Friday, November 2, 2012

Dari mama kepada mama

Bila dah dapat tittle emak, secara automatiknya separuh daripada masa yang biasanya kita peruntukkan untuk diri kita sebelum kahwin atau sebelum ada anak, adalah: terpaksa dikorbankan.
Contohnya sebelum ada anak, kalau mandi paling kurang pun ambik masa dalam 15 minit. Tu baru buat benda-benda yang basic je dalam tu. Belum lagi mandi lulur, pakai conditioner rambut, sental itu, sental ini, shave itu, shave ini. Ataupun lepas mandi, minimum masa yang kita pakai untuk bersiap pun mesti dalam 10-15 minit. Tu belum lagi kalau bersiap nak keluar ke mana-mana. Dah tentu-tentu setengah jam tu paling cepatlah kalau bersiap.

Tapi once kau dah dapat anak, lagi-lagi kalau anak masih baby, semua akan berubah secara total dan drastik. Mandi 5 minit pun dah boleh siap. Dah siap mandi, sarung semua benda tepek bedak sikat lebih kurang, kejap je dah tercegat siap nak teruskan aktiviti lain. Tapi kalau bab bersiap nak keluar rumah akan ambik masa yang lebih lama banding dengan sebelum ada anak dulu. Sebabnya, lepas kelentung-kelentang siapkan diri sendiri sampai pakai eyeliner (kalau sempatlah) pun senget sebelah, kau terpaksa siapkan anak pulak. Dengan persediaan diapersnya, susunya, baju sparenya, puting, stokin, topinya, tu semua nak kena sumbat dalam bag yang saiznya boleh masuk setandan pisang. Dulu-dulu kau ada terfikir nak bawak bag besar gedabak macam tu ke hulu ke hilir?

Dulu masa belum banyak pengalaman jadi mak, aku selalu lambat makan sebab utamakan nak suap anak makan dulu. Tapi arwah nenek aku bising. Dia kata, jaga makan minum kita dulu, jaga kesihatan diri kita dulu. Sebab kalau kita dah sakit, siapa yang nak jaga anak-anak kita? Dulu aku all out untuk anak, sampai diri tak terjaga macam mak orang beranak 8. Aku rasa kalau dalam sehari tu ada 25 jam pun tak cukup untuk uruskan semua benda lagi-lagi untuk anak. Tapi akhirnya baru aku sedar, semua benda kat rumah tu bertonggakkan pada kita- sebagai mak. Kalau maknya sakit, tak sihat, tak mampu nak uruskan semua benda, secara automatik semuanya jadi tunggang langgang. Pastu kalau maknya manjang selekeh macam mak lampir sakit gigi, dengan baju gedobos rambut kepam, kompom laki kau pergi carik bakal mak tiri untuk anak-anak kau.

Moral ceramah aku pada hari Jemaat nan mulia ni, walau sesibuk mana pun kita sebagai mak (tak kiralah suri rumah sepenuh masa atau mak berkerjaya), mesti ada masa yang kita sparekan untuk diri sendiri. Sebab kita terlalu sayangkan anak-anak, jagalah dulu diri kita dan kesihatan kita sebaiknya sebab diorang bergantung  pada kita. Sesekali belilah apa yang kita nak untuk diri kita sendiri. Bergaya! Jangan selekeh macam mak cencurut kena demam kepialu. Jangan takut untuk pakai apa yang tengah in selagi tak melampau dan masih sesuai dengan status dan umur kita. Jangan umur baru akhir 20-an atau awal 30-an, kau dah nampak macam makcik 50-an yang dah dekat monopos.  

Be alert, mommies!


23 comments:

  1. Hihihi kak..betul tu.. :) dah dapat anak, mestilah kena maintain jekan..nnti dpt jd contoh buat anak jugak..suami pown syg..!!..^^ kan..??..hehehe..

    ReplyDelete
  2. hehe.. stuju2.. ^_^
    sy nie dh jd ibu pun xpndai nk b'gaya cam sorg ibu, haha.. XD

    ReplyDelete
  3. besar rahmatny jd seorang ibu...smg sy pun akan bergelar ibu gak la nnt....hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah Cik P.A pun akan rasai juga nikmat kurniaan Allah ini..

      Delete
  4. haha..betul tu,normally ibu siapkan ank dulu.bwu siapkan diri,pakai pun main tangkap muat jer..pengorbanan seorang wanita!itulah!

    ReplyDelete
  5. Seronok baca cerita ni, hihi. Jaga diri, akak. Semoga sentiasa cantik ;)

    ReplyDelete
  6. Betul tu, bagi saya seorg ibu mampu melakukan pelbagai kerja, kalo bg kat suami buat kerja kita belum mampu dorg bley buat perfect mcm kita, senang cite cuba tggal sehari rumah dgn anak kt suami, umah mcm kapal kena serang lanun dh tentu, makan mesti beli kt luar,anak pun kalo dorg tepek bedak, mcm bg pakai bedak sejuk.. Hahaha..sbb tu kita kena ada hadiah utk diri kita or bley mintak baucar atau hadiah kat suami pergi spa ke, shopping ke, candle light dinner ke.. Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp selalunya mcm x sampai ati nak tinggalkan anak kat rmh dgn papanya atau neneknya klu keluar shopping2 dgn kwn2, kan? tp terpaksa jugak sbb kalo dah angkut semua, jadik 1 keje pulak nak main kejar2 ngan anak2 dalam shopping complex. dgn merajuknye nak beli itu ini, main hide n seek kat celah2 baju.. haisshhh!

      Delete
  7. hm.. ibu adalah the best person..

    ReplyDelete
  8. ibu adalah superwoman! boleh buat apa aje....! tapi memang betul kena jaga diri dulu, barulah boleh jaga anak & suami :)

    ReplyDelete
  9. betul tu sis... wana setuju walaupun wana belum lg berkahwin.. tp dri ape yg wana tgok cousin2 wana yg dh kawen dieorg cter sama lah mcm sis cter..
    and stuju gak kena bergaya gak.. nnt laki carikkkk lain.. xke melompong.. nangis xberlagu..

    ReplyDelete
  10. Begitu juga kepada sang Ayah. Jagalah kesihatan untuk menjaga si Ibu dan Si Anak :)

    ReplyDelete
  11. haha..btul3..mcm tu bru la dpngil mommy yg vogue! ^o^ lagi besh lau org tego, ank da besa pon mama nyer still cun mcm ank dara..
    wahh meletop ko Jahh...haha

    *pe yg suke sgt nihhh =_=*

    ReplyDelete
  12. begitula kehebatan seorang wanita yg bergelar ibu~

    ReplyDelete
  13. akak tak ble tahan gelak ni hahhahaha.. ada sorang kawan tu .. bergaya bukan main..tp baju anak hermmm buat kain buruk lap dapur je la.. bergaya bergaya juga bab anak jgn lupa. :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails