Monday, November 5, 2012

Confessions of a non-shopaholic

(Tajuk kemain berprofil tinggi, ko!)

Cuti hujung minggu dihabiskan dengan aktiviti membocorkan dan menipiskan poket. Statement macamlah jutawan-syarikat-direct-selling-posing-depan-kereta-mewah.
Aku jarang belanja untuk diri sendiri. Tapi disebabkan bulan ni cuti sekolah dah nak start dan aku sefamily ada planning nak ke somewhere, maka aku kena buat anjakan paradigma dengan mengupgrade beberapa barang peribadi yang bergred rendah ke gred yang up sikit. Gred rendah bagi aku adalah kondisi barang yang memang dah nak kena campak dalam tong sampah, ye tuan-puan.

Disebabkan aku ni bukanlah jenis yang pentingkan sangat jenama, maka aku kurang koleksi barang-barang berjenama yang harganya boleh buat mulut berbuih seterusnya menggelupur atas lantai tatkala nak bayar di kaunter. Bagi aku, jenama tak penting, yang penting berkualiti dan cantik dipandang. -->Ini dipanggil statement orang kedekut taik idung masin.

Nasib baik aku takde kawan dari golongan-golongan elit yang kerjanya suka mencebik bibir 4 1/2 inci kalau tengok jenama handbag kau bukan dari butik-butik femes yang nak masuk pun segan sebab mesti tak kena layan dengan sales assistant dia yang kerek semacam. Mentang-mentanglah barang-barang aku semua made in Malaysia je, kau pandang aku tak pakai mata ye, cuma pakai telinga je. Barang-barang made in Malaysia pun ok apa. Macam Summit, Padini, Bonia, Fabiano Ricco. Kualiti ok, harga pun affordable. Bukannya orang nak belek pun tag baju or bag yang kau pakai. Apatah lagi nak tanya harga, kan? 

Alangkan barang pasar malam pun aku layan, inikan pulak barang-barang tak berjenama yang jual kat kedai-kedai biasa. Tak pernah pulak aku dengar orang mati ke, bersopak atau berkudis buta sebab pakai barang-barang tak berjenama international ni. Aku rasa orang yang gila jenama ni lagi-lagi kalau bukan dari golongan yang memang dah sedia mewah sampai dah tak tau nak buang duit ke mana atau stok-stok yang sanggup ikat perut semata-mata nak beli barang-barang mewah ni, sampai takde simpanan langsung sebab nak bergaya high class, memang bangang tahap cipan hutan simpan lah. Woh, dah duit dia, suka hati dialah nak buat apa pun. Ha'ah ek? Lainlah kalau dia pinjam duit aku pastu nak bayar pun pakai skim flexi credit 48 bulan tanpa bayaran untuk 3 bulan pertama.

Bershopping tanpa menetapkan misi, tak macam si Hanis Zalikha dalam Mad Markets TV9 tu, bukan setakat buat wallet je cepat menipis tanpa kawalan hadlaju, malah rambut pun cepat tertanggal dari paksinya. Sebabnya, bila tak plan nak beli apa, apa je yang kau nampak cantik, menarik dan tertarik da bomb tebaboo sepanjang perjalanan, laju je tangan nak capai. Lepastu bila dah hujung-hujung bulan, habis tertanggal-tanggal rambut sebab tengok budget dah lari banyak pada benda-benda yang tak penting. Sebab tu kalau aku keluar beli barang dapur, biasanya kat Tesco atau kedai runcit Pak Din dekat-dekat rumah tu, seboleh-bolehnya aku akan tulis kat kertas barang-barang yang aku nak beli. Jadinya, dah sampai destinasi, otak akan tertumpu pada benda-benda yang tertulis SAHAJA. Lain dari tu jangan pandang. Tapi kadang-kadangnya punn, tergagal dan terbabas jugak misinya. T_T

Mad Markets, Hanis Zalikha dan misi-misinya banyak membantu bila keluar bershopping ke mana-mana sekarang ni. Selain kau boleh bayangkan diri kau cun dan hot macam Hanis Zalikha, duit pun boleh save banyak. Macam aku dengan si gigi besi, kitorang dah setkan apa nak cari dan beli sejak dari rumah lagi. Bila dah sampai destinasi, terus tuju kat tempat tu. Jadi hujung minggu yang baru lepas ni dapatlah beli kasut bertutup Fabiano Ricco warna merah di Tesco, bag sandang belakang warna pink, bra dan pentis brand Scarlet di Jusco, dan sehelai tudung tak berjenama di Kip Mart. Semuanya dalam budget yang tak sampai pun RM200. 

Sekian saja rancangan Pasar Gila bersama saya Hanis Zalikha kali ini, jumpa lagi dalam rancangan akan datang!! Bluwekk! Penduduk kampung pun muntah secara berjemaah.

Mission accomplished!

11 comments:

  1. Hai.. lama xjengok sini..hehe.. Oh nisa suka nak berbelanja untuk diri sendiri. Sebab tiap kali dapat gaji, benda pertama mesti nak settle segala bil2, duit kereta, duit lampin susu anak. Lepas tu asing siap2 duit anak mintak beli ultraman, robot transformer, duit stok dapur dan keperluan umah..hah, lagi satu PTPTN..hurr.. Lepas tu baru tengok tinggal berapa. Lepas tu saya asing lagi, duit jumlah ni belanja dari tarikh 1-15hb, duit seterusnya dari tarikh berikut hingga hujung bulan. So, alhamdulillah tak rasa sesak sebab dah plan betul2 bila nak berbelanja. Bertuahnya saya,walaupun saya dah kawin ada anak..Abah dgn mak suka tanya.. along nak apa2 tak, abah dgn mak nak beli... pheww.. jangan kau tanya soalan itu? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, kalo sy pulak, dpt gaji kalo boleh semua nak simpan. ehehe.. yg kompom kena asingkan, duit utk saving anak2, duit utk bg kat mak sikit, duit main kutu (duit undi kitorg panggil), pastu duit utk letak dlm wallet sikit. yg lain2 semua humban dlm bank. betul2 darurat nak pakai utk benda2 penting br g bank cucuk duit. itupun ikut terma & syarat. hehe.

      Delete
  2. wer...sy kene blajo simpan duit ar...pemboros no 1...=.="""...

    ReplyDelete
  3. sy suka shopping.. hehe. cuma kalau lah ad duit yg bnyk.. hmmm

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, aina da start simpan duit sikit-sikit dr skrg. wlupn x keje lagi. =) aiNa suka shopping dkt tmpt murah. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pon suka shopping tmpat murah. murah x semestinya xde kualiti. kdg2 yg branded pun mahal sbb brand je tp kualiti haremmm. kalau rasa ade duit lebih & berkemampuan, sesekali ada juga beli yg branded, tp dgn harga yg munasabah laa. x sanggup nak jadik org gila fesyen dan brand.

      Delete
  5. Bestnyer dpt gaji simpan ajer dlm bank...tapi if anything happen to us pastinya kita sendiri tak merasa hasil titik peluh sendiri semuanya diwarisi kpd somi dan anak2 . peace you....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy bknlah jenis yg x belanja langsung, tp jarang belanja, lg2 kalau rasa benda tu x berapa penting. malah sy rasa lebih byk belanja utk diri sndiri banding dgn belanja utk anak2 & suami tp mostly shopping online. simpanan pnting sgt. klu fikir yg kita nnti bakal x merasa duit2 yg kite simpan tu, xperlulah kita menyimpan, kan? bg sy menyimpan x merugikan langsung sbb if anything happen, at least kita ada simpanan dlm bank yg boleh diandalkan. lgpun simpanan tu mmg utk masa depan. anak2 tu kan masa dpn kita? sekurang2nya if anything happen to me, sy dah ada sesuatu utk diwariskan kat diorang. mcm duit epf, semua pun sy dah buat penamaan atas nama anak2 & suami. siapa lg kita nak wariskan, kan? ehehe.. peace u..

      Delete
  6. betul..xkuase jgk yaya nk mghabiskan uet poket beli
    brg yg branded2 nih! kiter kalao pandai memilih,brg
    yg hrga jaooooooo lebih murah n bkualiti pon leh
    dapat..kann...ececechh..hehe

    -suke jgk tgok Mad Markets!^o^-

    ReplyDelete
  7. Hehe! me pon tak kisah pakai jenama apa pon atau takde jenama sekalipon..bukan depa bagi duit untuk shopping! :) hubby punya cousin memang berada (dato') tapi isteri dia pakai beg carlo rino je even mampu sangat nak beli handbag yang berpuluh ribu...takut riak & takbur pulak nanti! :)

    ReplyDelete
  8. ini pun saya setuju... duit simpanan teramat la penting especially ada family. kalau time singel mingle dulu takper la, susah senang sorang2. ni kang tak dak duit ujung bulan, kesian perut anak.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails