Mood malas nak menaip dah datang.
Pedulik hape haku ko nak menaip ke tak khann? Kata rakyat jelata sekalian. Sobs. Sobs.
Mentang-mentanglah aku langsung tak sepemes dan sejelita Hanis Zalikha.
Dah nak habis opis hour ni sebenarnya. Tapi kenapa ntah tentiba je datang pule segerombolan buah pikiran yang ntah mana datangnya saling berdesak-desakan nak keluar dari ruang lingkup kepala hotakku. Maka terpaksa aku perahkan sedikit jus otakku ke dalam wadah yang telah sedia ada ini. Haktuih!
Aku tetiba terfikir, kalau seseorang tu gila punya pandai dan genius masa sekolah, manjang asyik nama dia kena sebut as best student la, dapat markah tertinggi la, ranking no 1 dalam aliran la, anak murid kesayangan cikgu la, TAK SEMESTINYA bila dah dewasa nanti dia boleh dapat kerja yang betul-betul best. TAK SEMESTINYA dia boleh betul-betul berjaya dalam hidup dan dapat apa yang dia nak, macam yang kita bayangkan masa zaman sekolah-sekolah dulu. Kan?
Kadang-kadang budak yang kat sekolah dulu selekeh je dan duduk dalam kelas yang corot-corot, pastu semua orang dah siap-siap tentukan dia ni dah besar mesti jadi penyangak atau sampah masyarakat tu lah yang tiba-tiba 20 tahun lepas tu kau terserempak dengan dia pakai kot mahal dan berkereta mewah. Gaji pun dah main cecah-cecah 5 angka. Dah ada bisnes sendiri. Atau paling kokak pun dah jadi manager atau pegawai-pegawai jabatan tinggi yang dulu sikit pun kita tak pernah terfikir akan jadi pada dia.
Semuanya bergantung pada nasib. Jugak usaha. Kadang-kadang sekolah pun tak habis, tapi tup-tup jumpa 10 tahun lepas tu dah duduk kat kawasan perumahan elit. Berbaris kereta mewah 2,3 bijik kat depan rumah.
Jadi, bila tengok anak-anak tak berapa nak bijak atau genius kat sekolah, tak payahlah risau sangat. TAK SEMESTINYA dia tak berjaya dalam hidup nanti. Atau kalau anak kau bijak dan cemerlang kat sekolah, tak payahlah nak berlagak sangat sebab TAK SEMESTINYA dia boleh lebih berjaya banding dengan anak orang lain satu masa nanti.
Hurmm. Tu jelah aku nak cakap pun.
woo.. keywords dia, tak semestinya :)
ReplyDeletebetul2.saya setuju.dulu ada juga kawan2 yang perangai sambil lewa masa belajar.tapi sekarang ni,wahh! berjaya dah masing2.Alhamdulillah~ tumpang gembira dengan perubahan mereka :D
ReplyDeleteBetul. People change, people get bored. Sebab dah bosan sangat selalu on top, Allah pun bagi dia rasa perasaan bila kat bawah. Yang kat bawah pulak dah bosan berada di bawah dia pun sungguh-sungguh perah keringat nak maju, jadi Allah pun bagi lah dia rasa tempat di atas.
ReplyDeleteSebab tu orang kata hidup ini bagaikan roda. Berpusing. Semua rasa.
setuju sgt dgn entry nih! :)
ReplyDeletesalam. Setuju 101%. :) nice entry sis!
ReplyDeleteSetuju sangat.. Ada kawan saya masa skolah duduk kelas paling corot, spm pun corot, x dpt peluang study.. Dia buat bisnes n now bisnesnya bercawang-cawangan dan dh pusing satu dunia dah.. Berbanding budak yg always first d hati cikgu, lecturer n bos skali pun, gaji rm2500 tapi x sepower kawan kite org yg pendidikan xseberapa.. Apa pun zaman sekarang saya lebih tertarik style org cina.. Ada lebey kurang 5 6 apek la saya jupe.. Anak dorg x minat study.. Spm pun failed.. Tp parents dorg hantar juga masuk private college sbb dorg kata x dpt bgus result janji ada pengalaman n sikit ilmu.. Sebab dorg kata even anak x dpt keje bagus, dorg dh siap bina empayar business sndiri utk anak dan keturunan sndiri.. Tp dorg kata tu x bermakna anak2 x payah belajar, mesti mau belajar, sebab org belajar dgn tak belajar berbeza pembawakan diri.. Saya ambek sikit bahagian tu, sebab saya sendiri sedang berusaha utk tinggalkan sesuatu utk anak dan keturunan insyaallah dan saya berharap anak saya bukan sekadar berjaya duniawi ttp lebih dunia akhirat.. Zaman skrgkan cukup takut tengok masalah sosial anak remaja yg merebak macam kanser dan xde penawar.. Apa guna jugakan berjaya dunia tp ilmu akhirat failed!just my opinionlah.. Hehehe
ReplyDeletetol kata misae-nohara... wana setuju tu sis. dan wana setuju gak dgn comment yg sis Nisa bg kat atas nie.. mmg betul.. bkn nk kata lah.. mmg ape yg sis Nisa ckp tu tol.. sb rata2 cina mmg buat mcm tu tuk anak2 dieorg yg xpandai bljr.. tp lastly bekerja mmg terbaek lah!
ReplyDeletewana pun tdk lah pandai mane pun.. dpt UITM tu pun wat PJJ.. tu pun sb ade biz sendiri agaknye lah.. lagi pun.. buat biz nie plg byk dpt duit.. dan plg cepat jugak lingkup klu x pandai jaga ekonomi..
Takdir ALLAH siapalah boleh menduga..sebab itu jangan pernah merendahkan orang lain sebab kita tak tau nasib & rezeki dia!
ReplyDeleteSalam... nak join, pasal saya setuju sangat dengan pendapat Cik Misae. Jangan hanya pandang IQ, EQ juga sama pentingnya.
ReplyDeletekita x dapat menghalang ketentuan Allah..rezeki kita di tangan-Nya..apa yg boleh kita lakukan adalah berusaha untuk mendapatkan kehisupan yang baik.. :)
ReplyDeletedah follow..jum ke blog saya pula..
http://alahaicikkema.blogspot.com/
hari2 mendatang kita tk tau apa yg di tentukan buat kita... jadi tak perlu merendahkan sesapa
ReplyDelete