Aku bukannya apa. Aku cuma tak boleh terima kalau ada individu atau kumpulan-kumpulan tertentu yang datang pada aku untuk promosikan bisnes jualan langsung atau
direct selling atau MLM atau apa jenis pelaburan pun yang aku tak paham dari mana dapat untung berlipat kali ganda tanpa jual barang dan tanpa buat apa-apa pun. Tak apalah kalau diorang dah kaya raya, tayang kereta mewah dan rumah gah gila dalam
brochure atau
pamplet sebab dah berjaya dalam bisnes mereka jual ubat-ubatan, makanan kesihatan, kosmetik, pelaburan atau apa pun ia, bisnes
direct selling dan pelaburan entah apa-apa tu tetap BUKAN dunia aku!
Oklah, memang ada yang kaya betul bila masuk dalam bisnes ni, tapi sejauh pengetahuan aku setakat ni, dalam ramai-ramai yang dah datang ke rumah sejak aku kecik dulu sampai sekarang, dalam usaha untuk tarik mak bapak aku dan jugak aku untuk
join bisnes diorang tu, serius, sampai sekarang belum ada sorang pun yang datang semula untuk tunjuk kereta mewah atau ajak kitorang datang ke rumah mewah diorang hasil dari bisnes yang biasanya kena bayar paling kurang RM30 untuk pendaftaran sebelum dapat kit lengkap siap dengan fail-fail kulit bagai tu.
Aku tak boleh
join direct selling. Aku tak boleh
join mana-mana pelaburan
cepat kayap. Aku tak mampu nak tarik minat orang untuk beli barang aku apatahlagi untuk ajak orang
join bisnes dan melabur dengan aku. Aku tak mampu dan tak berkebolehan. Maaf kawan-kawan. Aku bukan orang yang kamu cari, ya!
|
yeah, pokcik kayo!! |
bukan semua org pndai pengaruhi org.
ReplyDeleteramai yg tertipu dgn MLM...
ReplyDeletexsuka masuk mende2 camnih...huhu
ReplyDeleteaiN mmg xsuke..sebab ramai yg kaki tipu..huhu..
ReplyDeleteMLM ada yang ok
ReplyDeleteyep dear, mmg ada yg ok. tp modus operandinya tu yg malas nak buat. nak carik downline bagai, peninggggg akakkk...
ReplyDeleteMLM tu byk yg buruk dr baik sbenarnyee hmmmm
ReplyDeletechoki pom tak berkenan mlm nie:)
ReplyDelete