Dalam hidup, ada tak hal yang kamu sesali tapi tak boleh buat apa pun sebab semuanya dah terlambat? Aku rasa semua orang ada kot? Ya, ada beberapa peristiwa yang agak aku sesali dalam hidup tapi yang satu ni memang aku tak boleh lupa sebab aku tak tau macam mana nasib aku kat akhirat kelak. (-_-")
Waktu masih belajar di IPT dulu, ada kawan-kawan yang panggil aku mulut longkang sebab kalau bercakap main lepas je. Kalau nak kutuk orang tak pandang kiri kanan dan kadang-kadang tak pakai otak yang waras. Depan-depan orang pun boleh bantai gelakkan apa-apa yang tak kena pada orang tu. Ada sekali tu aku gelakkan sorang mamat hip-hop yang baru turun dari bas sebab dia pakai serkup kepala sebijik macam anak tudung yang makcik-makcik selalu pakai. Aku cakap dengan kawan-kawan yang budak tu pinjam serkup kepala mak dia dan gelak-gelak depan budak tu macam syaitan. Lepas tu baru aku perasan yang mamat tu sebenarnya adalah OKU sebab dia gunakan bahasa isyarat untuk berinteraksi dengan kawan-kawan dia. Aku terus diam terkedu dan rasa bersalah yang amat sangat. Tak taulah berapa banyak dosa aku kaut masa tu. Tapi, sekurang-kurangnya aku cuma gelakkan anak tudung dia, bukan dia kan? Sumpah, aku tak ada niat nak gelakkan keistimewaan dia.
Tapi yang paling aku tak boleh lupa adalah kisah seorang budak perempuan junior di IPT tempat aku belajar. Aku pun tak tau kenapa sejak dari pertama kali aku tengok budak tu, hati aku macam tak senang. Nak kata dia cantik, taklah cantik. Cuma dia nampak agak over berbanding kawan-kawan dia. Solekan dia, gaya dia berpakaian, warna rambut dia, pergerakan dia, semuanya mengundang rasa meluat sangat bagi aku. Aku rasa macam dia tu gedik dan nak publisiti murahan je. Alah, korang pun mesti ada perasaan yang sama kalau jumpa orang macam tu kan? Setiap kali aku nampak kelibat dia, mesti berbakul-bakul aku kutuk. Siap bagi nama gelaran lagi untuk budak tu. Aku tak ingat apa, tapi mestilah gelaran yang tak best langsung. Ditambah lagi bila aku dapat tau nama penuh budak perempuan tu sangat-sangat islamik dan tak sesuai langsung dengan gaya dia waktu tu. Kawan-kawan aku pun naik pelik, kenapa aku anti sangat dengan budak perempuan tu. Dia kenal aku pun tidak. Bercakap pun tak pernah. Apalagi nak kata dia ada buat salah dengan aku?
Sampailah satu hari, kami dikejutkan dengan berita tentang beberapa orang pelajar kolej kami terlibat dalam sebuah kemalangan maut. Macam berdentum guruh kat telinga aku bila aku dapat tau, salah seorang mangsa yang meninggal dunia dalam kemalangan tu adalah budak perempuan junior yang selalu sangat aku kutuk semasa hidupnya. Dapat bayangkan tak betapa menyesalnya dan takutnya aku dengan apa yang aku dah buat selama ni? Berhari-hari jugak aku asyik fikirkan tentang dosa yang aku dah buat sampai tidur malam pun aku takut kalau-kalau arwah datang kacau aku. Tiba-tiba semua cerita kawan-kawan arwah tentang arwah tu, semuanya aku berminat nak dengar. Dengarnya, arwah meninggal sebab tercampak keluar dari cermin depan kereta tu. Tak taulah berapa banyak Al-Fatihah aku dah sedekahkan untuk arwah. Kalau solat, aku berdoa sangat supaya Allah dapat ampunkan dosa aku dan semoga dosa aku dapat diringankan walaupun aku tak sempat minta maaf dengan arwah.
Seriously, sejak tu aktiviti kutuk-mengutuk dan gelak-menggelakkan orang sikit demi sedikit aku buang walaupun belum berjaya buang sepenuhnya. Sekurang-kurangnya, bila niat nak mengutuk orang tu datang, aku akan terfikir, macam mana kalau aku tak sempat minta maaf dengan orang yang aku kutuk tu, bila tiba-tiba aku atau dia yang pergi dulu?
Setiap kejadian ada hikmahnya. Allah dah bagi petunjuk untuk aku supaya tak tambah lagi dosa atas kesalahan yang sama. Maksudnya, Allah sayangkan aku, kan? Jadi kawan-kawan, muhasabahkan diri. Kat akhirat kelak, tak ada orang lain yang boleh bantu kita semasa kita terima hukuman atas dosa yang kita dah buat semasa hayat kita.
Al-Fatihah untuk arwah.
Fie kenal budak tu..
ReplyDeletewell dia meninggal betul2 kat flyover Angsana.
dia kluar dengan kawan dia a.k.a kawan2 bro-in-law(BIN) Fie jugak masatu. then family budak tu nak sue kawan BIN fie ke court.. tapi kes tu tak menang sebab Arwahnya yang nak ikut.
Al-Fatehah. semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para shuhadah. Amin
oh really? x ingat nama arwah, tapi very islamic kan? cerita pasal dia eksiden tu pun x berapa ingat dah..
ReplyDeleteya, semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para shuhadah.
siyes...saya tersentak bile bce part bdak junior 2 meninggal.. um... tp selalu nye la kan,saya lah yg akan jd 'bdak junior' itu.. hehehehe...
ReplyDeletesemoga arwah ditempatkan di kalangan org beriman. insyaAllah. dan ntok misae, Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengampun.
ya Allah sedihnya..takpe2..masih blum tlambat utk myesal.doakan arwah byk2 ek.
ReplyDeleteallahuakbar..terasernyer sayer..huhuh..btul tu misae, org pun ader perangai camtu..nk buang jauh2... :(
ReplyDeleteAlhamduliilah , dikejutkan oleh Allah utk menjadi insan yang lebih baik.. Dulu akak slalu terfikir mengapa ada org yg mulutnyer macam tu....Ingatan utk semua dan diri sendiri. Salam Kenal n follow
ReplyDeleteposting yang menarik.....
ReplyDeletethanks for sharing...
akak ingat nama budak ni.. nak bagi tau ke... akak sedih sbb dia agak rapat dgn akak dan kak roswati.. dan sedih sbb memandang muka mak dia masa kami semua ke rumah di yg jauh di pahang bawak duit insuran....moga allah menempatkan dia ditempat yang tinggi. alfatihah
ReplyDelete