Hari Sabtu lepas, balik dari kerja 1/2 day, aku singgah mini market beli barang-barang dapur. On the way nak balik rumah lepas belanja tu, aku ternampak dua orang budak perempuan dalam lingkungan umur 19 ke awal 20an gitu la. Diorang nak melintas jalan depan kereta aku. Biasa je pun budak-budaknya. Yang buat mata aku melekat kat diorang dari start diorang menunggu kat tepi jalan sampai la selamat menyeberang sampai ke seberang sana, adalah cara berpakaian dan personaliti diorang. Yang sorang bertudung labuh dengan blouse labuh, seluar longgar dan kasut bertutup. Sorang lagi bergaya ranggi dengan rambut pendek, T-shirt sendat, seluar jeans ketat, pakai spek hitam. Nampak janggal sikit la kalau perati betul-betul. Dan-dan aku terus teringat zaman muda-muda dulu waktu aku dengan Maizatulakmal Mahmood- kawan baik aku masa tu.
Macam tu la lebih kurang style kitorang masa tu. Mai masa mula-mula aku kenal, dengan jubah + baju kurung kat belah dalam, tudung labuh, kasut bertutup. Aku dengan gaya bebas kuak lentang aku. Free hair, rambut kontot, t-shirt dengan jeans je. Memang jauh beza. Tapi macam mana kitorang boleh sehati sejiwa sebakul seraga? Sebabnya gaya berpakaian je beza, tapi jiwa kitorang serasi. Gila-gila, kuat gelak, mulut longkang, takde perasaan. Buat lawak sendiri lepastu gelak sendiri macam nak mati. Kau kalau nak rasa pekak atau torek tu macam mana, mehlah dok borak dengan kitorang. Tu belum masuk geng-geng kitorang yang kategori bercakap dengan member kat sebelah macam bercakap dengan orang kurang pendengaran berjarak 5 batu jauh kat depan nun. Dah tu gelak masing-masing memang jenis tak tersenarai sebagai ahli-ahli syurga la. Biasalah, muda lagi. Fikiran pun tak berapa nak panjang lagi.
Kali terakhir aku jumpa Mai, hari raya tahun lepas. Tu pun lepas 9 tahun tak jumpa. Gila bapak punya lama. Jumpa-jumpa je anak dah berderet. Mai sekarang tengah preggy anak no 5. Fuh, produktif, efektif, kondusif betul ko ye. Aku yang nak anak ramai, kau pulak yang over action ye. Takpelah, walaupun aku dah tak mampu nak hasilkan anak ramai sebab dah 2 kali caesar untuk dapat 3 ketul budak tu, kau je lah teruskan hasrat suci murni aku tu ye. At least, impian aku nak dapat anak kembar dah tertunai.
Menyusul si Mai yang nak dapat baby lagi, Net pun sama tengah preggy anak yang 1st. Alhamdulillah, tumpang happy sebab banyak halangan Net dalam usaha nak dapat anak ni. Net, ko jaga diri dengan baby baik-baik ye. Aku doakan semua selamat dan lancar sampai lepas dapat baby nanti. Geng-geng lain yang dah lama gila tak jumpa tapi nasib baik ada Fesbuk, si Pipy pun ikut jejak aku dapat kembar perempuan. Jeles aku! Then si Nurul yang tengah preggy anak no 3 kalau tak silap. Minah ni aku salute, memang dari zaman dahulu kala lagi dia memang nak jadi bisneswumen. Hamek ko! Memang sukses abis jadi bisneswumen. Kereta pun dah 12 tingkat lagi best dari kereta-kereta kitorang. 12 tingkat lagi best bukan bermakna dia dah pakai bas 12 tingkat ye. Agak-agaklah kan. Nani @ Anje pun baru je dapat baby nombor 2. Nama je duduk 1 negeri tapi sampai sekarang belum ada can nak jumpa lagi. Selain jadi cikgu, Si Anje ni pun aktif bisnes. Harap ko sukses and maju jaya macam Kg Sepakat ye, Anje. Then si Shah @ Baizura, budak tomboy yang memang dah tak pernah jumpa lepas habis belajar dan by the time dapat berita pasal dia dekat Fesbuk, dia dah kawen, tak tomboy lagi serta sudah preggy. Nampak macam All is Well..
Btw, rambut aku dah tak kontot, dah tak free hair lagi dan dah tak pakai t-shirt sendat macam dulu lagi, okeh.
p/s: Girls' Generation adalah group pompuan Kpop fohfuler ye, tuan puan.
dari kiri: aku, net, nurul, uncle mini mart, pipy, shah & anje. |
anje, aku & mai. -rumah anak yatim JB. |
Kenangan tu semua nya, betul kalau ingat balik dulu2 punya hal, boleh senyum sorang2.
ReplyDeletebkn setakat senyum sorang2, kalo boleh nak pergi semula masuk zaman tu balik.. pesal la machine time x siap2 lg ekk?
Deleteterharu aku baca entry ko ni kasma..rinduuuuuuuuuuuuu sangat kat korang tau..jomla jumpa wei..ko tu macam jauh nau..
ReplyDeletejauh anje.. kalau aku jalan kaki smpai besok pagi pon blm tentu sampai..:p
Deleteaku pon rinduuuu kat korg. sbb tu lah entri ni tetiba muncul..
HAHAHAHA... gonjeng je korang... windu zaman tuh kan
ReplyDelete