Wednesday, January 30, 2013

Happy belated birthday, kembar!

Hari jadi si kembar sebenarnya 8 Januari, tapi tertunda-tunda sampaiiii la 27 Januari baru sempat buat parti kecil-kecilan. Tak rasa pun, pejam celik pejam celik, dorang dah 8 tahun. Macam baru je semalam aku berpeluh-peluh nak handle 2 baby kecik dalam 1 masa, mana yang nak susu, mana yang e'ek, mana yang nak ganti diapers. Serius, penat gila! Every single thing kau kena buat 2 kali. Tengok kembar memang best, tapi kena kerah tenaga 2 kali ganda banding dengan baby tak kembar. Tu yang masa dapat si Rayyan aku rasa macam kacang je nak handle budak ni. 

Birthday party dorang aku buat kecik-kecik dan biasa-biasa je. Decoration memang buat sendiri la macam sebelum-sebelum ni. Bab-bab menyerlahkan kreativiti ni memang aku suka. Aku suka DIY paper flower pom-poms yang aku belajar buat dari Youtube. Mat saleh buat pakai tissue paper, tapi aku buat pakai crepe paper. Jadik jugak. Makanan, separuh aku order dan separuh lagi buat sendiri. Kek rainbow yang gojes aku order dari Marina Mint's. Sape yang duduk area Pasir Gudang, Masai, Seri Alam, boleh order kat dia. Kek dia memang cantik-cantik dan sedap. Oh ye, thanks to Gugel yang tolong aku carik resepi mee soto yang sedap. Dan thanks to mak, adik aku, si gigi besi & encik Papa yang banyak tolong buat persiapan untuk parti makan-makan ni. Puihh. Frasa macamkan menang award Vokal Terbaik. Dah la, tanpa banyak bunyi, layankan je la gambo-gambo ni ye. Mahap ye, aku takde kamera DSLR.

kad jemputan & birthday banner.
malas nak tebuk-tebuk lubang, aku sepit je pakai klip-klip comel.
yang ni recycle dari birthday Rayyan yang lepas. nasib baik ada lagi.
3 ketul je pun aku buat.


mee soto home made. sedap jugak aku masak :p

pencuci molot.
isi goodies bag. tak sempat nak letak label.
macam cempedak dalam bungkusan pun ade..
moist choc cake buatan sendiri versi last minute. bughok ghupe -_-
rainbow kek by Marina Mint's. very the gojes, kan?
beauty & the beast..;p
kembar yang malu-malu kucen..
budak jantan tu bontot dah terangkat nak join tiup lilin. harhar.

budak ni eksyen macam ini besday dia yang punya.
sebahagian dari budak-budak & jemputan yang datang.
santek kan? sayang betol nak makan. sila la order dengan beliau.
Sekian, untuk makluman.


10 comments:

  1. arghhhh...sedapnyerrr.. hepi belated besday to alyaa n alysaa..

    ReplyDelete
  2. wahhhhh..sedappp nye cake..heppy belated birthday alyaa & alysaa =D

    ReplyDelete
  3. wah sedapnya.. hapyy belated besday alyaa n alysaa.. comel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks semua..
      hurmm, kek tu je la yg korang fokuskan ye. kaler dia mmg bikin geram..

      Delete
  4. Happy Besday kembar.. moga jadi anak solehah dan berjaya dunia akhirat :) serius sis kek rainbow tu memang cantiklah.. tapi aida terpikat dengan kek sis buat tu lagi. haha.. nom nom.. Meriah na rajin pulak tu sis buat macam2 ada kad jemputan, gantung2 lah.. makanan pun semua awesome habis.. lapar perut tengok. haha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek yg akak buat tu kalo nak banding rupanya ngan rainbow cake tu mmg dpt hadiah saguhati je la. tapi kalo bab rasa, mmg lagi sodapla banding rainbow cake tu. hihi. sebab kaya raya dgn cekelet n very the moist u know.. kek tu yg habis dulu kena sebat dgn penduduk rumah.

      Delete
  5. Meriah haaaaa..Happy belated birthday Alyaa and Alysaa, hugs... May Allah bless u both. Rayyan duk tahannnn jer kan... hahaha tergelak I tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks auntie..
      si rayyan mmg awal2 dah claimed kek tu dia yg punya. masa baru dpt kek tu, dia punya sibuk tak bagi kakak2 dia dok dekat2 kat kek tu. nasib baik masa majlis tu dia x byk bunyik. jakun tgk ramai budak agaknye..

      Delete
  6. alolo...so kiut laa..:) comel sgt kembar nie...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails