Wednesday, October 24, 2012

Alyaa & Alysaa the magician

Aku cukup yakin yang aku masukkan si kembar Alyaa dan Alysaa tu ke sekolah agama kerajaan sebelah paginya dan sekolah harian biasa belah petangnya. Bukannya sekolah sihir Hogwarts macam dalam filem Harry Potter tu.
Tapi apasal pulak diorang boleh pandai buat magic-magic eh?
Musykil betul aku.

Mana diorang dapat kemahiran buat magic-magic ni pun aku belum dapat kepastian yang sahih lagi.
Korang bayangkan eh, pagi-pagi pergi sekolah lengkap pakai tudung baju kain semua. Nanti balik sekolah, tiba-tiba anak tudung dah hilang. Ataupun sebelah stokin ghaib. Paling kronik tudung sekolah tiba-tiba bertukar bentuk dan saiz.
Penjelasan yang aku dapat, anak tudung adalah hilang secara tiba-tiba di atas kepala. Apakah?
Stokin pulak menghaibkan diri tanpa dapat dikesan lagi.
Tudung sekolah bertukar bentuk dan saiz tanpa sebarang penjelasan yang konkrit. 
Ni kes tertukar tudung sekolah dengan kawan la ni masa ambil wudhuk kat surau sekolah.
Kalau tudungnya elok lagi tak apa. Ni dahlah warna dah berubah kaler indigo ke apa ntah, sebab maknya terlebih letak nila, jahitan tudung pun siap dah tetas-tetas sana sini.
Stress haku dibuatnya.

Kadang-kadang ada buku tulis budak darjah 4,5 dalam bag sekolah si Alyaa. Bila aku tanya dari mana, dia jawab buku tu masuk sendiri dalam bag.
Kau rasa nak bagi pelukan hangat ke penampar Jepun kat budak kecik tu?
Kalau kes pensel, pemadam, pembaris hilang berdozen-dozen dalam tempoh sebulan tu jangan cakaplah. Aku rasa dah lekuk lantai kedai jual alatulis tu sebab aku asyik ulang-alik belikan stok alatulis baru kat diorang. Ataupun tiba-tiba ada alatulis pesen baru yang aku tak pernah nampak dan rasa macam tak pernah belikan dalam pencil case diorang. Haa, tu memang aku mengamuk. Memang aku ugut nak potong tangan diorang kalau besok-besok aku nampak lagi benda-benda lain macam dalam bag atau pencil case diorang.
Tapi alasan diorang, si Syahirah bagi la. Si Hajar belikan lah.
Cuma sejak aku mengamuk besar-besaran hari tu, siap pukul tapak tangan diorang sampai merah (tu je la pun yang aku sanggup), aku dah tak nampaklah apa-apa benda pelik selain barang diorang sendiri yang makin hari makin kurang dalam pencil case memasing. Hari-hari ada je yang hilang.
Korang ingat aku dengan papa korang kerja cop duit? Belanja kat kedai cuma bayar dengan cabut bulu ketiak je?

Aku tak dapat bayang kalau tiba-tiba balik sekolah, kasut sekolah pun hilang.
Ataupun bag sekolah ghaib dengan isi-isinya sekali.
Harus aku pasang sistem penggera kecurian kat semua barang sekolah diorang dari pensel sampai ke kasut nanti.
Adoii!

Tu si kembar dengan botol air besar, berat je dah cecah sekilo.


10 comments:

  1. Dorang belajar dengan David Copperfield la tu, hahaha

    ReplyDelete
  2. Fuh! Stokin hilang sebelah memang pelik.. Hihihi.. Yg tudung tertukar siza n warna lg pelik hahaha, sabo je la..

    ReplyDelete
  3. Uikss...sy dl selalu jugak hilang barang time sekolah. Tapi x sekerap alysa dan alyaa. Huhuh. Banyak btol hilang smpai stokin pon hilang. Try jahit nama ke kt tudung, pastu labelkan barang sekolah. Xpon beli barang pelik2. Ayah sy dulu selalu beli alat tulis lain dr yg lain supaya barang ktorang senang nak cam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg kes tudung tu, kebetulan masa tu belum dpt nametag lagi. jd tudungnya mmg x bernama. kalau setakat label2 tu dah jenuh dah melabel. tp x jln..hilanggg jugakk..

      Delete
  4. He..he... tu mmg kes biasa kalau budak baru bersekolah Misae.... kena stanby stokin ngan tudung byk2

    ReplyDelete
  5. sabar puan misae..sabar...hehe
    budak kcik..biasela tu..
    xpasal2 dari kecik lgi da di gelar the magician..
    huuu hebat tuh.. ^o^

    ReplyDelete
  6. anak anak sekolah kes lain plak ek..anak saya belum masuk sekolah rendah..tapi yg geram nya..tadika ni plak asyik suh kita bawakan alat tulis..padahal setiap sem ada buat pembayaran alat tulis RM120..apa tak cukup ke...betul2 buat duit...geram betul

    ReplyDelete
  7. haha, sabar.. budak kecik mana pandai jaga barang lagi, hehe ^^

    ReplyDelete
  8. diorg wt magik tu tapi barang x datang balik, erkk...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails