Thursday, December 30, 2010

Buat sehabis baik - bukan setakat lagu pengakap muda waktu sekolah rendah

Kadang-kadang kita rasa, kita dah jadi yang terbaik dan buat sehabis baik untuk orang-orang di sekeliling kita. Rasanya kita dah betul-betul penuhi apa yang mereka inginkan dari kita, dah berjaya puaskan hati mereka dan bahagiakan mereka dengan apa yang kita dah lakukan untuk mereka selama ni.

Tapi pernah tak terfikir untuk tanya mereka secara ikhlas, dari hati ke hati, dengan sepenuh jiwa, adakah diri kita ni dah betul-betul menepati piawai yang telah mereka tetapkan untuk memenuhi meter kepuasan hati mereka ? Adakah kita ini sudah betul-betul berjaya memuaskan, menepati dan memenuhi kehendak diri mereka dalam erti kata yang sebenarnya? Pernah tak?

Jangan tak tau, sebenarnya ramai yang suka memendam perasaan, memendam rasa ketidakpuashatian semata-mata untuk menjaga perasaan orang lain. Jadi seandainya ada masa terluang, apa kita kita luangkan sedikit masa dengan orang-orang tersayang dan sesiapa saja yang rapat dengan diri kita, dan tanyakan kepada mereka, adakah selama ini kita sudah cukup memenuhi apa yang sebenarnya mereka inginkan dari kita? Ataupun apakah selama ni kita pernah lakukan sesuatu yang sebenarnya langsung tak mereka sukai tapi mereka pendamkan semata-mata sebab nak jaga perasaan kita dan terlalu sayangkan kita? Adakah selama ni kita dah cukup membahagiakan mereka dalam hidup yang mereka kongsikan dengan kita? Adakah?

Mak aih. Emo lah pulak!

2 comments:

  1. perghh..memang betul betul emo ni..hehehe..

    tapi tu la, nak jadi yang terbaik pun bukan semudah bicara..kekadang kita rasa kita dah buat yang terbaik tapi pada orang lain diorang tak rasa cukup pun..

    yang penting kene sentiasa memperbaiki diri dan berusaha selalu untuk jadi yang lebih baik..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails