Segala yang pertama
- Buku pertama yang aku baca selepas tau membaca, tajuknya '1111 Tafsir Mimpi' kepunyaan bapak aku. Belajar membaca dengan bantuan emak aku yang tugasnya pastikan semua sebutan aku tepat. '1111 Tafsir Mimpi'? Gila boring tajuk..
- Novel pertama yang ada dalam simpanan, Siri Penyiasatan 5 Sekawan oleh Enid Blyton dan Siri Salma oleh Nancy Drew. Dapat hadiah kat sekolah masa hari PIBG sebab dapat nombor 1 dalam kelas.
- Majalah pertama yang aku baca, majalah kartun Gila-Gila yang tengah top tahun 80an dulu.
- Hutang pertama yang aku buat dalam hidup, hutang beli majalah Bintang Kecil dengan Cikgu Rosyati dengan bayaran paling sikit 20 sen dan paling banyak RM1 sekali bayar. Bila aku cuma bayar 20 sen sebab duit dah habis buat beli nasi lemak kat kantin sekolah, mesti Cikgu Rosyati buat muka ketat. Agaknya dia kata, kalau tak mampu tak payahlah beli. Tapi Cikgu Rosyati tetap guru kesayangan aku.
- Panggung wayang pertama aku masuk adalah panggung wayang NIRA di KOMTAR, Johor Bahru tahun 80an pada usia 5 atau 6 tahun, tengok movie dari Indonesia yang aku langsung tak ingat apa tajuknya. Jangankan tajuk, jalan cerita pun aku tak paham. Mak dan bapak aku rajin pergi tengok movie kat panggung wayang masa tu.
- Surat cinta pertama aku dapat masa umur 8 atau 9 tahun, yang dicampakkan oleh seseorang melalui tingkap bilik mak aku. Aku punyalah jujur sangat masa tu, terus bagi surat tu pada pakcik dan emak aku kat ruang tamu. Terguling-guling diorang gelak baca surat cinta yang ditulis oleh budak darjah 2. Nak ajak aku keluar makan kat Medan Selera, Taman Air Biru, Pasir Gudang. Kehkeh. Sunat pun belum, budak tu.
- Kereta pertama yang bapak aku beli adalah kereta Proton Saga secondhand warna putih pada tahun 1994. Gila punya bangga sebab masa tu kat tempat aku belum ramai yang ada kereta. Masa tu, kami adik beradik betul punya jakun sampaikan makan, minum, main Brick Game, main pondok-pondok, semua dalam kereta. (-_-")
- Kaset pertama aku beli dengan duit poket sendiri adalah kaset Ziana Zain yang tajuknya 'Setiaku di Sini'.
- Kali pertama aku rasa bangga gila, rasa terhormat dan betul-betul disanjung masyarakat adalah pada tahun 1993, di mana aku berjaya dapat 4A dalam UPSR. (Masa tu masih 4A lagi, belum 5A macam sekarang). Semua orang kenal aku masa tu. Fuhh~ Feeling artis habis!
- Dan kali pertama aku rasa macamana rasanya sebagai seorang ibu adalah selepas melahirkan si kembar, Alyaa Nazura & Alysaa Najwa pada 08 Januari 2005 dalam usia 23 tahun 11 bulan. Saat tu baru aku tau, betapa hebatnya menjadi seorang ibu..
semua orang ada kali pertamanya kan..kali pertama itulah buat kita belajar kedua dan ketiga dan seterusnya
ReplyDeleteuhukss. tak ble tahan kaset ziana zain tuhh ahahkkkksss
ReplyDeletebestla..baguih ingatan tu..hehe
ReplyDeleteantara entri yang ingin ditulis tapi tak siap2 lagi
ReplyDeletebenda yg pertama dlm hiduplah yg kita x boleh lupa, kan? cthnya cinta pertama... syahduuu.. =)
ReplyDeletesalam sis, my middle name is nazura, and my sis's middle name is najwa. but we'r not twin. :D
ReplyDelete