Sunday, December 19, 2010

Jadual waktu bekas pelajar 5 Sains

Aku suka hujung minggu. Boleh habiskan masa dengan keluarga. Boleh bangun pagi-pagi dan mencuci baju sebakul besar, mandikan dan siapkan anak-anak, mengemas rumah yang jarang terkemas, memasak juadah tengahari dan makan beramai-ramai (oh ya, juadah hari ini adalah nasi putih dan tomyam thai, membuatkan seisi rumah yang diserang selsema beramai-ramai tiba-tiba berselera makan), tengok rancangan Melodi dan berehat-rehat sekejap. Bergerak lagi untuk buat sesuatu sebagai menu minum petang. Kemudian sekali lagi mandikan dan siapkan anak-anak di waktu petang, mengajar mereka membaca dengan buku Bacalah Anakku (agenda harian sepanjang cuti sekolah supaya mereka semakin lancar membaca dan tak hilang ingatan terhadap apa yang dah dipelajari di sekolah tempat aku bayar yuran tiap-tiap bulan), menyediakan juadah makan malam sebelum makan malam, memberi mereka minum Scott Emulsion dan vitamin supplement sebelum tidur, mengemas bilik tidur mereka sebelum menidurkan mereka, dan oh, leganya mereka dah tidur, kemas rumah lagi serba-sedikit, tengok televisyen beberapa minit, online sekejap kalau mata tak perlu disengkang dengan batang mancis dan tidur. Fuh, penat. Tapi bahagia.

Kena tunggu lagi seminggu baru boleh ulang aktiviti yang sama sebab esok dah kerja dan jadual hidup pun dah berubah. Sekian.

2 comments:

  1. salam...

    buku bacalah anakku sayang tu..memang membantu anak2 bila masuk ke tahun 1 nanti..

    ** follow blog puan..:)

    ReplyDelete
  2. huhuh..seronok kan mhabiskan maser ngn famly? i wish i can do that :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails