Thursday, December 9, 2010

Memori 7

Tarikh: Sekitar tahun 2000
Lokasi: Kompleks Pengangkutan Awam Larkin, Johor Bahru

Aku dan Maizatulakmal Mahmood merayau-rayau di kompleks itu sebelum kepenatan dan kehausan. Terbit idea untuk melahap ABC di food court tingkat 2. Pesan dua mangkuk ABC di gerai paling hujung sebab ada seorang balak cute di situ. Gatal. Tapi serius, budak tu memang cute. Kau bukan perempuan normal kalau tak pandang dia 3,4 kali.

Sambil makan dan rebut-rebut kacang merah dan buah kabung dalam ABC, sambil banyak kali sesekali jeling-jeling pada figura menarik tu. Fuh, makan ABC dihiasi dengan pemandangan indah macam tu, memang sangat cool.

ABC habis licin. Berebut nak pergi bayar sebab nak main-main mata dengan balak tu. Persaingan sengit untuk tarik perhatian beliau. Celaka! Maizatulakmal Mahmood berjaya bangun dengan kecepatan tinggi dan meluru laju ke arah gerai tersebut dengan penuh gaya. Rasa macam nak baling dengan dua biji mangkuk kosong.

Terbakar sikit hati dan jantung bila si cute itu berbalas-balas senyum dengan Maizatulakmal Mahmood. Ciss! Dia senyum lagi, versi yang lebih panjang dari tadi sambil bertentang mata dengan si debab itu. Duit bertukar tangan dan masih senyum lagi. Grrr.. Lepas ni aku nak luku kepala Maizatulakmal Mahmood sebanyak 3 kali.

Dari jauh Maizatulakmal Mahmood berlenggang-lenggang kangkung menuju ke arah aku dengan senyum dan muka minta penumbuk. Eh, kejap. Ada sesuatu yang berkilat di bahagian bawah pipi sebelah kanan, berdekatan dengan hujung bibir Maizatulakmal Mahmood. Apakah?

Semakin dia mendekat, kilatan di pipi semakin ketara. Nampak agak kehijauan.

...........................................

Wahhhh, aku dah tau apa tu!

Setelah bergegak-gempita berketawa-ketawaan besar-besaran hingga hampir menggelupur atas lantai, barulah aku suruh Maizatulakmal Mahmood menyapu pipinya dengan jari.

"S**t!" kata beliau menahan malu sambil menarik tangan aku dan berlalu dari situ sepantas kilat. Pada jelingan terakhir, aku lihat si cute masih tersenyum panjang.

"Lahabau kau, Kasma! Kenapa tak bagitau ada lengkong hijau kat pipi aku dari tadi? Patutlah mamat tu senyum tak sudah sambil tenung-tenung pipi aku!" maki Mai sambil bergelak-gelak macam orang gila dengan aku.

Saiz lengkong itu agak besar, okeh. Dan berkilat.

Yummy!!

3 comments:

  1. i yg baca nih pun ketawa sensorg kat depan pc... wakakakaka =D

    ReplyDelete
  2. hahah lawak ! owhh penah mkn gk ABC kt c2 :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails