Bukanlah tiap masa aku tegas pun. Tengok pada situasi jugak.
Untuk seorang yang kepala angin dan panas baran macam aku ni, tindakan kau memegunkan diri macam Statue of Liberty waktu aku dengan lemah lembut suruh jemur towel basah yang berlonggok atas tilam adalah umpama menempah maut.
Suara aku kalau dah transform jadi naga memang buat taik telinga kau bergegar.
Langkau 2,3 rumah pun boleh dengar.
Kalau setakat 2,3 kali aku suruh kau masih tak bergerak, suara aku masih boleh dikawal la pitchingnya walaupun ada sikit-sikit gegar kat mana-mana note.
Dah masuk kali ke 4 masih takde tindak balak refleks, jawabnya dengan towel-towel kau sekali boleh melayang.
Lagi satu, aku dah sedar diri kenapa aku tak ditakdirkan jadi cikgu, ngajar budak-budak.
Aku ngajar anak buat kerja sekolah je dah macam orang kurang siuman. Macam mak naga kena sawan lepas beranak. Siap keluar-keluar api dari lubang hidung dengan telinga.
Entah apa yang aku emo sangat entah. Macamlah aku dulu naik-naik sekolah terus pandai tak payah diajar.
Mak aku cakap, "mak dulu tak pernah tengking-tengking korang kalau mengajar buat kerja sekolah. Takkanlah kau nak harap budak tu terus pandai macam kau sekarang".
Betullah ek. Nak bandingkan tahap pemikiran budak darjah 1 dengan pemikiran diri sendiri. Umpama manusia berotak udang betul aku ni.
Tapi ada baiknya juga sistem sawan mak naga aku tu.
Sebab si kembar tu jenis yang naik lemak kalau kita ni baik dan berlembut sangat.
Ada jugaklah sesekali aku nak try ubah sikit sistem pemerintahan diktator berkuku besi tu dengan berubah jadi stok-stok ustazah yang cakap lembut-lembut macam jeli.
Puihhh. Makin diorang berlengkar-lengkar terbaring atas sofa sambil buat homework dalam gaya kuak lentang acara bebas. Siap order-order air Milo dengan sirap sejuk lagi. Hape lagi. Aku pun tekan punat jam tangan dan berubah jadik Power Rangers kaler hitam.
Kemain naik lemak, babat-babat bagai kan.
Yang tak menahannya tu, kalau diorang tengah buat kerja sekolah kemain mengantuk mintak ampun.
Sangap selang 5 saat. Masa tulah mulut bising, merengek-rengek nak tidurlah, nak sambung buat besoklah. Tapi bila dah tutup buku, segar bugar terbuntang mata melekat kat tv.
Satu kelebihan aku selain dari jadi manusia mutant macam kat atas tu, aku ni jenis yang tak sampai hati nak pukul anak. Paling kuat aku pukul pun, tepuk bontot dia pakai tapak tangan.
Aku takde rotan untuk buat pukul anak kat rumah. Ataupun capai hanger bila marah berapi-api kepala.
Takde okeh. Kalaupun diorang buat pe'el-pe'el mintak terajang, paling sadis aku buat pun cuma cubit peha atau lengan sampai merah. Itu je. Oh, ada la sekali aku tertunjal kepala si Alysaa. Ya Allah, menyesalnya aku macam nak bunuh diri. Terus aku peluk,cium dia kuat-kuat dan janji takkan buat lagi lepas ni.
Sebab aku dah rasa macam mana seksa dan sakitnya dari pukul 2 pagi sampai 8 malam besoknya nak beranakkan diorang. Separuh nyawa aku meneran sampai dah takde daya langsung, lepas tu boleh pulak si kembar tu tersangkut tak boleh keluar, dan-dan tu jugak aku kena tolak masuk operation theatre untuk caesarean dan bius satu badan tak sedar hapa sebelum bangun besok paginya dengan sakit yang teramat sangat. Pehhhhhh! Ngilu kalau ingat balik weh.
Tu baru si kembar. Belum si Rayyan yang dah lemas dalam perut sebab air ketuban aku dah kering, dan doc cakap aku terpaksa caesar sekali lagi sebab tak nak ambil risiko keluarkan bayi tak bernyawa dari perut aku. Dah dekat-dekat nak bersalin aku boleh pulak kena darah tinggi, membawak sampai ke lepas bersalin dengan kaki bengkak dan luka bekas potong kat perut tu membengkak sebab infection. Hawauuu tak?
Dua kali aku caesar nak keluarkan anak.
Dua kali aku menderita macam apa lepas bersalin dengan kulit perut kena gunting jahit semua.
Dua kali aku bergadai nyawa nak pastikan diorang selamat keluar dari perut aku.
Dan sebab tu jugak aku tak sanggup nak tinggalkan bekas birat rotan dan bekas hanger kat badan anak-anak aku.
Walaupun aku selalu membebel dan marah-marah bila diorang dah start buat perangai, aku tetap tak rela kalau ada orang lain nak marah anak aku lagi kaw-kaw dari aku apa lagi nak pukul jentik anak aku walhal aku sendiri tak sanggup nak buat walaupun bapak diorang sendiri sekalipun!
Sayangnya aku pada anak-anak tak boleh aku nilaikan dengan nombor dan aksara.
Terlalu besar sampai sanggup tukar nyawa sekalipun kalau terpaksa.
Aku harap dah besar dan dah berjaya nanti, dan umur aku masih panjang, diorang takkan letak aku kat mana-mana pusat jagaan orang tua. Amin.
gambar lama waktu Rayyan masih baby. |
gambar raya 2010. |
si kembar raya 2011. |
rayyan raya 2011. |
raya 2012. |
rayyan dan mama. |
tergelak baca post ni sambil mmbayangkan situasinya mak naga,ssh besarkan ank2,mcm mak sy bila mngajar ank2 mmg garang..auum..:D
ReplyDeleteagak sma keadaanya dengan akak.. tapi takde la menggelarkan diri sebagai mak naga :)
ReplyDeleteNilah mak naga tu rupanya....he...he..tak macam mak naga je... macam mak kucin...come aje!!!
ReplyDeleteOKje pun sama .... macam mak naga jugak... budak-budak ni kalau mak dia belum sampai tahap naga memang tak jalan!!!...agaknya dah terbiasa kot..... he...he...
Bestnya dpt kembar! OKje tiga-tiga ceaser!
ni tgh buat muka comel, memang lerr..
ReplyDeletekalo da jadi naga, naga real pun rase nak bagi pelempang 3 das :p
Comel anak2 awak...tegas ni penting dalam mendidik anak2 dari terlebey manja, sebab itu budak2 zaman sekarang banyak yang kurang ajar dan tak hormat orang tua.. Semoga anak kita dilindungiNYA...
ReplyDeleteComelnya anak-anak akak :)
ReplyDeleteAmin, semoga bila mereka besar nanti jadi anak-anak yg berjaya, hormat ibu bapa, dan menjadi saham bila mak dan ayah tak ada.
Rasa mcm nak menangis pulak baca post ni, sbb teringat mak saya :')
comei2 bby dier..geram je tgok..hehe..
ReplyDeletewahh, anak mak naga semua comeii2, hikk...
ReplyDeleteRespect sangat, still cool even jaga 3 anak. I jaga yg satu ni pun dah memekik melolong cam apa. And Amin, besar nnt Insya Allah jadik anak2 yang baik yer semua.
ReplyDelete