. Boleh bangun pagi-pagi dan mencuci baju sebakul besar, mandikan dan siapkan anak-anak, mengemas rumah yang jarang terkemas, memasak juadah tengahari dan makan beramai-ramai (oh ya, juadah hari ini adalah nasi putih dan tomyam thai, membuatkan seisi rumah yang diserang selsema beramai-ramai tiba-tiba berselera makan), tengok rancangan Melodi dan berehat-rehat sekejap. Bergerak lagi untuk buat sesuatu sebagai menu minum petang. Kemudian sekali lagi mandikan dan siapkan anak-anak di waktu petang, mengajar mereka membaca dengan buku Bacalah Anakku (agenda harian sepanjang cuti sekolah supaya mereka semakin lancar membaca dan tak hilang ingatan terhadap apa yang dah dipelajari di sekolah tempat aku bayar yuran tiap-tiap bulan), menyediakan juadah makan malam sebelum makan malam, memberi mereka minum Scott Emulsion dan vitamin supplement sebelum tidur, mengemas bilik tidur mereka sebelum menidurkan mereka, dan oh, leganya mereka dah tidur, kemas rumah lagi serba-sedikit, tengok televisyen beberapa minit, online sekejap kalau mata tak perlu disengkang dengan batang mancis dan tidur. Fuh, penat. Tapi bahagia.

Kena tunggu lagi seminggu baru boleh ulang aktiviti yang sama sebab esok dah kerja dan jadual hidup pun dah berubah. Sekian.

Thursday, December 16, 2010

Sebab aku anak sulung

Bagi aku, dua unsur atau nilai penting yang perlu diterapkan dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi adalah disiplin dan tanggungjawab. Rasanya aku seorang mama yang penyayang tapi dalam masa yang sama juga tegas. Mungkin sebab aku adalah anak sulung dalam keluarga jadi sedari kecil aku merasakan dua sikap itu sudah tersemai dalam diri aku.

Terlahir sebagai anak sulung akan membuatkan kamu memangku tugas sebagai seorang ketua, pengarah, pengurus, mentor dan juga pekerja bawahan. Semua tugas di rumah akan tergalas di bahu kamu secara automatik sama ada kamu rela atau tidak. Kamu akan ada protege yang perlu dibimbing, diajar, dimarah dan kadangkala diberikan pelempang jika keadaan memerlukan. Nasib baik waktu tu protege aku tak ramai. Cuma dua orang budak perempuan pemalas yang tak suka mengemas rumah dan bilik.

Sikap menguasai, melindungi dan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk memastikan semuanya berada dalam keadaan dan jalan yang betul sangat melekat dalam diri aku. Jadi aku terdidik menjadi seorang yang disiplin, teratur dan bertanggungjawab. Kadang-kadang semua sikap tu membuatkan aku menjadi sangat letih dan penat, tau tak? Tapi semua sikap itu juga yang banyak membantu aku pada hari ini.

Aku tak memanjakan anak-anak secara keterlaluan dan berlebihan. Tak akan. Itu bakal membuatkan mereka menjadi manusia yang tak boleh berdikari, tak boleh sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, tak matang, tak berdisiplin dan tak bertanggungjawab. Aku nak mereka jadi manusia yang tak akan timbulkan rasa sakit hati, tak puas hati dan jengkel pada orang lain. Bukan manusia sempurna tapi cukuplah kalau tak memiliki terlalu banyak ketidaksempurnaan. Itu sahaja.

Haha. Taklah seteruk ni kot.

Tuesday, December 14, 2010

Hari pertama Rayyan

Aku tak pernah hantar mana-mana anak aku ke rumah pengasuh sebelum ni. Anak kembar aku, Alyaa Nazura dan Alysaa Najwa pun aku jaga sendiri sampai umur 3 tahun. Agak-agak mereka dah pandai berdikari dan boleh aku tinggalkan dalam pengawasan orang lain di rumah, barulah aku ambil keputusan untuk bekerja.

Disebabkan sangat susah mencari maid sekarang, sementelah pula emak bapa aku masih bekerja dan si gigi besi sudah tiada di rumah kerana melanjutkan pelajaran di Shah Alam, maka keputusan terakhir yang aku ambil adalah menghantar Rayyan Mikhail kesayanganku, cintaku, buah hatiku dan pengarang jantungku ke rumah pengasuh dengan hati yang sangat berat, sayu, pilu dan sedih walaupun cuma berjarak beberapa minit perjalanan sahaja dari rumah.

Ini hari pertama Rayyan di rumah pengasuhnya. Aku harap si hero itu tak melalak sepanjang hari sebab ini betul-betul kali pertama bagi dia duduk di rumah orang lain sampai pukul 5 petang. Tapi yang sangat aku harapkan, tak ada satupun barang-barang atau perkakas di rumah pengasuh itu nanti yang mengalami kerosakan akibat perbuatan cinta hatiku itu.

Baby, miss u so much!!
Rasa macam aku jauh kat benua Afrika..


Apalah agaknya Rayyan tengah rosakkan buat sekarang ya?

Monday, December 13, 2010

Legging buat kau nampak hot

Aku ni jenis yang suka sangat perhatikan gelagat orang. Tabiat buruk ini terbawa-bawa sejak dulu lagi sewaktu masih muda belia. Biasanya kalau tak ada kelas atau hari cuti di hujung minggu, aku dan kawan-kawan baik aku akan habiskan masa dengan merayau-rayau di mana-mana shopping complex untuk release tension dan pilih port yang strategik untuk lepak-lepak sambil perhatikan gelagat orang yang lalu lalang dan kemudian bergelak-ketawa macam orang gila tanpa rasa bersalah dan berdosa. Keji betul.

Sampailah sekarang ni, kadang-kadang akibat terlalu asyik dan taksub perhatikan orang yang lalu-lalang sambil mengomel sendiri dalam hati tentang apa-apa yang tak kena pada penampilan atau gaya orang tersebut (sebab dah tak ada geng untuk mengutuk lagi macam dulu), aku akan terkejut seterusnya malu sendiri bila tersedar secara tiba-tiba dari perbuatan tak berfaedah tu, kemudian pandang kiri kanan dan buat-buat cool.

Kali terakhir aku terjebak dalam kancah ini adalah beberapa hari yang lepas di mana mangsanya adalah seorang remaja perempuan bertubuh montel. Dia tak menarik perhatian ke kalau tiba-tiba muncul di hadapan kau dengan baju sendat dan pendek DAN memakai legging nipis paras lutut yang super duper ketat hingga menampakkan segala lekuk dan bayangan yang boleh merosakkan penglihatan dan meracun pemikiran? Aku yang sama jantina dengan dia je macam nak tersembul biji mata, apalagi yang berlawanan jantina?

Aku pun ada legging, okeh. Tapi aku takkan sanggup nak pakai dengan baju pendek dan ketat.

Girls, gunakan otak anda, jangan simpan baik-baik dalam tempurung lutut.

Fesyen legging dicakar kucing.

Saturday, December 11, 2010

Rupanya aku scoleciphobia!

Semua orang ada ketakutan terhadap sesuatu dalam diri masing-masing. Ketakutan yang melampau dan ekstrem terhadap sesuatu dipanggil fobia. Ada beratus-ratus jenis fobia yang dicatatkan ada di muka bumi. Kebanyakannya kedengaran agak janggal, pelik dan lucu.

Setelah membuat sedikit kajian dan pencarian maklumat dalam internet, baru aku tau rupanya rasa takut dan geli aku yang melampau pada semua jenis cacing dan ulat tanpa mengira saiz dipanggil scoleciphobia! Serius, aku fobia betul bila berdepan dengan makhluk-makhluk kecil yang sangat hodoh dan menggelikan tu walaupun hakikatnya 'mereka' cuma haiwan kecil yang langsung tak berdaya. Situasi berdepan dengan makhluk ini secara automatik akan menjadikan aku mahkluk yang hodoh lagi menakutkan berbanding haiwan itu sendiri.

Kamu pun boleh tahu apa jenis fobia dalam diri kamu dengan merujuk di sini dan di sini. 


Euwww. 
Aku tak sanggup nak google gambar-gambar
menatang ni dengan lebih terperinci lagi. Cari
gambar ni pun sambil pejam mata!

Thursday, December 9, 2010

Memori 7

Tarikh: Sekitar tahun 2000
Lokasi: Kompleks Pengangkutan Awam Larkin, Johor Bahru

Aku dan Maizatulakmal Mahmood merayau-rayau di kompleks itu sebelum kepenatan dan kehausan. Terbit idea untuk melahap ABC di food court tingkat 2. Pesan dua mangkuk ABC di gerai paling hujung sebab ada seorang balak cute di situ. Gatal. Tapi serius, budak tu memang cute. Kau bukan perempuan normal kalau tak pandang dia 3,4 kali.

Sambil makan dan rebut-rebut kacang merah dan buah kabung dalam ABC, sambil banyak kali sesekali jeling-jeling pada figura menarik tu. Fuh, makan ABC dihiasi dengan pemandangan indah macam tu, memang sangat cool.

ABC habis licin. Berebut nak pergi bayar sebab nak main-main mata dengan balak tu. Persaingan sengit untuk tarik perhatian beliau. Celaka! Maizatulakmal Mahmood berjaya bangun dengan kecepatan tinggi dan meluru laju ke arah gerai tersebut dengan penuh gaya. Rasa macam nak baling dengan dua biji mangkuk kosong.

Terbakar sikit hati dan jantung bila si cute itu berbalas-balas senyum dengan Maizatulakmal Mahmood. Ciss! Dia senyum lagi, versi yang lebih panjang dari tadi sambil bertentang mata dengan si debab itu. Duit bertukar tangan dan masih senyum lagi. Grrr.. Lepas ni aku nak luku kepala Maizatulakmal Mahmood sebanyak 3 kali.

Dari jauh Maizatulakmal Mahmood berlenggang-lenggang kangkung menuju ke arah aku dengan senyum dan muka minta penumbuk. Eh, kejap. Ada sesuatu yang berkilat di bahagian bawah pipi sebelah kanan, berdekatan dengan hujung bibir Maizatulakmal Mahmood. Apakah?

Semakin dia mendekat, kilatan di pipi semakin ketara. Nampak agak kehijauan.

...........................................

Wahhhh, aku dah tau apa tu!

Setelah bergegak-gempita berketawa-ketawaan besar-besaran hingga hampir menggelupur atas lantai, barulah aku suruh Maizatulakmal Mahmood menyapu pipinya dengan jari.

"S**t!" kata beliau menahan malu sambil menarik tangan aku dan berlalu dari situ sepantas kilat. Pada jelingan terakhir, aku lihat si cute masih tersenyum panjang.

"Lahabau kau, Kasma! Kenapa tak bagitau ada lengkong hijau kat pipi aku dari tadi? Patutlah mamat tu senyum tak sudah sambil tenung-tenung pipi aku!" maki Mai sambil bergelak-gelak macam orang gila dengan aku.

Saiz lengkong itu agak besar, okeh. Dan berkilat.

Yummy!!

Wednesday, December 8, 2010

Tahun baru membuatkan orang bernama Azam sangat popular

02 Muharram 1432 Hijrah

Entri terlewat. Baru nak cerita tentang azam. Seperti tahun-tahun yang sudah, aku memang tak pernah buat azam pun setiap kali masuk tahun baru. Tak kiralah tahun baru ikut takwim Hijriah atau kalendar Masihi. Sebabnya jarang sangat apa yang aku azamkan tu menjadi kenyataan atau tertunai di dalam tahun itu. Jadi untuk mewujudkan hubungan yang lebih diplomatik dengan diri sendiri, maka aku azamkan sahaja agar tahun itu menjadi tahun yang lebih baik berbanding tahun yang sudah.

Wishlist memang ada. Tapi aku tak fokuskan untuk mencapai sasaran merealisasikannya dalam tempoh setahun itu saja. Wishlist aku adalah senarai keinginan, harapan dan cita-cita yang perlu aku capai untuk seumur hidup aku di muka bumi. Bukan setakat keinginan untuk memiliki gadjet-gadjet canggih serta barang-barang mewah yang memerlukan aku terikat hutang dengan bank selama paling kurang bertahun-bertahun atau biasanya berpuluh-puluh tahun lamanya.

Sekejap. Ada satu azam kecil yang aku harap dapat laksanakan tahun ini iaitu mengurangkan kadar volume suara aku setiap kali menjerit sebagai tarzan yang sedang memanggil anak-anaknya untuk mandi, makan atau memburu mereka selepas mereka berjaya menyepahkan barangan permainan mereka tanpa mengemasnya semula iaitu modus operandi utama geng ini.

Doakan itu tercapai.

Tuesday, December 7, 2010

Mencincang air

"Budak-budak zaman sekarang dengan sedara-mara tak nak kenal-kenal. Jumpa pun sesekali je bila hari raya atau ada majlis kenduri-kendara.  Bila selisih tengah jalan pun tak kenal muka. Kalau orang-orang tua dah tak ada nanti, lagilah teruk."

Itu kata nenek dan mak aku yang turut mewakili semua golongan veteran yang masih ada pada masa ini. Memang betul pun. Aku sendiri masih tak berapa kenal sangat dengan keluarga besar belah mak dan bapak aku yang bersepah-sepah atas muka bumi ni. Tak tau dia ni dari belah mana, tersangkut kat salah silah tingkat berapa, dari mana punca susur galurnya, pangkatnya apa pada aku dan kadang-kadang tak tau apa gelaran yang nak dipanggilkan.

Itu aku boleh terima lagi. Sebab di celah-celah kesibukan kita dalam hidup di zaman ini, memang sangat jarang punya masa yang cukup untuk berjumpa, berkenal-kenal dan beramah mesra.

Tapi kalau jenis saudara-mara yang memang kita kenal malah duduk sekampung lagi, tapi bila berjumpa pura-pura tak nampak dan buat-buat pandang ke arah lain dengan muka ketat, aku tak tau nak kategorikan dalam kelas apa. Apakah kerana mereka-mereka sudah pakai kereta yang besar sedikit saiznya dari kereta orang lain, maka itu jadi satu tiket untuk menjadi SOMBONG dan TINGGI DIRI?

Oh, tolonglah. Darah kita masih sama. Warna merah. Bukannya darah kau bercampur dengan emas 10 pun.

Plagiarisme

Bila kamu perasan ada seseorang yang suka memplagiat hasil karya kamu yang tak seberapa, mengolahnya kembali dengan sedikit perubahan dan menganggapnya sebagai hasil perahan otak sendiri, memang sudah cukup menyakitkan hati.

Disebabkan tiada hak paten dan hak cipta untuk karya sendiri yang memang tak seberapa itu dan sedar diri bukan siapa-siapa pun, maka anggap sajalah yang orang itu cukup mengagumi kamu dalam diam dan mengidolakan kamu sebagai pemuja rahsia sebab dia tak pernah menyuarakan kekagumannya secara lisan atau bertulis. Tak akan.

Wah, aku sekarang ada pemuja rahsia!

* ketawa bangga *

Heh, lagipun siapalah aku untuk dieksploitasikan.

Monday, December 6, 2010

Dengar sini..

Menemankan seseorang keluar bershopping dengan poket yang cuma berisi beberapa ringgit sahaja adalah satu keadaan kritikal yang sangat membengkakkan hati dan mata. Okeh.

Jadi, elakkan.

Kecuali kau ada alat bantuan pernafasan beserta tabung gas oksigennya sekali.

Saturday, December 4, 2010

Hampir-hampir aku tak berada di sini lagi

Jumaat - 3 Dis 2010
Jam 3: 56 petang.
Lebuhraya (PLUS) Senai

Hujan lebat. Suami bawa kereta dengan kelajuan 60 km/j di lorong kiri lebuhraya. Dalam perjalanan pulang ke Pasir Gudang dari Taman Universiti, Skudai. Tak berani bawa laju-laju kesan trauma melampau akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2007.

Di lorong kanan, semua kereta meluncur gila laju. Hujan lebat bagai tak menghalang. Honda Civic dengan kelajuan 110 km/j. Toyota Corolla dengan kelajuan 100 km/j. Honda Accord, Ford Ranger, Toyota Camry, Grand Livina, semua memecut macam pelesit. Fuh, gila betul! Tapi tak berapa nak hairan sebab semua kereta tu mahal-mahal dan sudah tentu dilengkapi dengan sistem brek yang baik dan ciri-ciri keselamatan yang hebat. Setandinglah dengan harganya. Jadi, pemanduan kami diteruskan dengan penuh etika dan sopan-santun.

Kejap. Ada sebuah lagi kereta nak memotong di lorong kanan. Fuh, berdesup! Kereta Wira rupanya. Warna putih. Terkejut sekejap sebab memang gila punya laju. Belum sempat nak mengutuk, kereta tersebut yang berada beberapa meter saja di depan kami hilang kawalan, tergelincir barangkali dan berpusing 2,3 kali tanpa kawalan. Terkedu dan terkesima. Pasrah. Dan hampir pitam.

Kereta tu terhenti melintang di tengah lorong kanan. Bumper belakangnya tergesel sedikit pada besi pembahagi jalan. Ya Allah, rasa macam jantung aku dah hilang dan tak berada di tempatnya lagi. Alhamdulillah, panjang lagi umur kami. Belum ajal. Kalaulah waktu itu ada kenderaan lain yang turut meluncur laju di belakang kereta Wira tu, aku yakin aku dan suami mungkin terlibat sama kalau terjadi apa-apa. Lagi-lagi kalau yang mengekor tu lori treler. Aku tak nak bayangkan. Selisih.

Kami melepasi kereta Wira yang aku yakin pemandu dan penumpangnya rasa macam mati hidup semula. Pemandu kaku di tempat duduk dengan muka pucat lesi dan mulut ternganga. Kami yang nampak pun dah beku-beku dan kebas-kebas sendi lutut, apalagi mereka yang berada di dalam tu. Bila aku pandang ke belakang semula, kereta Wira tu pun dah berpusing balik dan dipandu perlahan di lorong kiri. Tertunggu-tunggu juga kalau-kalau dia masih mahu memotong kami di lorong kanan dengan kelajuan sama seperti tadi. Tak agak-agak. Serius, jantung aku berhenti berfungsi beberapa saat dan tangan aku menggeletar tak sudah macam penyakit parkinson. Baru hampir-hampir terlibat kemalangan dah begitu rasanya. Uish, minta dijauhkan.

Seruan aku, kalau memandu tu ingat-ingatlah tuhan. Ingat-ingatlah orang-orang tersayang yang kita bawa bersama dan juga orang-orang tersayang yang akan bersedih jika kita meninggalkan mereka dengan cara yang begitu sadis, yang sepatutnya dapat dielakkan jika kita menggunakan kewarasan fikiran kita ketika berada di jalan raya.


Syukur alhamdulillah sebab Allah masih lagi memberi kami peluang bernafas di atas muka bumiNya ini.

Oh ya, kereta nasional bukan tak bagus, sebab aku pun pakai kereta nasional. Tapi sendiri mau ingatlah. Kan?




Thursday, December 2, 2010

Kasyah kau dan aku

Kasyah adalah watak budak nakal dalam novel remaja popular yang menjadi rebutan budak-budak perempuan di perpustakaan sekolah aku, karya Ahadiat Akashah. Rasanya novel-novel tu tak pernah jejak di rak buku kot, sebab bila seorang peminjam akan memulangkan novel tu di kaunter pemulangan buku, peminjam lain dah siap-siap berdiri di sebelah untuk memulakan acara merebut novel. Kulit novel pun dah lunyai habis. Diterbitkan pada 1985 dan menjadi sangat fenomenal pada zamannya.

Aku mula baca novel tu sejak di bangku sekolah rendah lagi, tahun 90an. Waktu tu novel-novel tu belum digabungkan menjadi satu lagi. Masih lagi perlu dibaca secara berasingan yang terdiri dari Budak Setan, Budak Setan 2, Budak Setan 3 dan Katerina. Bila dah digabungkan, maka jadilah ia sebuah novel yang sangat tebal.

11 tahun yang lalu pula aku masih lagi bergelar seorang penuntut di sebuah IPT. Setiap detik pada waktu itu terlalu indah untuk dilupakan. Masa muda yang tak pernah mendung ibaratnya. Pada waktu itu juga, aku mempunyai seorang belahan jiwa versi perempuan iaitu Maizatulakmal Mahmood. Boleh kenal dengan beliau di sini. Kisah dia juga banyak aku kongsikan dalam entri-entri aku yang bergenre "Memori". Ep, kami bukan lesbian okeh. Betulkan fahaman anda terlebih dahulu.

Apa kaitan semua yang aku ceritakan di sini?

Pada 11 tahun lalu itu juga aku telah sekali lagi berjaya mengkhatamkan novel tersebut dan diikuti pula oleh Maizatulakmal Mahmood. Membaca novel sedemikian rupa untuk remaja perempuan normal seperti kami akan membuatkan jiwa berkocak-kocak halus. Hanyut dibawa perasaan dan terasa seolah-olah turut masuk ke dalam cerita. Betapa kami sangat terpegun dengan watak Kasyah dengan cinta sucinya hingga bercita-cita untuk menjumpai lelaki sedemikian rupa di alam realiti. Heh, klise!

Ditakdirkan Maizatulakmal Mahmood ditemukan dengan Kasyahnya pada usia 22 tahun dan aku bertemu dengan Kasyah aku pada usia 23 tahun. (Eh, baru perasan. Mudanya aku kahwin!) Akhirnya, ya akhirnya, kami dah berjaya jumpa dengan Kasyah kami masing-masing.

Rasanya walau sekuat dan sebesar mana pun usaha kamu untuk mencari Kasyah yang terhebat, ia tak mungkin akan menjadi kenyataan sebab mana-mana Kasyah pun di dunia ini tetaplah bukan manusia yang sempurna. Cukuplah jika perasaan cinta, sayang dan saling menghargai sentiasa berputar dalam lingkaran hidup kamu dan Kasyah kamu sendiri. Terima sajalah kekurangan dan hargailah seutuhnya kelebihan yang ada pada diri kamu dan Kasyah kamu.

Untuk Maizatulakmal Mahmood, kau manusia berjiwa kuat yang pernah aku jumpa. Kasyah kita mungkin tak sama. Tapi aku harap cinta antara kau dan Kasyah kau tak berkurang walau sedikit pun. Dan aku harap sangat supaya Kasyah kau dapat menghargai besar dan kukuhnya cinta kau pada dia yang dah kau pupuk sejak sebelum berjumpa dengan dia lagi, 11 tahun yang lalu. Dan ini untuk aku juga.

Aku sayang kau, Maizatulakmal Mahmood!

Tuesday, November 30, 2010

Gegaran jiwa

Berdepan dengan manusia yang selalu merasa dirinya saja yang betul membuat aku merasa lemah dan mual. Rasa bisa menyengat dalam jiwa dan otak, sengal-sengal macam digigit binatang buas.

Golongan begini biasanya mata dan mindanya dah disetkan untuk mengesan kesalahan orang lain semata-mata. Tak pernah nak sedar kekurangan dan kekhilafan diri sendiri sampai ada kamikaze yang berani menegur, barulah dia tersedar (sekejap).

Tapi tiada yang berada di puncak kesebalan dan kejengkelan aku selain dari bersemuka dengan manusia yang tak tahu nak menjaga perasaan orang lain. Di kala kita selalu berusaha sedaya upaya untuk tidak melukakan atau mengecilkan hati orang lain di sekeliling kita hingga kadangkala kita sendiri yang terluka, wujud pula kelompok mahkluk yang ditakdirkan tidak dikurniakan dengan apa yang kita panggil perasaan dan rasa segan.

Hoi, tak ada satu pun yang sempurna di muka bumi ini lah.
Alpa pula aku.

Tapi rontaan jiwa sebaiknya diluahkan dari bernanah dan membusuk di dalam sana.

Sunday, November 28, 2010

Tolong tenangkan aku

Aku tak tau dari belah mana aku mewarisi satu tabiat buruk ni.

Aku bukanlah jenis yang kalau sedang menghadapi masalah hidup atau masalah negara, akan berterus-terusan memikirkan tentang hal itu setiap masa hingga terbawa-bawa ke dalam tidur. Macam seorang kawan rapat aku yang selalu datang ke pejabat dengan muka sembap dan mata bengkak akibat tak boleh tidur semalaman kerana terlalu memikirkan masalah yang sedang dihadapinya walaupun cuma sekadar terlalu risau bila ada yang berkata "kau macam dah gemuk sikit kat bahagian leher atau lengan atau dagu atau paha". Maaf kawan. Cuma sebagai contoh walaupun kedengaran terlalu sarkastik. Kau taklah seteruk tu sebenarnya. * sengih *

Tapi biasanya aku sangat kalut di fasa awal menerima kedatangan atau kemunculan apa juga masalah ke dalam hidup aku. Contohnya, aku pernah terpicit tiub pencuci muka pada berus gigi aku sebelum digosokkan pada gigi. Bila dah gosok dua tiga kali baru aku perasan rasa 'ubat gigi' itu agak berlainan dan sangat aneh pada hari itu. Aku juga pernah mengalami sedikit lecur di tangan kerana tak perasan air panas menggelegak yang aku curahkan ke dalam termos air panas sebenarnya sudah memenuhi termos hingga melimpah ruah. Pernah juga secara tiba-tiba terhilang ingatan yang agak kronik sewaktu hendak mengambil wudhu' dan terlupa beberapa tertib atau susunan awal dalam rukun wudhu'.

Tapi yang paling dahsyat dan terbaru setakat ini adalah, aku terdaftar nama Alyaa Nazura di kaunter pendaftaran klinik padahal yang demam ketika itu adalah Alysaa Najwa! Itupun aku tersedar sewaktu berada di dalam bilik doktor bila doktor bertanyakan apa sakit Alyaa. Ohmaigod! Aku rasa macam nak kopek dinding dan sembunyi dalam tu bila doktor dan jururawat dalam tu buat ekspresi muka macam aku ni tak berapa betul sangat sebab tak boleh cam anak sendiri! Dia orang kembar, apa!! Takkan itu pun nak hairan?

Oh, sangat malu, okeh! ( Dan rasa diri tak berapa berguna )

ikhsan dari google.

Friday, November 26, 2010

Aku suka keju

Tiba-tiba teringin pula nak membaham blueberry cheese tart yang sedang menjadi kegilaan sekarang ini. Dan kebetulan juga ada seorang rakan sekerja yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan bakery secara online dan tidak online. Jadi, dalam usaha untuk memenuhi keinginan tekak serta keinginan untuk memberi sokongan padu terhadap perniagaan kawan itu, maka aku telah memesan 25 biji sahaja blueberry cheese tart yang sengaja aku minta untuk ditulis dengan perkataan "I LOVE U'OLS" daripada beliau untuk santapan di kala bersantai-santai dengan keluarga di hujung minggu. Rasanya sedap dan harganya pun boleh tahan murah. Bersedia untuk melelehkan air liur sekarang.

Gambar ikhsan dari blog si tukang buat cheese tart.

Ni aku snap sendiri kat atas meja office.
(Dengan muka rakus)

Pandangan dari atas sebahagian dari blueberry cheese tart  
sebelum bilangannya berkurang sebanyak 2 biji akibat dirembat
oleh sejenis gergasi berkaki 2 dan bertangan 2 yang
turut mempunyai akaun Facebook.

Sila klik di sini untuk berkenalan dengan Puan Noreen, tukang buat
blueberry cheese tart ini. (Woyh, lain kali letak filling blueberry lebih-lebih
sikit untuk aku. Faham?)

Thursday, November 25, 2010

Cerita Alysaa

Seperti yang aku ceritakan di sini, pada 24 November 2010 kami sekali lagi ke HSI untuk temujanji dengan Dr. Tiong, pakar ENT berkaitan dengan keputusan CT Scan Alysaa pada 9 November lalu.

Alhamdullillah, Dr. Tiong mengesahkan tiada kelainan yang dikesan pada hasil CT Scan tersebut. Jadi, penyakit Alysaa disahkan sebagai Bell's Palsy sahaja. Sebab, penyakit kelumpuhan pada sebelah wajah ini boleh disebabkan oleh komplikasi penyakit lain seperti barah otak, strok atau penyakit Lyme. Bagaimanapun jika tiada sebab dapat dikenal pasti seperti dalam kes Alysaa, ia dipanggil sebagai Bell's Palsy, bersempena dengan nama seorang ahli anatomi berbangsa Scotland, Charles Bell yang pertama kali menemui penyakit ini. Cukup berinfomasi kan?

Doktor turut melakukan sedikit ujian bunyi untuk melihat perkembangan pendengaran Alysaa yang sedikit terjejas akibat penyakit ini. Pegawai yang menjalankan ujian bunyi memberitahu aku bahawa pendengaran Alysaa sedikit bermasalah bila melibatkan tahap bunyi yang paling rendah. Tapi kata doktor, ia tak begitu serius sebab tak mengganggu pola kehidupan Alysaa secara langsung. Cuma, pemeriksaan berkala perlu dilakukan setiap 6 bulan untuk memantau masalah pendengaran Alysaa dan Dr. Tiong turut memberi kami temujanji baru, dua bulan dari sekarang untuk memantau Bell's Palsy pada Alysaa. Alysaa diberikan bekalan 2 bulan pil vitamin B Kompleks untuk sarafnya. Okeh, itu sahaja untuk kronologi perjalanan panjang yang melelahkan - demi Alysaa kali ini. Aku sangat tak berharap adanya perjalanan panjang lain lagi selepas ini.

Aku tak sempat tangkap gambar untuk temujanji kali ni. Tapi sebagai menunaikan janji di entri yang lalu untuk berkongsi gambar Alysaa sewaktu di tahan di wad 8D pada 15-16 October 2010 yang lalu, maka aku kongsikan beberapa gambar sebagai kenangan sewaktu Alysaa menjadi penghuni wad itu. Mari.


Suasana dalam wad 8D.

Selain berehat-rehat, apalagi nak buat?

 Bermain toys, lori kecil beli kat kedai tingkat 3.

Lori ni ada 3 biji, satu biji Alysaa simpankan untuk
kembarnya, Alyaa. Tak ada pun untuk Rayyan. T_T.
(Picture taken by Alysaa)

Sempat bawa buku latihan Maths for K1 beli kat
Tesco. Bukan paksaan, atas kerelaan diri sendiri.

Kumpulan doktor yang datang buat lawatan wad dua
atau tiga kali dalam sehari. Muda-mudi dan sangat belia.
Buat aku sedikit kurang percaya kata-kata mereka
sebab mereka selalu refer buku dalam kocek. Tapi ada
doktor pakar yang mengetuai kumpulan ni. Lega sikit.


Tuesday, November 23, 2010

3 Idiots

Aku bukan kaki filem hindustan.

Tapi, filem 3 Idiots arahan Rajkumar Hirani dan diperankan oleh Aamir Khan, R. Madhavan, Sharman Joshi, Kareena Kapoor, Omi Vaidya, Parikshit Sahni dan Boman Irani mampu membuat aku duduk di depan televisyen menonton DVD filem ini selama hampir 3 jam, sesuatu yang sangat jarang dan hampir tak pernah aku aku lakukan sejak beranak tiga ini. Biasanya filem-filem yang tayangannya berdurasi lama sedemikian rupa mengambil masa sehingga berhari-hari untuk aku habiskan.

Serius, filem ini sangat menarik sehingga si suami yang sangat anti filem hindustan turut berjaya mengkhatamkan filem ini dengan penuh gaya.



Cubalah tengok kalau tak percaya.

Saturday, November 20, 2010

Hakikat

Aku dah lama tau tentang satu ungkapan ni, "kita takkan boleh dapat semua yang kita nak".

Tapi baru sekarang aku betul-betul rasa pengertiannya dengan begitu mendalam dan menusuk jiwa.

Sakit, dol!!

Friday, November 19, 2010

Cetusan melankolik

Aku tak pasti macam mana dengan orang lain tapi aku selalu mengalami hal-hal yang begini.

Ada sesetengah bau yang aku cium terutamanya bau udara, bau suasana atau bau khas sesetengah tempat, akan masuk ke dalam hidung aku dan secara automatik menghantar mesej kepada otak aku untuk mengigatkan aku tentang sesuatu yang berkaitan dengan bau itu. Contohnya ada bau yang akan mengingatkan aku dengan kampung halaman, rumah nenek aku, rumah emak-emak saudara aku dan tempat-tempat lain yang biasanya adalah tempat-tempat yang penuh nostalgia. Ada juga bau yang mengingatkan aku dengan zaman kanak-kanak aku dan juga mengingatkan aku dengan orang-orang yang pernah rapat atau pernah wujud dalam hidup aku.

Selain bau, sesetengah dendangan lagu turut memberi impak yang sama pada aku. Contohnya bila aku mendengar lagu ini, akan mengingatkan aku kepada itu. Biasanya lebih kepada memori-memori silam yang pernah aku lalui dalam hidup. Bila dah begitu, mulalah melayan perasaan. Satu demi satu kenangan-kenangan tu akan diulang tayang dalam minda aku. Dan biasanya, beberapa situasi yang selalu mewujudkan suasana melankolik sedemikian rupa selalunya berkaitan dengan kenangan-kenangan sewaktu masih belajar di sekolah, IPT dan juga kenangan sewaktu masih kecil dengan adik-adik aku. Oh, sangat nostalgik!

Ada ke yang turut melalui apa yang sesekali aku lalui ini?

Contoh gambar yang boleh mencetuskan rasa sayu bagi aku.


Contoh gambar yang boleh mencetuskan perasaan
insaf dan takut kepada aku dan kamu. Mari insaf!

Thursday, November 18, 2010

Aktiviti bila dah jadi mak bapak budak

Selain dari berselisih faham iaitu asam garam dalam sesebuah hubungan suami isteri dan berkata, "kita ni macam dah kahwin 50 tahun!" sambil menghempas pintu sekuat hati dan tenaga setiap kali selepas bertikam lidah dan bertegang urat, satu lagi aktiviti wajib yang perlu dilalui oleh ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah, tak kira sama ada pra sekolah, rendah atau menengah, adalah menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah anak-anak.

Untuk tidak mahu dilabel sebagai ibu bapa yang tidak prihatin, kurang mengambil berat tentang apa jua permasalahan anak-anak dan tidak mahu bergaul dalam persekitaran yang sihat dengan komuniti ibu bapa lain, maka kebanyakan ibu bapa dengan terpaksanya mesti memaksakan diri untuk hadir ke majlis-majlis sedemikian rupa. Tapi aku tak rasa terpaksa pun sebab tak mahu anak-anak sedih kalau aku tak datang dan rasanya adalah menjadi kewajipan aku untuk turut terlibat sama dalam apa jua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah anak aku walaupun baru di peringkat pra sekolah.

Jadi, pada 13 November 2010, telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Sijil dan Konsert  2010 bagi pelajar-pelajar Tadika Emas Nurani yang diadakan di Dewan Balai Raya tempat permukiman aku, dan aku serta suami tanpa ragu dan segan silu telah mengangkut emak dan adik aku si gigi besi yang kebetulan bercuti semester pada waktu itu, untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut walaupun mereka cuma muncul setelah sesi yang ditunggu-tunggu iaitu persembahan tarian "Waka-Waka" oleh kelas Alyaa Nazura Mineka dan Alysaa Najwa Mineka telah pun selesai. T_T. Akibatnya mereka cuma dapat menyaksikan tarian comel si kembar itu melalui rakaman video oleh perakam amatur sahaja.

Alyaa dan Alysaa cuma ambil bahagian dalam persembahan tarian sahaja. Belum lagi terima sijil sebab mereka baru berusia 5 tahun dan masih ada setahun lagi untuk menamatkan sesi pra sekolah mereka. Acara pertandingan pakaian beragam pun mereka tak ambil bahagian sebab pada waktu tu kami masih sibuk berulang-alik ke hospital kerana penyakit Bell's Palsy Alysaa. Insya-allah tahun depan boleh masuk ya, sayang.

Sekarang, mari tengok gambar-gambar yang berkelayakan untuk dipamerkan di sini.

p/s: Oh, Alysaa memang begitu. Kalau dah dipakaikan lipstick, dia jarang benar nak tutup mulut. Jadi dalam gambar di bawah, kamu akan dapat tahu yang mana Alysaa okeh. Tak perlu tanya aku.

Sedang bersiap-siap. Skirt itu sangat mahal, okeh.


Skirt rambu-ramba yang cikgu boleh recycle
jadi bulu ayam nanti.

Si gorjes Rayyan. Sangat sosialis iaitu tak boleh duduk
diam dan asyik ke hulu dan hilir sambil mengecek makanan
orang. Oh, kau buat mama malu!

Si gigi besi yang datang lambat sebab mandi 1/2 jam.

Kembar dan papa mereka.

Si gorjes Rayyan dan seorang artis..oh, mari percaya.

Sila anggap ada latarbelakang lagu 'Jadikan Membaca
Satu Budaya'. Jangan tanya aku itu lagu siapa.

Peserta-peserta pertandingan pakaian beragam.
Pemenang kategori lelaki, nombor 4 dari kiri, seorang atuk
yang comel! :)

Friday, November 12, 2010

Temujanji CT Scan Alysaa

Bagi yang tak tahu hujung pangkal, sila rujuk di sini dan di sini.

Alhamdulillah, Bell's Palsy pada Alysaa sudah semakin membaik. Menurut pada pembacaan dan rujukan aku pada sumber-sumber tertentu, penyakit ini boleh muncul secara tiba-tiba pada sesiapa sahaja dan biasanya jika tiada kaitan dengan penyakit-penyakit kronik, ia boleh sembuh dan membaik secara perlahan-lahan dalam tempoh 2 minggu hingga 6 bulan. Dalam kes Alysaa, dia mula menunjukkan perubahan positif dalam tempoh 3 minggu selepas cuma mengkomsumsi pil prednisolone selama seminggu. Itu membuatkan aku menjadi makhluk yang paling bersyukur.

Dalam kebanyakan kes, penyakit ini sembuh secara total dan sesetengah kes meninggalkan sedikit kesan pada wajah. Penyakit ini banyak menyerang orang dewasa terutamanya lelaki. Tapi boleh juga terkena pada kanak-kanak seperti Alysaa. Cuma, semakin muda usia pesakit, semakin besar juga peluang untuk sembuh sepenuhnya.

Okeh, seperti yang sudah aku ceritakan dalam entri yang lalu, Alysaa terpaksa menjalani CT Scan di bahagian kepala dan belakang telinga atas saranan doktor-doktor pakar pediatrik dan ENT di HSI untuk mengesan apa penyebab utama penyakit ini sehingga boleh menyerang Alysaa 2 kali. Gerun betul aku, takut-takut kalau ada apa-apa pekhabaran buruk yang bakal aku terima. Ya Allah, minta dijauhkan.

Jadi, pada 8 November 2010, aku dan suami telah membawa Alysaa ke Jabatan Pengimejan Diagnostik di HSI untuk menjalani CT Scan tersebut. Sebelum menjalani pemeriksaan, Alysaa diberikan satu dos ubat tidur untuk memastikan dia dapat 'memberikan kerjasama' yang baik sepanjang pemeriksaan dijalankan. Tangan Alysaa juga terpaksa dimasukkan jarum saluran untuk memasukkan ubat sedatif tersebut in case dia terjaga semasa sedang menjalani pemeriksaan.

Bila dah bagi dos yang pertama, Alysaa dah mula mengantuk dan tertidur. Malangnya, Alysaa terjaga lagi sewaktu aku baringkan dia atas mesin Tomografi Berkomputer tu. Jadi, kena tidurkan semula. Lama juga nak tidurkan dia untuk sesi ke dua tu. Akhirnya dia tidur juga. Mungkin sebab ubat tidur tadi dah mula berfungsi sepenuhnya.

Waktu Alysaa menjalani pemeriksaan tu, aku dan suami terpaksa menunggu di luar. Lebih kurang 20 minit lepas tu, aku terdengar suara Alysaa menangis dari dalam dan jerit 'mama', 'mama'. Ah, sudah! Dia terjaga pulak! Tak lama selepas tu, seorang pegawai pengimejan keluar dan suruh aku masuk untuk tenangkan Alysaa. Tapi tak ada fungsi pun aku masuk sebab Dr. Danial dah masukkan satu dos lagi ubat sedatif melalui saluran di tangan Alysaa tadi. Kesian dia, belum pun habis doktor masukkan ubat dia dah tertidur semula senyenyak-nyenyaknya. Aku disuruh menunggu lagi di luar.

Bercampur-baur perasaan aku sewaktu menunggu di luar. Tambahan pula banyak pesakit-pesakit dan mangsa kemalangan lalu lalang ditolak atas katil di hadapan aku. Fuh, rasa bersyukur betul sebab diberi kesempurnaan dalam kesihatan. Cubalah sesekali lepak satu hari saja di mana-mana hospital, aku yakin mesti kita akan dilimpahi dengan perasaan syukur ditambah lagi dengan rasa keinsafan dan kesedaran dalam diri kita.

Akhirnya, pemeriksaan CT Scan Alysaa selesai jam 12 tengahari. Dia betul-betul tertidur pulas sampai doktor dan jururawat ambil masa juga untuk sedarkan dia semula sebab nak cabut jarum di tangan dia. Kata doktor, Alysaa terpaksa di'puasakan' hingga dia betul-betul sedar sepenuhnya sebelum diberi sebarang minuman atau makanan.

Jam 12.30 tengahari kami pun pulang dengan Alysaa yang masih tidur nyenyak di seat belakang. Sesekali ada juga dia tersedar dan merengek lapar. Tapi, nak buat macamana, sayang. Akhirnya pukul 4 petang barulah dia sedar sepenuhnya dan boleh duduk. Benda pertama yang dia minta, nasi! Sampai berkali-kali dia tambah, mungkin sebab lapar sangat.

Dan 24 November ni kami akan ke HSI lagi untuk temujanji dengan Dr. Tiong berkaitan dengan result view untuk CT Scan ini. Aku harap tak ada apa-apa perkhabaran dukacita yang bakal kami dengar. Amin.

 Alysaa lepas minum ubat tidur.

Bilik CT Scan.

 


 Penantian satu penyiksaan.


Monday, November 8, 2010

Penemuan yang tak diharap (dan tak penting)

Beberapa waktu yang lepas, semasa berbelanja di Pasaraya Besar Tesco dengan keluarga, tiba-tiba langkah laju aku menuju ke rak minuman sejuk terhenti sebaik saja kelibat seorang uncle berlalu di hadapan aku.

Ada apa dengan uncle itu?

Nak kata hensem, jauh panggang dari api. Bukan nak mengutuk ciptaan Tuhan, tapi dengan umurnya dan ketinggiannya yang lebih suku inci je dari 5 kaki, cuma orang buta saja kot yang kata dia tampan bergaya.

Serius, sampai berkerut dahi aku memikirkan kenapa uncle tu nampak begitu menarik perhatian aku. Rasanya dia lengkap berpakaian. Kalau tak lengkap, macamlah aku sanggup pula nak pandang, kan?

Fikir punya fikir, siap berhenti kat tengah laluan orang ramai, akhirnya, ya, akhirnya otak aku dapat berfungsi dengan baik.

Ya, dialah orang itu! Dan memori silam kembali menjengah di sini.

Mungkin tak berapa penting tapi aku tak boleh lupa pada uncle 'comel' tu. Haha.

Sunday, November 7, 2010

Kegilaan terhadap orang-orang Jepang

Kelmarin tersesat masuk ke http://www.mysoju.com/. Dah lama betul tak masuk ke website ni. Wah, terimbas pula memori di zaman aku gila dengan drama-drama Jepun. Drama-drama Jepun ni menarik. Lagi-lagi dengan ayat alihbahasanya yang selalu kelakar. Aku tak berapa suka sangat dengan drama-drama Korea. Feelingnya lain dengan drama Jepun. Drama Jepun ni selain membariskan pelakon-pelakon yang super-duper comel, cantik dengan rambut yang cantik dan kulit muka yang bersih tak kira lelaki atau perempuan, turut memaparkan jalan cerita yang sangat menarik. Aku suka betul tengok cara orang Jepun bercakap, intonasi mereka, gerak tubuh mereka dan ekspresi wajah mereka. Kalau dah lawak, lawak gila. Macam drama Power Office Girl. Serius, lawak gila. Orang Jepun ni nampak kelakar sebab mereka ni sopan sangat. Atau kalau bahasa kita, poyo. Pernah tak gelak separuh nyawa waktu menonton rancangan Istana Takeshi? Fuh, nak terkeluar roti canai 2 keping yang kau telan pagi tadi.

Ada tak ya yang pernah tergila-gila dengan pelakon-pelakon Jepun macam Takuya Kimura, Yutaka Takenouchi, Hideaki Takizawa, Matsushima Nanako, Fujiwara Norika, Matsu Takako dan Takeshi Kaneshiro selain dari aku?

Mari mengimbas balik drama-drama yang pernah jadi kegilaan (aku) waktu disiarkan di TV3 setiap hari Sabtu dan Ahad jam 6.00 petang di sekitar tahun 2000-2003. Sila klik tajuk drama untuk informasi lebih lanjut.

Pelakon: Takuya Kimura dan Yamaguchi Tomoko.


Pelakon: Takuya Kimura dan Matsu Takako.


Pelakon: Sorimachi Takashi dan Matsushima Nanako.


Pelakon: Takuya Kimura, Matsu Takako dan Abe Hiroshi.


Pelakon: Takuya Kimura dan Tokiwa Takako.


Pelakon: Yutaka Takenouchi, Tanako Misato dan Fujiwara Norika.


Pelakon: Makiko Esumi, Mai Hosho, Kotomi Kyono, Atsuko Sakurai,
Keiko Toda dan Yumiko Takahashi.


Pelakon: Fukuyama Masaharu dan Matsushima Nanako.


Pelakon: Yutaka Takenouchi dan Matsushima Nanako.


Pelakon: Hideaki Takizawa, Suzuki Honami dan Kyoko Fukada.

Ada tak yang masih ingat? Emm, masih bagus juga ingatan aku ya.


Friday, November 5, 2010

Agenda 'follow-memollow'.

Aku betul-betul sedang tertanya-tanya sekarang ini, dalam 105 orang follower yang aku ada buat masa ini, berapa keratkah yang betul-betul follow blog aku sebab dia betul-betul suka baca blog aku dan betul-betul merasa bahawa blog aku sudah cukup bagus (bagi mereka) untuk difollow, atau sekadar memfollow blog aku dengan tujuan supaya aku follow balik blog mereka sebagai kaedah membalas jasa mereka.


Seperkara lagi, bukan aku tak mahu masukkan semua link ke blog yang telah memfollow blog aku dan telah aku follow balik, cuma jumlahnya terlalu banyak dan bakal memenuhkan blog aku nanti. Jadi aku cuma masukkan link beberapa blog yang aku rasa cukup bagus dan betul-betul menarik untuk dibaca, yang aku letakkan di bawah label 'Jawatankuasa PIBG'. Blog-blog ini adalah blog-blog yang wajib aku baca setiap kali mereka ada entri baru. Bukan bermakna aku suka blog mereka kerana kebanyakan mereka sudah ternama atau popular, tetapi kepopularitian mereka memang setanding dengan bagusnya blog mereka. Serius. Cubalah jengah. Terbaik dari ladang!

Apapun, terima kasih kepada semua follower yang sudi memfollow blog aku yang sangat tak ada apa-apanya ni. Jangan takut, siapa pun yang follow blog aku, insya allah aku akan follow balik blog mereka tak kira siapa pun dia.

Salam Deepavali untuk semua yang menyambut.
Related Posts with Thumbnails