Thursday, April 28, 2011

Kisah maid aku yang membengkakkan hati

Mari. Aku nak berkongsi cerita tentang seorang manusia yang pada akhir cerita nanti, kau orang pandai-pandailah nak masukkan dia ni kategori apa. Mungkin ni entri terpanjang yang pernah aku buat. Jadi, bagi yang nak baca, sila baca. Yang tak nak, tak payahlah baca.

Disebabkan simpati pada si gojes Rayyan yang terpaksa dihantar ke rumah pengasuh selepas ketiadaan si gigi besi yang melanjutkan pelajarannya setelah sempat menjadi babysitter Rayyan sejak lahir hingga berumur setahun, maka aku memutuskan untuk mencari seorang maid yang boleh menjaga Rayyan dan si kembar sambil membuat kerja-kerja rumah. Kebetulan masa tu, bapa aku sering berulang-alik ke Sulawesi, Indonesia atas urusan jual beli tanah. Jadi aku suruhlah tengok-tengokkan kalau ada sesiapa yang nak kerja sebagai maid di rumah. Okeh, memang ada. Tapi kena tanggunglah ongkos buat pasport dan juga tiket flight mereka. Tak apalah, since kalau ambil dekat agen pun bayar mahal juga.

Bukan seorang, okeh. Tapi 4 orang adik- beradik sekaligus. Dua lelaki dan dua perempuan. Yang lelakinya bapa aku nak jadikan pekerja di kilangnya sebab bapa aku ni sub-contractor yang memang perlukan ramai pekerja. Yang perempuan pula, seorang jadi maid di rumah, dan seorang lagi jadi cashier di kedai runcit mak aku. Kat sana, mereka ni orang susah. Yang perempuannya masing-masing dah menjanda dan ada anak. Yang lelaki pulak, umur dalam lingkungan budak-budak sekolah menengah lagi, tapi tak sekolah pun. Masing-masing hisap rokok macam orang pro je. Geleng kepala aku tengok. 

Kakak yang sulung jadi maid di rumah. Adik perempuannya yang muda setahun dari aku, jadi cashier di kedai sebab katanya kat sana dia ada pengalaman jaga kedai orang cina. Yang aku nak cerita kat sini, kisah si kakaknya yang jadi maid tu. Muka dia macam orang baik-baik. Tak banyak cakap. Sembahyang pun tak tinggal. Jadi aku ingat dia ni memang boleh diharaplah buat kerja-kerja rumah dan mengasuh anak.

Maka bermulalah cerita. Hari pertama, aku dah terjerit-jerit kat maid ni sebab ada ke patut dia dah togelkan si Rayyan, lepas tu dia letakkan anak aku tu yang umur belum sampai 2 tahun dalam toilet siap dengan satu besen penuh air untuk dia mandi sendiri! Budak umur macam tu manalah pandai mandi sendiri.. Silap-silap boleh lemas dalam besen besar yang penuh air tu! Nasib baik aku nampak! Yang aku pelik sangat, bila aku membebel dan tegur silap dia, dia boleh buat muka dek je. Tak ada perasaan. Terus aku kata dalam hati, dia ni betul ke tidak? Entah-entah ada yang shot tak dalam kepala otak dia? Maklumlah, masa dia masuk Malaysia tu, dia baru je cerai dengan suami dia sebab suami dia kena kebas dengan perempuan lain. Tak apalah, aku maafkan untuk kes yang pertama tu. Hmm.. macam manalah dia jaga anak-anak dia ye?

Makin hari dia kerja, makin banyak pula benda yang dia buat yang buat otak aku macam nak meletup, tapi masih mampu kutahan-tahan lagi. Kerja-kerja rumah semua aku nak kena ajar dan tunjuk. Lepas tu kalau aku tak suruh buat, sampai bila-bila pun dia tak akan buat. Sekali ketuk, sekali jalan. Sekali di suruh, sekali tu jelah dia buat. Ya Allah, siapa yang mampu tahan ye? Bab masak, memang dia failed. Dahlah tak sedap langsung, hari-hari menu yang sama sampai naik loya aku nak makan kat rumah. Kalau aku tunjuk cara-cara nak masak masakan kegemaran kami sekeluarga, dia macam nak tak nak je tengok. Yang aku sakit hati, kalau dia basuh pinggan, bukannya tambah bersih. Tambah kotor dan berminyak lagi ada la. Aku cakap dengan dia, bilas bersih-bersih sebab pinggan mangkuk semua berminyak. Tapi tetap tak ada perubahan, sampai aku rasa dia ni mungkin bilas pinggan mangkuk tu pakai minyak masak agaknya.

Nak tambah sakit hati lagi, satu hari aku jenguklah dia basuh baju pakai mesin basuh. Terkejut aku sebab dia basuh baju-baju kotor dia dulu, kemudian dengan bekas air basuhan baju dia yang dah hitam melegam tu lah yang dia guna untuk basuh baju kami sekeluarga padahal aku dah siap asing-asingkan baju kotor ikut warna. Geram tak? Aku marahlah dia. Siapa yang tak marah kan? Paling teruk, aku jumpa dia basuh baju bapa aku campur dengan kain-kain pengelap dapur yang gile punya kotor. Masya allah.. manusia apalah dia ni. Manusia paling sabar dalam dunia pun tak akan sabar lah kalau jumpa orang macam ni. Lepas tu, bila disuruh buat apa-apa, mulalah muka dia muncung sedepa dan masam mencuka. Hoi, ingat kau kerja aku tak bayar ke? Cess!

Botol susu Rayyan, dah siap basuh pun tetap penuh berkeladak dengan saki baki susu basi. Bila aku bebel, tanya dia basuh pakai berus botol atau tak, dia pandai pulak jawab pakai. Pakai hape kalau macam tu? Aku rasa aku dah tak mampu bertahan lagi dengan perangai dia. Dah ramai maid yang kerja kat rumah aku, aku rasa ni lah yang paling bebal tahap soopa-doopa. Kemuncaknya sampai satu hari tu, si kembar mengadu pada aku yang maid ni kalau mandikan diorang, dia just tengok je kat sudut bilik air dan jarang nak sabunkan badan diorang. Si kembar tu kalau dah duduk dalam bilik air, memang berjam-jam lamanya sebab main air sambil bergaduh-gaduh dalam tu. Sabun pun habis dibuat main. Sebab tulah aku suruh dia yang mandikan, jadi diorang cepat siap dan air dengan sabun pun tak terbuang-buang. Dengar je aduan rakyat si kembar, menyiraplah darah aku. Sebenarnya tu lebih pada kemarahan terpendam untuk tempoh sebulan lebih yang kupendam-pendam selama ni. Memang aku marah habis pagi tu. Siap menggigil-gigil suara aku sebab marah sangat.

Bila aku marah, korang tau dia buat apa? Dia menjawab beb, menjawab! Dia kata, selama ni dia memang tak tahan kerja kat rumah ni. Dia tak tahan jaga anak-anak aku. Dia kerja sini pun sebab terpaksa. Dia nak cari kerja lain! ~Fuh, banyak cantik ye! Dasar tak sedar diri. Orang dah kutip dari kampung dia yang terperuk tu, tanggung semua perjalanan, pasport, dah sampai sini cepat je besar kepala. Dia buat keluarga aku ni macam batu loncatan dan gunakan duit kami untuk dia sampai ke sini supaya dia boleh pilih kerja apa yang dia suka dengan gaji yang lebih besar. Betul-betul kurang ajar! Aku kalau marah, memang penuh setan dalam kepala. Dengar ke dia menjawab tadi, aku memang basuh dia habis-habis. Mau tak, dah lama gila aku pendam semua tu. Aku kata dengan dia, aku memang tak pernah puas hati dengan semua kerja dia selama ni. Korang tau, yang aku sakit hati sangat tu, sambil dia menjawab-jawab apa yang aku cakap tu, dia siap naikkan tau kaki dia atas bangku kecil kat tepi singki tu. Memang kurang ajar habis! Berjuzuk-juzuk jugak aku bebel sampailah endingnya aku bagi sumpahan kat dia, kerja apa pun yang dia buat lepas ni, dia tak akan boleh dapat kerja yang lebih senang dari kerja maid kat rumah aku. Rasakanlah nanti!

Akhirnya dia berhenti kerja. Dia keluar dari rumah tanpa jumpa dan salam aku. Aku pun tak ingin nak jumpa dia. Apapun, puas hati aku walaupun lepas ni terpaksa berpenat-penatan buat kerja rumah sebab aku bekerja, tapi aku puas hati sebab rumah lebih teratur, bersih dan anak-anak aku pun lebih terjamin kebersihan dan keselamatannya tanpa maid kerek yang tak sedar diri tu. Tak habis lagi tau cerita maid tak guna tu. Dia pergi mengadu kat bapak aku macam-macam cerita buruk pasal aku. Dia kata aku layan dia kasar dan bercakap pun tak pernah baik-baik. Cilakak punya orang. Rasanya aku tak pernah pun bagi layanan buruk kat dia selama ni, aku tetap hormat sebab dia lagi tua dari aku. Tapi, sebagai majikan yang bayar gaji dia, aku rasa aku ada hak untuk tegur dan marah kalau dia buat salah atau ada kerja dia yang aku tak puas hati kan? Kan? Kan? Memang aku marah dia, tapi cuma sekali tu je lah. Tu pun sebab dah tak tahan sangat dengan perangai dia. Cuba korang letakkan diri korang kat tempat aku. Ada sabar tak?

Bila dah berhenti jadi maid kat rumah aku, aku dengar dia kerja kilang. Gaji besarlah kononnya. Tapi dia tak fikir, gaji besar yang dia dapat tu bukan jagi bersih. Belum tolak sewa rumah, duit makan, duit transport, duit belanja harian, duit gi sambung pasport dia lagi. Masa kerja dengan aku, tu semua kena tanggung. Duit gaji bersih dia dapat. Dapat juga kirim untuk anak-anak dia lebih kurang Rp 1,300,000.00 dalam sebulan. Ha, reti sebut tak? Sejuta tiga ratus ribu rupiah sebutan dia. Jumlah tu besar tau untuk diorang. Bandingkanlah dengan gaji diorang sebelum datang ke Malaysia, aku dengar cuma Rp 250,000.00 (dua ratus lima puluh ribu rupiah = lebih kurang RM90) untuk kerja jaga anak orang. Kau kiralah berapa kali ganda kau dapat. Tapi tetap tak bersyukur, lupa daratan, besar kepala, tamak haloba. Kami dah tolong adik-beradik kau, bawa ke sini untuk bagi kerja, masih lagi tak tau nak berterima kasih. Manusia yang tak tau di untung!

Berita terbaru yang aku dengar pasal maid hampeh tu, dia dah mula tak tahan dengan kerja kilang yang dia bangga-banggakan sangat sebab bergaji besar tu. Dia ingat senang nak cari kerja senang kat sini ye? Nak kerja senang, bergaji besar. Kau siapa? Baru dia rasa macam mana peritnya nak cari kerja kat sini. Kerja kilang bukan tak penat, oi. Masa kerja dengan aku, kerja siap je kau dah boleh rehat, tidur-tidur terbongkang dalam bilik. Pukul 6 petang dah stop kerja. Dah tak ada buat apa, sebab malam aku ada kat rumah. Sekarang, rasakanlah! Sumpahan aku dah berjalan agaknya. Lepas ni, kau tetap tak akan dapat kerja yang sesuai dengan kau. Heh, jahatnya aku!

Serik aku nak ambil orang Sulawesi jadi pekerja. Walaupun tak semua teruk macam tu., tapi disebabkan 2,3 kerat ni lah yang buat busuk nama semua orang. Nanti ada masa, aku cerita pulak pasal pekerja mak aku yang banyak amalkan ilmu-ilmu jahat dan kaki kikis duit lelaki. Dari Sulawesi juga. Tunggu je lah.


13 comments:

  1. pehhh

    ramai yg cmtu kak. dorg nak masuk malaysia cara free camtu.

    sebenarnya die dtg msia nak cr kerja lain. tp die pakai cara tu sbb nak org tanggung kos die dtg n kos paspart die tu.

    ReplyDelete
  2. Org Sulawesi mmg kebayakkan nyer hampehhh!! dulu mak saya pun pernah ambik pekerja dr sana.... dah lah pengotorrrr.... ader ker patut pakai pad masa Period dia leh letak bawah tilam.... dengan darah penuh se "pad".... masa dia lari dr umah tue... kami pun angkat lah tilam dia.... bukan satu... tp... nak dekat 40 keping pad yg dah kering2 ader kat bawah tilam tue... patutlah masuk jer bilik dia bau hanyir semacam... Yeeeakkk!! geli & kembang tekak bila teringatkan balik....

    ReplyDelete
  3. Ya Allah tahap Cipan punyer bangangggggg nyer.. Akak mmg dari dulu tak nak maid sbb tahap kesabaran langsung tak ader..tambah org yg jenis menjawab..ish sokong you Miss buat kerja sendiri lagiiiiii puas ati

    ReplyDelete
  4. org Sulawesi mmg terkenal dgn ilmu hitam diorang. jage2 sikit dengan diorang ni. kes yang letak pad penuh darah bawah tilam tu, agaknye salah satu syarat utk ilmu hitam diorang kot, mama Mya Elzara?

    ReplyDelete
  5. wahhh bukan men lemak lg manusia itu ek...

    bagus la dia blah awal2...kalo tak makin sakit hati sehhh...

    ReplyDelete
  6. Fuhh terbantut niat awok nak amik maid nih..seriauu baca citer komer

    ReplyDelete
  7. hallo2 ijang nak komen ni. kalaulah ijang, hari2 maid tu torek telinga dengan bebelan ijang dan tahap kebersinan ijang yang memang power......ha3x

    ReplyDelete
  8. eeee..kita yg dengar ni pun naik geram!! bengong punya org! biar2, dia kena sumpah!! sakit ati btoi dgn 'puak2' tuh...

    ReplyDelete
  9. babi nyeeeeeeeeeeeeeeee.

    aku rasa macam nak tolong jotos je kapla dia.

    dia datang kilang aku keje. awas! cewah. hehe

    ReplyDelete
  10. ya Allah, org camtu x boleh dibiarkan...nnti dipijaknyer kpala kita..klu nk amik maid ni, mmg kna pikir byk lg..pikir pro n cons dia..yg dpt maid ok tu alhamdulillah la..yg x ok tu yg payahnyer..sabar yer misae..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,
    Salam kunjung balas. Kalau kes macam ni kena bawak bersabar byk2.....akak kat sini gelak besar sebenarnya baca n3 ni, gelihati pun ada, geram pun ada, apa pa pun akak dulu berhenti kerja sebab tak mau amik maidla, sebab byk sgt dengar cerita2 yg kurang enak. Tak sabaq nak baca n3 seterusnya ni,,,,, nanti habaq na

    ReplyDelete
  12. nice posting
    Thanks for sharing

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails