Monday, October 29, 2012

Anda buat, anda dapat!

Aku jarang mencarut. Atau memaki.
Ada jugak, bila dah terlampau marah.
Atau kadang-kadang bila termelatah tanpa sengaja.

Tapi kalau nak dengar aku memaki hamun dan mencarut-carut  tanpa kawalan dan hadlaju, adalah bila aku tengah memandu seorang diri.
Siapa nak tersenyum manis dengan muka penuh keimanan kalau tetiba ada kereta atau motor muncul dari simpang dengan had kelajuan highway?
Atau tiba-tiba membelok masuk simpang tak bagi signal?
Atau ikut bontot kereta aku gila bapak punya dekat, sambil bagi high beam suruh aku ketepi mungkin sebab dia tak tahan nak berak, tapi time tu kat lane belah kiri aku ada lori balak atau treler 20 tayar.
Memang berbakul-bakullah kau dapat sumpah seranah aku. Percuma tanpa downpayment.

Kalau dalam sehari aku jumpa 10 kes macam tu, memang kompom tak cukup buku amal jahat aku nak diisi.
Tak kisahlah walaupun time tu aku tengah berbaju kurung atau berpurdah sekalipun.
Kau tetap dapat jugak bahagian kau.
Sayangnya, aku jugak yang jadi wakil kau untuk dengar carutan, makian dan kejian tu.
Keluar dari mulut sendiri, masuk ke telinga sendiri.
Hahaha. Bangang.

Ahh. Yang penting aku puas hati.

6 comments:

  1. okay akk..
    phm sgt2..
    trse lucu pun ade..
    ape pun sbar yea..
    jgn sebut dpn rayyan sdh la..
    ehehee

    ReplyDelete
  2. Manusia tak ada yg sempurna, macam mana tahan sabar pun ada masa kita tertinggi suara, maki hamun, mencarut segala bagai. Belum tahap baling barang semua.. Saya pun habis2 kuat sebut lembu pendek..sebab tak pandai carut..hihi..tapi bab baling barang, saya pakar...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. baling barang tak berapa pakar sbb syg dgn brg tu. nnti pecah ke rosak ke, nak kena beli baru pulak. kalau terasa nak baling pun, sempat pikir 2,3 minit, brg ni ok ke kalau dibaling? hehe..

      Delete
  3. hehe..biaselah tu..mcm yaya pon kengkadang terlepas jgk
    mlt ni..tp cpt2 la istgfr..huuu
    yaya da nak dkt 10thn bwk moto..tp bwk kete bru 2tahun cmtu la..
    da mula phm cra org bwk kete or moto ni..bila drive tu mta kene bukak luas2..sebab kita kdg xnmpk tetibe ade kete or moto kt depan/blakng/kiri/kanan..kann..mta kne bg tjam skit =D

    -bhati2 djln raya-

    ReplyDelete
  4. Memang kadang-kadang perangai manusia tidak dijangka. tapi, yang tak ada akal fikiran semasa di jalan raya membuatkan kita sakit hati kerananya.

    Namun pemandu Malaysia memang agak "bersopan santun"

    ReplyDelete
  5. wahahaha.. keluar mulut sendiri, masuk telinga sendiri. haha

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails