Friday, March 2, 2012

"Pakai pensel kontot dan mak awak mati", kata budak darjah 3 Zamrud.

Masa aku sekolah rendah dulu, ada satu kepercayaan karut (yang semakin karut dan melalut kalau difikirkan balik sekarang -sebagai seorang dewasa), tapi sangat aku dan kawan-kawan aku percayai dan praktikkan sekali masa tu. Aku tak tau kat sekolah lain macam mana, tapi yang pasti sampai sekarang kepercayaan karut tu masih wujud di kalangan budak-budak kecik kat sekolah sebab baru beberapa hari lepas, balik saja dari sekolah, si kembar Alyaa & Alysaa sibuk bagitau aku tentang perkara tu. Terkejut jugak sebab kepercayaan tu atau kalau nak lebih sedap disebut urban legend versi budak-budak, masih wujud sampai sekarang!

Korang nak tau apa mitos tu? Iaitu kepercayaan bahawa setiap batang pensel atau pensel warna yang dah terlalu kontot yang biasanya diukur pakai jari kelingking akan buatkan mak kita mati cepat, jadi mesti dibuang dengan segera. Haa, mistik tak?

Tapi aku bersyukur jugaklah sebab tak terlalu lama terikat dengan kepercayaan karut yang tak dapat dipastikan siapa pencetusnya tu. Sebabnya, bila aku dan kawan-kawan aku nekad buang semua pensel kayu dan pensel warna kami yang saiznya kurang dari panjang jari kelingking kami dalam tong sampah, budak lelaki yang sibuk dok canangkan cerita tu, dalam diam pergi kutip semua pensel dalam tong sampah tu waktu rehat dan simpan dalam beg dia. Dan dia akan pakai semua pensel tu untuk menulis dan mewarna. Bila dah kantoi, dia sengih-sengih je. Tapi bila aku fikir-fikir balik, kesian jugak kat budak tu. Mungkin mak bapak dia jarang belikan pensel atau pensel warna kan, sampai dia jadikan mitos tu sebagai alasan untuk dapatkan alat tulis free.

Jadinya, untuk elakkan Alyaa & Alysaa terpengaruh dengan urband legend versi melayu tu, aku dah siap-siap ceritakan kisah aku dulu-dulu dan betapa karut dan merepeknya cerita tentang pensel kontot tu, sebab diorang dah siap-siap asingkan pensel-pensel yang dah tak berapa nak panjang untuk dibuang, takut mama mati, kata diorang. (-_-)

Aku dah lama tinggalkan bangku sekolah rendah yang terlampau seronok dan manis nak dikenang balik. Tapi nampaknya banyak kenangan silam akan aku lalui semula dengan perjalanan si kembar yang masih panjang lagi.

Related Posts with Thumbnails