Uik, mana boleh! Walaupun cuma separuh hari, bagi aku kerja adalah amanah. Aku bukanlah baik sangat, tapi bila masuk bab-bab amanah ni, orang boleh sandarkan rasa percaya pada aku. Setiap sen yang aku terima sebagai gaji bila dah cukup bulan nanti, tak ada satu sen pun yang akan terlepas dari dinisab dan dihitung di kemudian hari kelak. Itupun aku takut juga sebab selalu melencong masuk Facebook atau blog dalam waktu pejabat, walaupun tempat kerja aku tak mengharamkan pun penggunaan Internet di pejabat. Yang penting kerja aku tak pernah tak siap atau lambat siap sebab itu adalah tanggungjawab aku dan aku dibayar untuk itu. Cuti tahunan dan MC pun aku ambil kalau betul-betul penting dan perlu saja. Memang dari sekolah pun dah macam tu. Kalau betul-betul dah tak larat bangun, baru aku ambil cuti. Itupun dengan rasa bersalah yang amat.
Aku jumpa ayat ni masa menggoogle tajuk etika kerja dalam Islam :-
Selain dari itu setiap manusia hendaklah insaf bahawa menurut ajaran Islam setiap kegiatan kita di dunia ini akan diperhitungkan di akhirat nanti sebagaimana ternyata di dalam firman Allah yang bermaksud:
“Tiap-tiap diri bertanggungjawab terhadap apa yang telah diperbuatnya”. (Al-Muddaththir : 38)
Ini bererti iaitu sekira kita tidak menunaikan kerja kita dengan sewajarnya, seperti kita mencuri masa dengan membuat kerja peribadi di dalam waktu pejabat, melengah-lengahkan bayaran kepada pemborong, meluluskan permohonan yang sepatutnya ditolak dan seumpamanya maka semestinyalah kita akan dihukum di akhirat kelak walaupun kita mungkin terlepas daripada tindakan tatatertib atau pun hukuman di dunia ini. Sebaliknya berbahagialah kita di dunia dan di akhirat sekiranya kita melaksanakan tugas kita dengan sewajarnya menurut tuntutan Islam.
Wah, termasuklah masuk kerja lambat, mengular dalam Facebook, update entri dalam blog, main game, rajin cuti dan mc, dan..dan.. wahhh!
Jangan bohonglah. Semua orang pun pernah buat. Mari buat transformasi, reformasi dan evolusi.
Sekurang-kurangnya untuk 2,3 hari ini. (Tapi boss kau tak kisah kot?-kata syaitan tepi telinga aku)
peringatan yang bagus ... semua dalam dunia satu amanah cuma manusia yang lupa kerana leka ...
ReplyDeletegood entry....
ReplyDeleteinsaf sebentar...huhuhu=)
Salam misae, hehe...ya, aku pun kadang2 rasa serba salah mau buka FB waktu pejabat...walau kwn sekeliling sibuk online..
ReplyDeleteEntri yang memberi peringatan.. :)
salam..perkongsian yang berguna...susahnya pegang amanah..tp moga kita jadi hamba yang amanahkan
ReplyDeletehehhee ... ok jg kalau mengular FB tu habis jg buat kerja. ada yg asyik FB sampai lupa tugas.
ReplyDeletetima kasih saling mengingatkan
ReplyDeleteni lebih pada peringatan utk diri sendiri sebenarnya. tapi kalau yg membaca pun dapat sikit kesedaran, itu lagi bagus =)
ReplyDelete