Friday, November 5, 2010

Agenda 'follow-memollow'.

Aku betul-betul sedang tertanya-tanya sekarang ini, dalam 105 orang follower yang aku ada buat masa ini, berapa keratkah yang betul-betul follow blog aku sebab dia betul-betul suka baca blog aku dan betul-betul merasa bahawa blog aku sudah cukup bagus (bagi mereka) untuk difollow, atau sekadar memfollow blog aku dengan tujuan supaya aku follow balik blog mereka sebagai kaedah membalas jasa mereka.


Seperkara lagi, bukan aku tak mahu masukkan semua link ke blog yang telah memfollow blog aku dan telah aku follow balik, cuma jumlahnya terlalu banyak dan bakal memenuhkan blog aku nanti. Jadi aku cuma masukkan link beberapa blog yang aku rasa cukup bagus dan betul-betul menarik untuk dibaca, yang aku letakkan di bawah label 'Jawatankuasa PIBG'. Blog-blog ini adalah blog-blog yang wajib aku baca setiap kali mereka ada entri baru. Bukan bermakna aku suka blog mereka kerana kebanyakan mereka sudah ternama atau popular, tetapi kepopularitian mereka memang setanding dengan bagusnya blog mereka. Serius. Cubalah jengah. Terbaik dari ladang!

Apapun, terima kasih kepada semua follower yang sudi memfollow blog aku yang sangat tak ada apa-apanya ni. Jangan takut, siapa pun yang follow blog aku, insya allah aku akan follow balik blog mereka tak kira siapa pun dia.

Salam Deepavali untuk semua yang menyambut.

9 comments:

  1. Folow untuk tau post terbaru blog yg saya folow

    ReplyDelete
  2. saya mem-follow mengikut rasa, kalau nak follow, maka saya pun follow, tapi saya selalu pastikan supaya HARUS baca apa yang saya follow. Itu menyeronokkan.

    ReplyDelete
  3. follow jgak cikgu , cikgu mengajar dimana ye?

    ReplyDelete
  4. asam makruh: ya, saya juga sama.

    daus: ahaha, saya bukan cikgu. cuma sekadar guru kelas bagi blog sendiri ;p.

    saya kerja di private sector saja. tak layak rasanya jadi cikgu dengan kepala angin saya ni.

    ReplyDelete
  5. certain org follow sebab mmg minat blog tu. and certain follow sebab org tuh da follow blog dia, and sbg ganjaran, follow jela balik kan. it depends on kita buat blog ni pasal apa.. ;)

    ReplyDelete
  6. emmmmm...... sy t'tarik gan entry nie..
    follow memfollow...

    sebab2 sy follow blog...
    1. saya suka blog tu.
    2. org tu follow sy, sy kena follow balik.

    sy bru ja mula b'jinak2 gan dunia blog nie, apa2 pun bg sy "dlm hidup kena ada hubungan 2 hala" jd if org 2 follow sy then sy follow dia balik.. Tp sy akan pasT kan smua msk dlm blog list dan baca tiap entry drg n komen...

    Tppppppppp..... sbb masih baru, sy akan pilih mana 1 yg best among the best.....

    menurut blogerr t'kenal (nama dia ada assari g tu la ?????) kebagusan blog tu,,, bukan bergantung kepada berapa ramai follower.. tp sebanyak mana ilmu n p'gajaran kita blh dpt dri blog 2... betul tak???

    ReplyDelete
  7. ya betul. hubungan 2 hala itu sangat betul!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails