Malam tadi bila semua kerja rumah dah siap, aku pun lepak-lepak la atas katil dalam bilik dengan si Rayyan sambil tengok TV Suria (channel Singapore-orang Johor belah selatan je dapat), rancangan Bicara, dengan Yuna sebagai personaliti yang dipilih untuk diwawancara. Nampak boring, tapi menarik jugak sebab ada Yuna. Kalau dia wawancara Lee Hsien Loong, takdenya lah aku tengok. Sila gugel kalau tak tau siapa. Si kembar dah tidur dalam bilik diorang dari tadi. Golongan tu memang stok-stok tidur awal. Memang spoil betul kalau nak keluar berjalan malam-malam. Pukul 8,9 malam mata dah macam kena sapu gam UHU memasing.
Disebabkan Rayyan masih belum kenal siapa gerangan pompuan nama Yuna tu, maka dia pun tak berminat langsung nak ambil port. Yang dia sibuk dok godeh dari tadi adalah wallet aku yang dia ambil dari dalam handbag. Jenuh nak melayan. Tiap keping kad yang ada dalam wallet tu dia tanya, ni kad apa? Kenalah aku jawab dengan penuh komited. Ni kad bank, ni kad Tesco, ni kad UO, ni kad kedai 5 hengget sambil mata melekat kat TV. Tak boleh main taram je jawab, sebab dia tau. Dah tau pesal kau tanya, nak?
Bila dah habis sesi soal jawab kad tu, aku nampak dia keluarkan duit dari dalam wallet tu. RM21. Sengkeknya mak aku. Agaknya dia cakap macam tu sebab lama gila dia tenung duit RM10 2 keping dengan RM1 sekeping tu. Entah apa yang dia kaji pun aku tak tau. Mungkin jugak dia tengah fikir berapa banyak Oreo McFlurry yang dia boleh dapat dengan duit tu. Feveret terbaru dia sekarang tu.
Sebab khusyuk tengok Yuna kat TV, aku pun dah tak perasan apa budak kecik tu buat lepas tu. Ada la dalam 5,6 minit gitu, aku pun toleh belakang aku. Nampak si Rayyan tengah bersandar kat kepala katil dengan tabung Winnie the Pooh dia kat tangan. Duit RM21 tadi tinggal RM11. Maknanya, dia dah lipat-lipat sekeping duit RM10 tadi dan masukkan dalam tabung dia. "Rayyannnnn! Rayyan buat apa ni?" Dia sengih je. "Habislahhhh! Mama dah takde duit lagi.." aku cakap sambil buat-buat muka sedih. Terus dia buat muka bersalah. "Mama takde duit eh? Nanti Rayyan suruh papa 'belikan' duit eh..". "Mama taknak, mama nak duit tadi jugak". Aku buat-buat nangis. Gedik sungguh. "Nanti Rayyan ambik pisau, potong tabung ni. Nanti Rayyan bagi mama duit semua eh?" . Alolo.. comelnya anak aku. Betullah kan. Kalau dah anak sendiri, tentulah kita rasa anak kita paling comel dalam dunia, kan?
Agaknya sebab dia dah terbiasa, kalau dapat duit je mesti nak kena masuk tabung. Lepas ni kena ajar, tak boleh ambik duit orang tanpa izin. Karang duit siapa-siapa je dia ambik, sumbat dalam tabung. Rosak sahsiah anak aku. Tapi, pandai pulak kau pilih yang kaler merah ye?
Lepas tu, Rayyan goncang-goncang tabung dia. Keluar duit 10 sen. "Nah, duit mama. Rayyan letak dalam bag mama eh?". Maka budak kecik tu pun hampir lemas sebab aku gomol-gomol dan sedut-sedut pipi dan perut dia kuat-kuat. Nilah antara 'benda' yang paling aku sayang dalam donia.
Hari pertama keluar dunia, 28 mei 2009. |
Umur 4 bulan. |
Setahun 3 bulan. |
2 tahun 4 bulan. |
2 tahun 6 bulan. |
Sekarang. Dah 3 tahun 8 bulan. |
sistem barter yg paling adil dan saksama... hahhaa anak kan, comel sgt bila depa tunjuk ke'caring'an dorang. best la u ada kembar ngan hero.
ReplyDeletecomeynya rayyan..rindu plak kat anak..skang kt umah pengasuh lagi..huhu
ReplyDeleteComelnya perangai rayyan... Gerammm... :) S0 sweet... Hehehehe
ReplyDeleteWeeeee, comelnya! Mcm mat salleh
ReplyDeleteheheheheh! Adriana pon dah pandai duit2 ni! kalo kertas dia koyak2..kalo duit pandai dia simpan! anak2 diajar menabung dari awal memang bagus...!
ReplyDelete