Tuesday, April 5, 2011

Flasher oh flasher!

Pagi-pagi lagi aku dah dijamukan dengan adegan memualkan yang betul-betul buat aku nak keluarkan semua isi perut. Sudahlah dari pagi perut aku meragam dan asyik keluar masuk tandas, entah akibat salah makan atau masuk angin, ditambahlah pula dengan 'pertunjukan' percuma yang tak mampu nak ditapis dek Lembaga Penapisan Filem Malaysia sebab berada di luar bidang kuasa mereka. Cis! Buat rosak mata dan minda aku je.

Waktu pulang dari hantar si kembar ke sekolah mereka pagi tadi dan sampai di simpang nak masuk ke rumah aku, dari jauh aku dah nampak seorang mamat ni berdiri sambil bersandar di dinding rumah yang paling tepi sekali sambil buat something yang aku macam dah boleh agak apa sebab bukan pertama kali jumpa orang macam tu. Aku rasa dia memang sengaja berdiri kat situ sebab modus operandi orang-orang kurang akal macam ni memang nak orang yang lalu-lalang nampak 'kepunyaan' dia dan mereka akan dapat kepuasan (klimaks misalnya) dari situ. Gila! Bila dah makin hampir ngan flasher tu, tak agak-agaklah kalau aku nak berhentikan kereta dan renung dia lama-lama kan? Haruslah aku tekan minyak dan tak pandang langsung pun kat dia. Euwww! 

Sebelum ni aku pernah jumpa dengan flasher ni waktu sekolah dan belajar di IPT. Orang-orang macam ni biasanya akan muncul di kawasan yang jadi tumpuan orang lalu lalang, lagi-lagi budak-budak perempuan. Ataupun parking kereta di tepi jalan tempat pelajar ulang-alik pergi dan balik kelas. Lagi teruk, kalau dia buat dalam bas. Keji kan?

Bagi adik-adik atau sesiapa saja terutamanya wanita yang belum ada pengalaman jumpa manusia bermasalah kejiwaan macam ni, hati-hatilah ya. Jangan pandang apa yang dia tunjuk dan jangan lalu dekat-dekat dengan dia. Kalau boleh, pecut lari atau jerit minta tolong. Takut kalau dia buat something yang lebih ekstrim dan agresif sebab nafsu mereka dah melebihi kewarasan fikiran mereka waktu tu. Memang berderau darah lagi-lagi kalau pertama kali jumpa situasi macam ni. 

Mungkin ada yang tau apa itu flasher. Boleh klik sini atau sini untuk sedikit info. Ini bukan setakat pengetahuan am saja, tapi penting sebab melibatkan keselamatan diri kita. Penting juga untuk mereka yang ada anak-anak perempuan macam aku supaya dapat mendidik dan mendedahkan anak-anak dengan bahaya jenayah terpencil macam ni sebab silap-silap boleh memberikan kesan psikologi yang negatif kepada minda kanak-kanak yang sedang membesar.

Nasib baik waktu pergi kerja tadi, si flasher tu dah tak ada lagi. Kalau tak, terfikir juga nak baling bom petrol. Then terfikir juga, kalau perempuan yang suka sangat dedah sana dedah sini, berseksi-seksa dan tunjuk semua yang dia ada, tu namanya flasher juga ke? Urmmm...



10 comments:

  1. As Salam perkenalan,
    Ada lagi ekk flasher zaman sekarang ni? Ingatkan time dulu-dulu masa kat sekolah jer. Isk..isk..

    Teringat masa kat sekolah, cikgu siap nak pukul flasher tu pakai baseball bat... hahahaha... then, dia sah-sah ler larikan... tau takut!!!

    ReplyDelete
  2. eee tingat kes kat uitm dulu.takuttttt siap kena kejar lagi dgn ini orang..bahaya la orang camni,budak2 pompuan balik sekolah atau ataupun yang jalan sensorang

    ReplyDelete
  3. huh...dulu kat skool...asal tgh tgu bas..konpem ade flasher..adoiiii....

    takot mak!

    ReplyDelete
  4. teringat satu filem omputih, observe and report

    btw, gadis2 sekalian, hati2 tau, takut dorang melampau

    ReplyDelete
  5. chinta pun pernah alami menda nih..x sanggup tengok...baik angkat kaki cabut!!!!!!!!!!...

    ReplyDelete
  6. students perempuan selalu jd mangsa. bawak lastik ke mana-mana bagus jugak kan =)

    ReplyDelete
  7. baik lari cepat2. orng mcm ni memang banyak di mana2 pun

    ReplyDelete
  8. misae, org x pnah jmper flasher, x nak jumper klu boleh! ya Allah x blh byg klu tjumper org2 x sempurna akal camni...minta jauh..

    ReplyDelete
  9. salam dear,
    ya, I pun pernah kena ngan flasher nie....orang kata, cara nak ajar flasher nie...tunjuk balik apa yang kita ada kat dia..mesti dia kataa..astagfirullahhalaazzimmm ehehehe

    ReplyDelete
  10. notti netti: hohoho. tak sanggup, tak sanggup!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails