Sunday, November 28, 2010

Tolong tenangkan aku

Aku tak tau dari belah mana aku mewarisi satu tabiat buruk ni.

Aku bukanlah jenis yang kalau sedang menghadapi masalah hidup atau masalah negara, akan berterus-terusan memikirkan tentang hal itu setiap masa hingga terbawa-bawa ke dalam tidur. Macam seorang kawan rapat aku yang selalu datang ke pejabat dengan muka sembap dan mata bengkak akibat tak boleh tidur semalaman kerana terlalu memikirkan masalah yang sedang dihadapinya walaupun cuma sekadar terlalu risau bila ada yang berkata "kau macam dah gemuk sikit kat bahagian leher atau lengan atau dagu atau paha". Maaf kawan. Cuma sebagai contoh walaupun kedengaran terlalu sarkastik. Kau taklah seteruk tu sebenarnya. * sengih *

Tapi biasanya aku sangat kalut di fasa awal menerima kedatangan atau kemunculan apa juga masalah ke dalam hidup aku. Contohnya, aku pernah terpicit tiub pencuci muka pada berus gigi aku sebelum digosokkan pada gigi. Bila dah gosok dua tiga kali baru aku perasan rasa 'ubat gigi' itu agak berlainan dan sangat aneh pada hari itu. Aku juga pernah mengalami sedikit lecur di tangan kerana tak perasan air panas menggelegak yang aku curahkan ke dalam termos air panas sebenarnya sudah memenuhi termos hingga melimpah ruah. Pernah juga secara tiba-tiba terhilang ingatan yang agak kronik sewaktu hendak mengambil wudhu' dan terlupa beberapa tertib atau susunan awal dalam rukun wudhu'.

Tapi yang paling dahsyat dan terbaru setakat ini adalah, aku terdaftar nama Alyaa Nazura di kaunter pendaftaran klinik padahal yang demam ketika itu adalah Alysaa Najwa! Itupun aku tersedar sewaktu berada di dalam bilik doktor bila doktor bertanyakan apa sakit Alyaa. Ohmaigod! Aku rasa macam nak kopek dinding dan sembunyi dalam tu bila doktor dan jururawat dalam tu buat ekspresi muka macam aku ni tak berapa betul sangat sebab tak boleh cam anak sendiri! Dia orang kembar, apa!! Takkan itu pun nak hairan?

Oh, sangat malu, okeh! ( Dan rasa diri tak berapa berguna )

ikhsan dari google.

6 comments:

  1. terpicit tiub pencuci muka pada berus gigi

    ahahaha!
    kelaka gila.

    ReplyDelete
  2. serius, tak sedap gila rasa pencuci muka yang ada biji-biji scrubnya tu.

    ReplyDelete
  3. ilex la sis.
    masalah jgn di bawak2 smpi leh nk rehat lgsung:)
    syngi diri anda. pegi2 bercuti kt pulau pangkor;p
    take a rest:)

    ReplyDelete
  4. wah. idea yang agak mustahil untuk direalisasikan untuk seorang saya.

    ReplyDelete
  5. comelnya baby tu..
    kalau dapat peluk pasti tenang :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails