Wednesday, October 19, 2011
Kisah anak jiranku
Umur Hafiz 7 tahun. Serius, dia sangat comel dan ada ciri-ciri nak jadi kacak. Hidungnya mancung dan matanya cantik berbulu mata lentik. Senyumannya manis. Anak pertama dari pasangan suami isteri yang duduk berjiran dengan aku. Ada adik lelaki yang umurnya belum menjangkau setahun.
Dulu Hafiz selalu datang rumah aku. Main-main dengan si kembar. Si kembar ada berbakul-bakul toys. Tu yang buat budak-budak suka datang rumah. Dia tak sama dengan budak-budak lain. Bila dah siap bermain, dia akan kemas balik semua permainan yang bersepah. Tak macam Mail, bila nak balik kena check dulu kocek seluar. Kalau nampak kembung lain macam, ada la tu mainan si kembar yang dia rembat nak bawak balik.
Pantang ada masa lapang, mesti Hafiz berlari datang ke rumah. Lepas beberapa minit nanti, ada lah orang datang menyusul cari dia. Kalau tak emaknya, bapanya. Takpun makciknya. Aku kata, Hafiz budak baik. Tak buat kacau pun. Biarlah dia main kat sini.
Tapi, tu dulu. Sejak Hafiz dah masuk sekolah darjah 1, dia dah jarang datang ke rumah. Kalau ada pun, bila balik dari sekolah dan lalu depan rumah, ada la sesekali dia masuk. Tapi tak masuk dalam rumah. Cuma setakat sampai kat tempat letak kereta sambil tunjuk-tunjuk buku sekolah dia pada si kembar dan Rayyan, kemudian berlari balik ke rumah sambil melambai-lambai tanda selamat tinggal.
Hafiz anak istimewa. Sejak lahir dia ditakdirkan tak boleh mendengar dan bertutur. Untuk berkomunikasi dengan dia, perlu gunakan bahasa isyarat mudah. Setiap kali tengok dia, jiwa aku diruntun sedih dan simpati. Sedih sangat. Semoga emak dan bapanya dapat lebih ganjaran dari Allah atas kurniaan istimewa itu. Dan aku bersyukur sebab diberikan anugerah-anugerah indah yang sempurna dan sihat. Alhamdulillah.
Apapun, Hafiz anak istimewa yang sentiasa istimewa di hati semua orang.
Labels:
Cerita rawak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kadang-kadang insan yang istimewa seperti hafiz nih lebih baik daripda manusia yg normal macam kita.apapon terharu baca entry nie,dah macam novel plak..hee.
ReplyDeleteAllah maha adil..terkadang DIA lebihkan sesuatu pada kita & terkadang DIA kurangkan sesuatu yg ada pada kita..org cacat juga byk kelebihannya
ReplyDeleteALLAH dah janjikan tempat yg baik untuk hafiz kat sane mama...tengok sifat die kite dah taw die akan jadi anak yg berjasa kat mak ayah die kn...sedih bce cite mama nie...sob...sob...
ReplyDeletesemoge hafiz berjaya jadi anak yang soleh, . . . nanti dapat tolong mak ayah dia kat alam sana nanti, . . .
ReplyDeleteWish Hafiz will grow up to be a tough man.......... Allah jadikan manusia dengan kelebihan dan kekurangan...
ReplyDeleteya.. amin!
ReplyDeletesalam persahabatan,sukses milik semua orang,, semoga tetap sukses menjadi apa yang di impikan dan dapat membahagiakan orang yang di cintai...
ReplyDelete