Thursday, October 13, 2011

Benda-benda yang buat aku ketar lutut

  • Masa belajar bawak kereta dulu, gila nebes & ketar lutut kalau berhenti kat traffic light dan aku kat mukasurat depan sekali. Betul punya ketar sebab aku takut enjin mati masa nak start jalan. Benci betul dengan pandangan sinis dari pemandu lain bila enjin aku tersengguk-sengguk macam kuda dan kemudian mati kat tengah persimpangan jalan. Kamonlah, dulu korang masa tengah belajar bawak kereta macamlah tak pernah jadi macam tu.
      • Aku bukan manusia biasalah kalau tak menggeletar kepala lutut siap nak terkucil sekali waktu tunggu giliran untuk buat sesuatu yang menggerunkan macam oral test BM dan BI untuk SPM & PMR, ujian memandu dengan pegawai JPJ, temuduga kerja, masuk bilik doktor gigi, beratur untuk dapatkan suntikan BCG atau Rubella dan tunggu giliran untuk dirotan sebab tak bawak buku teks ke sekolah. Chet~
      • Aku tengah layan Facebook atau blogwalking atau main hidden object game atau layan drama Korea dan tiba-tiba boss aku masuk secara membuta tuli tanpa bagi salam (sebab dia Chinese). Fuh~ Ketar satu badan bukan takat lutut. Suka sangat buat surprise sampai nak tercabut jantung aku!
      • Bila doktor bagitau yang aku terpaksa jalani pembedahan caesarean untuk proses kelahiran Rayyan Mikhail. Aku rasa siap dengan katil-katil sekali menggeletar.
      • Sedang memandu dan tiba-tiba kat depan ada road-block dan TIBA_TIBA aku teringat yang lesen memandu aku dah tamat tempoh atau paling sadis tertinggal kat rumah. 
      • Duit yang boss bagi untuk bayar gaji pekerja atau bayar kat supplier barang, yang aku simpan dalam laci tiba-tiba tak dapat dikesan. Jantung sampai hilang sekejap. Walaupun rupanya terselit kat celah-celah barang dalam tu. Ketar~ Ketar~
      • Tengah tengok movie seram sorang-sorang walaupun seram komedi, tapi kalau dah sorang-sorang, babak yang lawak pun takut macam nak mati lepas tu ada bunyi benda jatuh kat dapur ataupun tiba-tiba ada orang sergah dari belakang. Mau terlompat sampai sangkut kat kipas angin siling rasanya
      • Tengah belek-belek cermin dan nampak macam ada 2,3 garis kedutan nak wujud kat muka. Nak kena pakai Safi Rania Gold, kot?
      Okeh, Sekian untuk makluman.

        7 comments:

        1. kita ketaq lutut kalau nampak orang bergaduh depan mata kita,takut sangat

          ReplyDelete
        2. Semoga lutut masih ok since banyak sebab boleh jadi ketar tu, hehe..

          sorry sebab saya ketawa baca entry ni.. have a nice day! :-)

          ReplyDelete
        3. yang no 3 tu selalu terjadi..mcm nak putus nyawa jer time tu

          ReplyDelete
        4. Satu lagi yg boleh buat awak ketar bila tiba2 seorang mat negro londehkan seluarnya di depan awak yg berseorangan hehe

          ReplyDelete
        5. ozzy: pehhh! kalau mcm tu, x sempat ketar lagi dah cabut duluuu..

          ReplyDelete
        6. dulu masa bwk manual mmg kekok kalo kat trapik lite..hehehe....takot lambat msuk gear,skang dah tuka auto....sinang kejaaa

          ReplyDelete
        7. main facebook semasa keje ? ish ish ish . . . . mama sape la ni, hahaha :D

          ReplyDelete

        Related Posts with Thumbnails