Tuesday, October 30, 2012

Miss kutu

Dua tiga minggu lepas, masa aku tengah sikatkan rambut Alysaa sebelum ke sekolah, aku terperasan ada sekor makhluk parasit kecik tengah lepak-lepak kat celah rambut dia. Terjerit macam bapak lembu aku!
Pengumuman untuk penduduk kampung! Alysaa ada kutu okeh. K.U.T.U!
Menggelepar aku kelebek celah-celah rambut dia tengok-tengok sejauh mana perkembangan pembiakan parasit huduh tu atas kepala si Alysaa. Sekali tengok, ada la dalam 7,8 bijik telur kutu aku jumpa yang kebanyakannya belum menetas lagi. Meremang bulu kaki aku.
Disebabkan tak cukup masa nak menjelajah lagi sebab waktu sekolah dah nak start, maka aku tangguhkan dulu sesi ekspedisi mencari kutu. Sempat jugak check kepala kembar dia, si Alyaa. Nasib baik tak ada.

Sepanjang hari kat opis aku tak senang duduk. Asyik teringat kepala si Alysaa.
Malam karang memang aku dah plan nak banteras habis-habisan menatang buruk tu.
Petang tu bila Alysaa balik je dari sekolah, terus aku kerjakan kepala Alysaa dengan rakus. Dah takde jumpa kutu, tapi banyak telur kutu. Ada yang belum menetas dan ada yang dah kosong.
Oh myyy! Dah berapa ekor kutu buat penempatan berselerak atas kepala budak ni? Habis je sesi membasmi telur kutu, aku shampookan kepala dia 2,3 kali. Lepas makan malam, aku sambung balik misi memburu. Sambil tu tanya-tanya kat dia.

"Kawan Lysaa kat sekolah ada kutu ke?"
"Ada. Nama dia Maizatul. Dia baanyak sangat kutu. Kawan-kawan panggil dia kutu."
"Kenapa dekat-dekat dengan dia? Kutu boleh jangkit tau."
"Dia kawan baik Lysaa. Habis tu ma, lepas ni tak boleh kawan dengan dia lagi ke?"

Aku diam kejap.

"Kawan tu boleh. Tapi jangan dekat-dekatkan kepala dengan dia. Nanti kutu pindah kepala Lysaa."

Hoh. Relevan ke jawapan aku? Dekat-dekatkan kepala? Apakah?
Masalahnya, si Alysaa dan Alyaa memang tak bertudung ke sekolah. Budak yang jadi vektor jangkitan kutu tu pun tak bertudung. Mak budak tu pun, tak perasan ke anak dia banyak kutu? Takkan biar je takde buat tindakan susulan?

Jangkitan kutu ni biasa kot kalau kat sekolah dan nurseri. Lagi-lagi kalau budak perempuan berambut panjang. Masa aku kecik-kecik dulu pun pernah jadi gudang kutu. Jangkit dari kawan jugak.
Tapi mak aku rajin carikan kutu dan telur kutu kat kepala aku.
Kadang-kadang sehari suntuk aku baring atas paha mak aku sampai tertidur-tidur. Syok jugak kalau orang carikan kutu kat kepala.

Dulu doktor dan misi selalu buat lawatan ke sekolah, tanya budak-budak yang ada kutu. Siapa ada kutu, dapat ubat air yang kena lumur kat kepala tu. Pernah jugak aku dapat.
Tapi takkan aku nak biar anak aku berkutu jugakkan? Nanti orang kata mak dia pengotor, tak tau jaga kepala anak sampai berkutu. Padahal punya aku jaga rambut diorang. Bersih berkilat halus lembut tinggal tak kena panggil buat iklan shampoo je lagi. Walhal, siapa je pun boleh terjangkit kutu ni. Cuma rambut kotor adalah bonus untuk kutu beranak-pinak dengan lebih gigih lagi atas kepala kau. Kalau kepala bersih, kutu pun tak senang nak duduk lama-lama.

Sebab tu aku risau dan tak senang duduk bila kepala Alysaa berkutu.
Jadinya, setiap hari aku check kepala dia, nak pastikan yang kutu dan telur kutu dia betul-betul dah takde lagi. Dengan rambut-rambut si Rayyan sekali aku kirai-kiraikan takut ada jugak kutu menetap kat situ. Nasib baik rambut dia kontot. Kesian Alysaa sebab kembar dia Alyaa selalu tak nak duduk atau baring dekat-dekat dengan dia, takut terjangkit kutu.

