Monday, November 8, 2010

Penemuan yang tak diharap (dan tak penting)

Beberapa waktu yang lepas, semasa berbelanja di Pasaraya Besar Tesco dengan keluarga, tiba-tiba langkah laju aku menuju ke rak minuman sejuk terhenti sebaik saja kelibat seorang uncle berlalu di hadapan aku.

Ada apa dengan uncle itu?

Nak kata hensem, jauh panggang dari api. Bukan nak mengutuk ciptaan Tuhan, tapi dengan umurnya dan ketinggiannya yang lebih suku inci je dari 5 kaki, cuma orang buta saja kot yang kata dia tampan bergaya.

Serius, sampai berkerut dahi aku memikirkan kenapa uncle tu nampak begitu menarik perhatian aku. Rasanya dia lengkap berpakaian. Kalau tak lengkap, macamlah aku sanggup pula nak pandang, kan?

Fikir punya fikir, siap berhenti kat tengah laluan orang ramai, akhirnya, ya, akhirnya otak aku dapat berfungsi dengan baik.

Ya, dialah orang itu! Dan memori silam kembali menjengah di sini.

Mungkin tak berapa penting tapi aku tak boleh lupa pada uncle 'comel' tu. Haha.

4 comments:

  1. dari link itu, kelihatannya anda panas baran tetapi mudah sejuk, kot

    ReplyDelete
  2. asal ler ko tak peluk tanda rindu dendam kat uncle tu? mesti dia ingat kenangan bersama ko dulu...heh3x

    ReplyDelete
  3. hah. hampir aku buat tapi demi menyampaikan salam peluk cium dari kau untuk dia la..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails