Friday, August 26, 2011

Dah masuk jalan mati..

Cuti raya start besok. Sekarang masih terperuk di office. Tapi dengan jiwa bergelora dengan aura raya. Mood bekerja dah lama ke laut. Jasad di sini tapi jiwa dah jauh melayang. Dah mula terbayang suasana meriah di malam raya. Dengan semua bala tentera yang dah berkumpul beramai-ramai. Juga dah tercium bau masakan emak untuk juadah pagi raya. Fuh~Fuh~

Hadoiii, cepatlah pukul 5, wehh. Dah suntuk aku kat sini!

Selamat Hari Raya Eid ul-Fitr kepada semua blogger Islam di Malaysia. Semoga lebaran kali ini lebih bermakna dan membawa keberkatan buat kita semua.

Selamat bercuti!!

Thursday, August 25, 2011

Takdir Maha Esa (apa yang terjadi, terjadilah)

Antara kekurangan dan kelemahan kita sebagai manusia biasa, adalah suka menyalahkan takdir. Semua pun tau, itu memang tak baik. Sebabnya Allah lebih tau apa yang telah ditentukan untuk kita.

Kalau setakat terlanggar dan tertumpahkan air segelas yang diletakkan atas meja atau lantai, kemudian menyumpah, siapa yang letak gelas kat sini? Padahal kita yang salah sebab tergopoh gapah, tu mungkin tak mengapa. Ataupun menyeranah orang berbasikal yang terkena ludahan kita tepat di batang hidung, dengan menyalahkannya, siapa suruh kau lalu sebelah motor aku, semasa kita sedang berludah, mungkin juga boleh diterima walaupun sedikit sadis bunyinya.

Tapi kalau menyalahkan takdir besar seperti kelahiran, jodoh pertemuan dan ajal maut, tu memang sah-sahlah dah melanggar akidah.

Astaghfirullah. Sebagai manusia biasa yang hina dan kerdil dengan banyak kekurangan dan kelemahan, aku kadang-kadang tak terlepas dari menyalahkan takdir yang terjadi dalam hidup aku. Astaghfirullah.


Wednesday, August 24, 2011

Masih subjektifkah cantik itu?

Okeh. Mari lari sejenak dari topik raya yang semakin mengembangkan jiwa. Jangan risau, raya tetap tiba.

Aku dah merayap ke beberapa blog kegemaran yg ada entri berkaitan dengan kecantikan yang dah tak berapa subjektif sekarang. Setiap ayat mereka yang aku baca, akan diakhiri dengan anggukan dari kepala aku sebab terlampau setuju dengan apa yang mereka sampaikan. Kewujudan unsur diskriminasi terhadap gender berkaitan dengan isu kecantikan ni memang tak dapat dinafikan. Kamu akan dikecam hebat jika berjantina perempuan dengan badan gemuk atau wajah kurang cantik berbanding sekiranya kamu berjantina lelaki dengan ciri-ciri yang sama seperti tadi atau malah lebih buruk berganda-ganda. Itu antara intipati yang mereka cuba sampaikan. Tak adil kan?

Seperkara yang tak dapat dielakkan adalah kebiasaan cara kita memandang atau menilai seseorang berdasarkan fizikal luaran sahaja. Tak dapat dinafikan, seseorang yang dikurniakan dengan wajah cantik dan tubuh yang menarik, kurus langsing, tinggi dan berkulit cerah kebiasaannya pasti akan mengundang persepsi positif, pada lelaki terutamanya dan sekurang-kurangnya (sebab kebanyakan perempuan suka ada perasaan iri bila ada perempuan lain yang lebih cantik dari dia). Mungkin sebab sesuatu yang cantik tu sinonim dengan sempurna, wangi, bertuah dan sedap untuk menjamu mata serta minda. Tak kiralah perangai si cantik tu buruk macam mana pun, tapi benda pertama yang orang nampak adalah kelebihannya dari sudut kecantikan luaran. Bab-bab kecantikan hati tu, orang tak berapa ambil peduli sangat sebab kecantikan luarannya dah menutup kekurangan dalamannya. Betul kan?

Kalau nak suruh semua orang berfikiran bahawa semua manusia tu cantik, memang susahlah sikit. Kita sendiri pun bila nampak sesuatu yang kurang cantik, sekurang-kurangnya mesti mengutuk dalam hati dulu. Jadi, macam mana? Macamlah semua orang nak dilahirkan tak cantik dan kurang serba-serbi, kan? Cuma, yang aku nak tekankan, bila ada yang tak menghargai perasaan orang langsung. Tak tau nilai sensitiviti dalam hal berkata-kata. Cakap main sedap mulut. Tak sedar sama ada perasaan orang terguris atau tak dengan kata-kata yang keluar dari mulut kita. Kita sedap mengutuk orang, tapi di belakang kita, tau tak apa yang orang cakap tentang kita? Kalau rasa tak ramai yang berapa suka dan tak berapa nak ngam dengan kita, cuba fikirkan balik, berapa skala ritcher tahap kelancangan mulut kita bila berkata-kata dengan orang? Orang macam ni jenis yang rasa diri sendiri je yang sempurna. Orang lain semua salah. Aku dah jumpa ramai orang macam ni. Selalunya mereka tak sedar kekurangan diri, sampailah ada yang berani bagitau dia depan-depan.

Aku rasa semua orang ada titik sensitif dalam hati mereka. Bukan saja pada orang berbadan gemuk, bak kata Neem dalam blognya, orang yang skinny pun mudah terasa kalau orang cakap dia kurus. Betullah! Ye lah, bila kau dah kata orang tu kurus kering, kerempeng, sekeping, papan lapis, TV LCD, cicak kubing, dah sah-sahlah meruntun jiwa orang tu. Nampak sangat macam orang kurang makan, dan dah semestinya kurang seksi bila dah dikaitkan dengan perkataan-perkataan macam tu. Dah tentu-tentulah dia rasa amat gagal sekiranya sedang dalam usaha menaikkan berat badan dan tiba-tiba kita datang dan panggil dia dengan panggilan-panggilan manja macam yang disebutkan tu. Weh, yang berkata-kata tu dah cukup sempurnakah sampai suka-suki hati nak menghina orang? Isk..isk..-berdasarkan kisah benar ni..

Bersempena dengan hari mulia yang bakal tiba tak lama lagi ni, (nak tak nak kena jugak masukkan topik raya yang dah dekat), marilah bermuhasabah. Fikirkan apa kesalahan kita yang orang lain tak suka selama ni. Mana-mana hubungan yang keruh, marilah jernihkan semula. Kalau ramai orang pernah terguris hati dengan cara kita, bayangkan berapa banyak dosa yang kita dapat. Kalau semua orang tak betul, banyak salah dan kurang sempurna di mata kita, fikirkan balik, cukup sempurnakah kita di mata orang lain? Ingatan ni pun untuk aku juga sebab aku pun tetap banyak kekurangan dan tak sempurna. Jomlah bermaaf-maafan sebab mana tau ni Ramadan dan Syawal terakhir untuk kita, kan? Manalah kita tau..


Tuesday, August 23, 2011

Di ambang syawal, wehh!

Last update on 2 Ogos 2011.

Woh, hampir 3 minggu menyejukbekukan blog ini.  Tak banyak yang nak diceritakan selain dari.. weii,  raya lagi seminggu wehh!!! Persiapan raya untuk bala tentera, dah lama settle. Tinggal lagi, sebagai permaisuri koloni, banyak lagi yang belum lengkap untuk aku. Kasut-kasut raya, untuk versi raya yang lepas-lepas masih elok lagi dalam kotak. Handbag masih banyak yang boleh dipakai, walaupun handbag feveret aku dah tersopak sikit sebab selalu sangat dipakai walaupun ke opis. Maka, sebagai usaha untuk memeriahkan lagi raya tahun ni, haruslah berkunjung ke mana-mana outlet yang berkenaan untuk melengkapkan lagi segala kelengkapan yang belum lengkap. Jusco Tebrau City misalnya? Baju raya dah siap 2 pasang. Tudung raya pun belum masuk kedai lagi nak matching-matching dengan warna baju raya. Persiapan-persiapan lain, mostly dah complete.

Bala tentera aku sedikit rugi lah sebab tak dapat rasa macam mana feelingnya main bunga api macam aku dulu. Bukannya apa, bunga api zaman sekarang dah tak selamat macam yang dulu-dulu. Tahun lepas ada belikan diorang bunga api satu ikat. Tapi, kaki Alysaa melecur sikit bila terkena percikan api dari belerang bunga api tu. Serik nak beli lagi. Kesian Rayyan tak tau bunga api tu apa. Tapi tu lebih baik dari aku yang tak tau nak buat apa bila ada apa-apa yang buruk jadi, kan?

Aku pun tak tau apa sebenarnya aku bebelkan sejak tadi ni. Mungkin kesimpulan dan konklusi yang aku boleh buat berdasarkan fakta-fakta di atas adalah, RAYA DAH DEKAT, YEAY!!

Aku harap, aku boleh berubah jadi budak-budak sekolah rendah setiap kali raya tiba.

Tahun ni beli 3 balang almond london.


Tuesday, August 2, 2011

Ramadan dan air paip

Salam ramadan untuk semua.

Sekian lama lupa daratan dan bagai kacang lupakan kulit dengan meninggalkan blog ini tanpa rasa bersalah sebab aku bukannya siapa-siapa pun dan dah tentu-tentu tak ada yang peduli pun kalau aku tak update ini blog, akhirnya aku usahakan juga untuk kembali mengupdate blog ini akibat mendapat teguran daripada beberapa orang kawan yang aku kira telah membuatkan aku merasa diri ini seperti penulis blog terkenal sebab ada jugak rupanya yang pedulik bila aku telah mendinginbekukan blog ini pada tahap -5 darjah Celcius, di mana tidak terdapat apa-apa aktiviti langsung yang terjadi di dalamnya. Korang buat aku perasan lebih!

Bulan Ramadan datang lagi. Bulan penuh kesyukuran dan nikmat tersirat di dalamnya. Heh, tiba-tiba teringat satu kisah, di mana aku harapkan semoga kisah ini tidak akan bakal terjadi atau diamalkan oleh generasi aku. Senyum sekejap. 

Aku start belajar puasa semasa di sekolah rendah. Tapi biasalah, budak-budak. Puasa yang-yok. Lapar tu masih boleh ditahan. Yang tak tahannya tu, haus! Bila dah dekat-dekat nak balik waktu tengahari, aku pun bersiap sedialah untuk ke toilet. Hehe. Sebab ada hajat nak ditunaikan. Teguk air paip! Air paip pun jadik. Kalau aku ingat-ingat balik, macam mana aku boleh telan air paip mentah tu ye? Yang susahnya kalau ada kawan yang escort aku. Macam mana nak cover line? Terpaksalah pura-pura basuh muka. Bila agak-agak kawan tu tak berapa perasan, maka air paip pun masuklah ke tenggorok yang kering tu. Cheh! Buruk lantak dan buruk perangai. Semoga tidak dijadikan contoh tauladan oleh waris-waris aku, ye nak..

Apapun, selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan ketaqwaan. Air paip tak sedap dan tak bagus untuk kesihatan.

Menggoda sangat ke dia ni?


Related Posts with Thumbnails