Dah. Takyah bising-bising. Rambut Alysaa dah suci bersih dari kutu. Taktaulah bila lagi nak kena balik jangkitan kutu. Tunggu je lah. Risiko tetap ada selagi korang masih budak sekolah.


Update: Eh, sekali aku google dapat tau satu fakta baru: Kutu rambut sebenarnya lebih suka hidup di kulit kepala yang bersih daripada yang kotor. Ye ke?

kitar hidup kutu. terus kepala aku gatal.


14 comments:

  1. Huu..boleh sakit jiwa tau bila anak terjangkit kutu..macam baru ni, anak pekerja saya rambutnya ada kutu, bila tau, terus saya tak masuk keja esoknya..mintak pekerja ja jaga kedai.. tak sanggupla nak jangkit2 ni..sebab rasa macam something sangat bila ada serangga atas kepala,erk!

    ReplyDelete
  2. Kalau ada kutu tu, memang susah nak buangkan. Adik beradik Taliff dulu, selalu jugak ada kutu. Pening kepala Mak nak buang.

    ReplyDelete
  3. teringat dulu2 masa skolah menengah duduk asrama pernah smpai menangis sbb kne kutu.. masa tu byk gila kutu atas kepala smpai sikat rmbut pun kutu tu melekat dekat sikat.. nangis2 kol mak pastu mak cakap mintak limau dekat kantin pastu lumur atas kepala.. buat 2 kali je pastu alhamdulillah tak ada kutu dah.. akak try la.. insyaallah mujarab!

    klau ayah pulak dia campur ubat gegat dgn minyak tanah, lumur atas kepala pastu perap dgn tuala.. memang brkesan tapi smggu rambut bau minyak tanah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo, boleh pakai limau ek? teringat dulu sorang kwn yg byk gile kutu, bapak die spraykan ridsect ke shieldtox kat kepala pastu bungkus dgn towel satu mlm. besoknya, melekat2 kutu kat towel tu. uishh.. meremang tgk..

      Delete
  4. Akak pun pernah terbaca yg kutu kepala lebih suka kepala yang bersih.Mcm tak logik je kan?

    ReplyDelete
  5. Kutu...eiiii gelinya. Elok jumpa doktor mintak shampoo kutu.

    ReplyDelete
  6. mesti risau anak ada kutu kan. mesti mama saya dulu pun macam ni. mesti mama selalu check kepala takut ada kutu melekat. sayangnya ibu.

    ReplyDelete
  7. kutu mmg senang nak berjangkit... errr... mak budak kwn lysaa xkn x perasan kan..? sbb setahu aina kutu ni kalau ada kat kepala mmg gatal. asik nak garu kepala je. hehehe..^^

    ReplyDelete
  8. kpla yaya pon jdi gtal tgok... siap ade kitaran hidup lg tu yg xthn..ngeee dulu pon penah tkene jngkita virus haiwan yg boleh melompat ni..huhu.. pastu nk ilngkan kne perapkan kt kpla dgn minyk ape nth dulu..xingt la pla..
    sok pgi bila bgun,tgok haiwan tu da mati..ngehngehngeh ^o^

    ReplyDelete
  9. moga rambut Alysaa xde kutu dah.. hehehe

    ReplyDelete
  10. rasanyer Fakta tue mmg betul... sbb klu perasan Kutu jarang ada kat rambut lelaki. sbb lelaki kuat berpeluh dr perempuan.. Makanyer... kutu tak suka kan kulit kepala yg kotor @ berminyak....


    Kat Nursery anak saya pun ada masalah Kutu... Cikgu siap asingkan anak orang yg ada kutu tue tido kat ruang khas.. tp still tak berkesan... sbb Cikgu kata mmg 1 family dia ada kutu termasuk mak dia.... walaupun cikgu hari2 tolong cari kutu kat kepala dia & shampookan kepala dia dengan shampoo kutu... tak sampai seminggu dah penuh balik kutu dgn telur2 kutu kat kepala dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. family dia mmg penternak kutu yg berjaya la tu..

      Delete
  11. terus gatal kepala baca entry nie...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails