Antara kekurangan dan kelemahan kita sebagai manusia biasa, adalah suka menyalahkan takdir. Semua pun tau, itu memang tak baik. Sebabnya Allah lebih tau apa yang telah ditentukan untuk kita.
Kalau setakat terlanggar dan tertumpahkan air segelas yang diletakkan atas meja atau lantai, kemudian menyumpah, siapa yang letak gelas kat sini? Padahal kita yang salah sebab tergopoh gapah, tu mungkin tak mengapa. Ataupun menyeranah orang berbasikal yang terkena ludahan kita tepat di batang hidung, dengan menyalahkannya, siapa suruh kau lalu sebelah motor aku, semasa kita sedang berludah, mungkin juga boleh diterima walaupun sedikit sadis bunyinya.
Tapi kalau menyalahkan takdir besar seperti kelahiran, jodoh pertemuan dan ajal maut, tu memang sah-sahlah dah melanggar akidah.
Astaghfirullah. Sebagai manusia biasa yang hina dan kerdil dengan banyak kekurangan dan kelemahan, aku kadang-kadang tak terlepas dari menyalahkan takdir yang terjadi dalam hidup aku. Astaghfirullah.
Salam...Takdir ada 2 iaitu Takdir Mubram dan Takdir Mu'allaq. Kena faham pasal kedua-dua jenis Takdir tsb sebelum mengeluh atau menyalahkan Tuhan atas apa yang telah berlaku.
ReplyDeleteUntuk penjelasan lanjut boleh baca di SINI
takdir dan suratan ,,=)
ReplyDeletesetiap yg terjadi ada hikmahnya...
ReplyDelete