Selalunya bila berblogwalking walaupun jarang-jarang, sambil tercari-cari mana letaknya shoutbox atau shoutmix blog yang aku terjah masuk, mata pasti akan tertumpu pada entri yang paling atas atau terbaru dalam blog tu. Biasanya aku akan baca dua, tiga baris yang pertama dan akan terus ke bawah sekiranya cerita atau cara penceritaannya menarik perhatian aku. Kalau aku betul-betul tertarik, aku akan masuk ke entri ke 2 dan selepas tu melekat agak lama di dalam blog tersebut untuk membaca entri lain yang menarik bagi aku. Kalau aku rasa blog tersebut memang betul-betul bagus, maka aku dengan rela hati akan menjadi follower blog tersebut. Itu style aku la.
Cuma yang aku tak berapa gemar, bila masuk ke dalam blog yang menggunakan banyak perkataan kesat, kasar, lucah dan mencarut, yang bagi aku sangat tak sopan dan sesuai lebih-lebih lagi untuk seseorang yang berstatus ibu kepada 2 atau 3 orang anak! Mungkin di luar blog, penulis blog tu taklah seteruk mana, tapi melalui penulisan kan dah cukup untuk mengundang pandangan dan persepsi negatif terhadap si penulis. Sampai tergeleng-geleng kepala aku bila baca entri-entri si penulis yang tak melambangkan pun ciri-ciri seorang ibu beranak 2 dan sedang hamil pulak tu! Macam manalah agaknya kalau anak dia sendiri yang baca blog ibunya, ya? Hurmm.. tak pun aku yang terover sangat sebab tu kan blog dia, jadi suka hati dialah nak tulis apa pun kan? Okeh. Abaikan.
haha. |
Lagi satu, bila masuk blog budak-budak sekolah yang menggunakan banyak bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kat sini merangkumi penggunaan ayat singkatan atau ayat SMS yang diubahsuai sesedap rasa, yang super-duper susah untuk orang tua macam aku ni nak faham. Entah dari mana diorang belajar, aku pun tak tau. Contohnya, ikut jadi ikowt, pergi jadi pegy, sayang jadi shayunk, ni jadi nieyh, dia jadi dyew, je jadi jew, gila jadi gilew. Euwwww! Budak kecil yang baru pandai bercakap pun tak pelat gedik sampai macam tu. Bila baca blog macam tu, rasa macam budak baru belajar membaca pulak rasanya. Macam orang Tamil cuba nak baca tulisan jawi atau orang Thailand berusaha nak baca tulisan Russia. Susah dan senak otak.
Sekarang mari hiburkan hati dengan lagu ini.
haha xsuka budak2 eja mcm xpandai.
ReplyDeletekan kan.
betul tuh
ermm betul2 perkataan kesat, kasar, lucah dan mencarut bg seorang ibu mmg tak sesuai. Tapi beranak 2 dan hamil lagi sy ker? -_-"
ReplyDeleteterperasan lebih lak sb sy dah 2 org anak dan pregnant lagik ;)
tapi kan misae nohara...kita nak tegur pun tak bleh...budak2la katakan...kang melatah tak tentu pasal plak mereka2 ni...memang kalau saya buka blog bertulisan mcm tu saya malas nk baca n3 diorng...
ReplyDeletetakpala itu memang style mereka kot...cuma kengkadang meluat pun ada...
Dah ini dunia blog diorg ada dunia diorng masing2..maybe diorng ada belajar bahasa sanskrit tu kat sekolah pondok diorng..Wallahualam....
wahhhh..puan misae nohara......ini mak sinchan ni...hehhehhe..unik aaa gune nama ni...
ReplyDeleteterima kasih sudi singgah blog yee..
salam kenal dari saya..
huhu..entry yg menarik, boleh dikongsikan..
ReplyDeletememang senak lidah baca... nak wat camana blog dorang.
ReplyDeleteadik FA pun slalu tulis dgn ejaan cam alien tu kalu msg FA. selalu kena marah... bahaya jg sbnrny mcm ni sbb bukan orang kita je yg tgk n baca... nti membangkitkan salah tafsir... lagi2 org2 yg bru mau belajar bhs melayu kn..:)
ReplyDeletebudak2 sekarang terlebih kreatif. dah besar esok, berubahlah tu kot..
ReplyDeleteItu namanya bahasa eeuuwww..hehe ;)
ReplyDeleteTak tau plak sapa pencipta bahasa eeuww tu.
Tergeliat lidah nak baca.
influence dari baby comel yang baru bercakap =)
ReplyDelete