Friday, November 12, 2010

Temujanji CT Scan Alysaa

Bagi yang tak tahu hujung pangkal, sila rujuk di sini dan di sini.

Alhamdulillah, Bell's Palsy pada Alysaa sudah semakin membaik. Menurut pada pembacaan dan rujukan aku pada sumber-sumber tertentu, penyakit ini boleh muncul secara tiba-tiba pada sesiapa sahaja dan biasanya jika tiada kaitan dengan penyakit-penyakit kronik, ia boleh sembuh dan membaik secara perlahan-lahan dalam tempoh 2 minggu hingga 6 bulan. Dalam kes Alysaa, dia mula menunjukkan perubahan positif dalam tempoh 3 minggu selepas cuma mengkomsumsi pil prednisolone selama seminggu. Itu membuatkan aku menjadi makhluk yang paling bersyukur.

Dalam kebanyakan kes, penyakit ini sembuh secara total dan sesetengah kes meninggalkan sedikit kesan pada wajah. Penyakit ini banyak menyerang orang dewasa terutamanya lelaki. Tapi boleh juga terkena pada kanak-kanak seperti Alysaa. Cuma, semakin muda usia pesakit, semakin besar juga peluang untuk sembuh sepenuhnya.

Okeh, seperti yang sudah aku ceritakan dalam entri yang lalu, Alysaa terpaksa menjalani CT Scan di bahagian kepala dan belakang telinga atas saranan doktor-doktor pakar pediatrik dan ENT di HSI untuk mengesan apa penyebab utama penyakit ini sehingga boleh menyerang Alysaa 2 kali. Gerun betul aku, takut-takut kalau ada apa-apa pekhabaran buruk yang bakal aku terima. Ya Allah, minta dijauhkan.

Jadi, pada 8 November 2010, aku dan suami telah membawa Alysaa ke Jabatan Pengimejan Diagnostik di HSI untuk menjalani CT Scan tersebut. Sebelum menjalani pemeriksaan, Alysaa diberikan satu dos ubat tidur untuk memastikan dia dapat 'memberikan kerjasama' yang baik sepanjang pemeriksaan dijalankan. Tangan Alysaa juga terpaksa dimasukkan jarum saluran untuk memasukkan ubat sedatif tersebut in case dia terjaga semasa sedang menjalani pemeriksaan.

Bila dah bagi dos yang pertama, Alysaa dah mula mengantuk dan tertidur. Malangnya, Alysaa terjaga lagi sewaktu aku baringkan dia atas mesin Tomografi Berkomputer tu. Jadi, kena tidurkan semula. Lama juga nak tidurkan dia untuk sesi ke dua tu. Akhirnya dia tidur juga. Mungkin sebab ubat tidur tadi dah mula berfungsi sepenuhnya.

Waktu Alysaa menjalani pemeriksaan tu, aku dan suami terpaksa menunggu di luar. Lebih kurang 20 minit lepas tu, aku terdengar suara Alysaa menangis dari dalam dan jerit 'mama', 'mama'. Ah, sudah! Dia terjaga pulak! Tak lama selepas tu, seorang pegawai pengimejan keluar dan suruh aku masuk untuk tenangkan Alysaa. Tapi tak ada fungsi pun aku masuk sebab Dr. Danial dah masukkan satu dos lagi ubat sedatif melalui saluran di tangan Alysaa tadi. Kesian dia, belum pun habis doktor masukkan ubat dia dah tertidur semula senyenyak-nyenyaknya. Aku disuruh menunggu lagi di luar.

Bercampur-baur perasaan aku sewaktu menunggu di luar. Tambahan pula banyak pesakit-pesakit dan mangsa kemalangan lalu lalang ditolak atas katil di hadapan aku. Fuh, rasa bersyukur betul sebab diberi kesempurnaan dalam kesihatan. Cubalah sesekali lepak satu hari saja di mana-mana hospital, aku yakin mesti kita akan dilimpahi dengan perasaan syukur ditambah lagi dengan rasa keinsafan dan kesedaran dalam diri kita.

Akhirnya, pemeriksaan CT Scan Alysaa selesai jam 12 tengahari. Dia betul-betul tertidur pulas sampai doktor dan jururawat ambil masa juga untuk sedarkan dia semula sebab nak cabut jarum di tangan dia. Kata doktor, Alysaa terpaksa di'puasakan' hingga dia betul-betul sedar sepenuhnya sebelum diberi sebarang minuman atau makanan.

Jam 12.30 tengahari kami pun pulang dengan Alysaa yang masih tidur nyenyak di seat belakang. Sesekali ada juga dia tersedar dan merengek lapar. Tapi, nak buat macamana, sayang. Akhirnya pukul 4 petang barulah dia sedar sepenuhnya dan boleh duduk. Benda pertama yang dia minta, nasi! Sampai berkali-kali dia tambah, mungkin sebab lapar sangat.

Dan 24 November ni kami akan ke HSI lagi untuk temujanji dengan Dr. Tiong berkaitan dengan result view untuk CT Scan ini. Aku harap tak ada apa-apa perkhabaran dukacita yang bakal kami dengar. Amin.

 Alysaa lepas minum ubat tidur.

Bilik CT Scan.

 


 Penantian satu penyiksaan.


8 comments:

  1. InsyaAllah.. moga semua b'jln dgn lancar.. ^_^

    ReplyDelete
  2. Semoga Alyssa sehat selalu. Harap pada perkhabaran yang baik. Amin

    ReplyDelete
  3. Insya Allah. Terima kasih atas doa semua. :)

    ReplyDelete
  4. abg ipar & kawan suami pun pernah kena bell palsy ni.. dgn terapi dan urutan yg diajarkan oleh dr. penyakit itu pulih sepenuhnya dalam masa beberpa minggu.. Mudah2an Alyssa cepat sembuh sepenuhnya..

    ReplyDelete
  5. setiap musibah pasti ade hikmahnya..
    sbr je =.=
    kim slm ciom utk si cute itu ye

    ReplyDelete
  6. ya, kelihatannya seperti Allah bakal memberikan pelangi kepada saya selepas hujan. Insya-allah.

    ReplyDelete
  7. semoga alyssa sembuh sepenuhnya..walaupun ambil sedikit masa....amin~~~bsabar dan tabah ya...sentiasalah panjatkan doa..mudah-mudahan...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails