Tuesday, June 14, 2011

Lelaki-lelaki kacak di sekeliling aku yang buat aku yakin, aku adalah perempuan sejati.

Aku tiba-tiba tergatal pulak nak meng'google' gambar-gambar si hensem Aaron Kwok sebab malam tadi ada nampak kelibat dia dalam filem Storm Riders di TV3. Memang hensemmm.. Aku terus kata kat officemate aku, si Ijang, yang orang nama Aaron selalunya mesti hensem. Aaron Aziz, Aaron Kwok, Aaron Carter.. Lalu kata Ijang, Aaron apa? Aaron Kok? Dia tak kenal siapa Aaron Kwok, okeh! Sehensem-hensem ciptaan Tuhan tu dia boleh tak kenal? Cheh.. What a taste! (Hehe, sorry Jang!) Then dia google gambar mamat tu sebab aku dah bebel-bebel, Aaron Kwok pun kau tak kenal? Dia tengok gambar-gambar dalam tu dan dia kata, tak adalah hensem mana. Biase je.. (-_-"). Mungkin dia bukan wanita sejati. Atau mungkin katarak di matanya dah makin tebal. Kohkohkoh..

Kata Ijang, kau tu memang taksub dengan muka-muka lelaki. Ohh, helllooooooo..! Bukan semua ye. Yang tertentu sahaja. Takkan aku nak taksub dengan muka pakcik yang jual putu piring atau apam balik kat pasar malam sebab dia lelaki? Aku rasa, aku memang wanita sejatilah sebab memang dari dulu-dulu pun suka benar tengok muka-muka mamat yang cute-mute, hensem, tampan dan kacak-kacak. Kehkehkeh. Dulu pernah tergila-gila dengan Jimmy Lin, Nick Carter, Takuya Kimura, Yutaka Takenouchi, Takeshi Kaneshiro, Leonardo Di Caprio, Orlando Bloom, David Beckham, etc..etc.. Sedap betul pandang ciptaan-ciptaan Tuhan yang indah-indah ni. Memuji keindahan ciptaan Tuhan ni kan bagi pahala jugak kat kita :p. Mesti ramai yang Ijang tak kenal dalam senarai nama tu, ek? Kata Ijang, lelaki paling hensem dalam hidup dia adalah Encik Hazri bin Ahmad iaitu teman hidup beliau selama 7 tahun ini. Heheheh.. Budget romantiklah ko ni Jang!

Tapi di saat dan tika ini, lelaki yang paling hensem dan kacak dalam hidup aku adalah Rayyan Mikhail Mineka, si matahari kecil dalam hidup aku. You are the nearest thing to heaven that I've seen, baby!

Lelaki ini..
* gambar ketika menghadiri majlis perkahwinan saudara di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Thursday, June 9, 2011

Aku nak cium bau buku lagi..

Hurmm.. baru terfikir. Aku dah makin jauh dengan timbunan bahan bacaan terutamanya novel-novel yang sebelum ni akan buat aku tidur tak lena sebab tak senang hati kalau masih tak habis baca ataupun rasa macam tak nak tidur sampai pagi sebab terlalu teruja nak tau apa kesudahan ceritanya ataupun rasa macam sedikit hampa bila tengok novel yang aku baca dah semakin hampir sampai ke halaman terakhir sebab kalau boleh aku nak novel tu tak habis-habis atau jadi semakin tebal bila semakin dibaca. 

Aku dah hampir lupa dengan bau buku dan kertas yang sangat sensasi menusuk rongga hidung bila aku berada di perpustakaan atau kedai buku kegemaran aku. Bayangkan, kau berdiri atau duduk dikelilingi oleh ratusan atau ribuan buku, itu sungguh heaven bagi aku! Juga dah semakin lupa dengan rasa taksub untuk menghabiskan bacaan aku pada novel atau ensiklopedia berkulit keras yang sangat aku kagumi. Sebab masih ada beberapa buah novel dan juga buku-buku bacaan am berkulit keras yang dibelikan oleh encik papa setiap kali beliau berkelana dan singgah ke gedung-gedung buku di luar negara yang masih belum aku sentuh, jauh sekali untuk dikhatamkan. ~Sigh~

Nampak sangat aku dah kekurangan masa berkualiti untuk diri sendiri. (-_-)
Aku rindu dengan bau buku..

Wednesday, June 8, 2011

Bila seseorang menyuruh aku kembali tersenyum

Betullah. Hidup akan jadi berat dan perit bila kita sendiri yang memberatkan dan memeritkannya. Hal yang sebenarnya sangat ringan, kecil dan remeh-temeh akan jadi berat, besar dan kompleks bila kita sendiri yang menentukan ia harus jadi sedemikian rupa. Memaksa diri dan fikiran untuk berfikir sesak tentang sesuatu yang tak wujud atau berusaha keras untuk mengadakan sesuatu yang tak ada dan susah untuk direalisasikan menjadikan kau seorang pewaris si berat senyum dan si pemikir kusut. Hilang seri di wajah dan perginya tawa yang manis.

Betullah. Aku yang terlalu menanggapi hal-hal biasa ini dengan terlalu radikal. Hingga aku hilang sesuatu dalam diri sendiri. Dan kadang kala hilang dalam kembara jiwa yang lara.

Aku sendiri yang cipta kalut dalam hidup.

Seharusnya aku kuat. Seharusnya aku senyum, senyum dan senyum dengan seikhlasnya.
Related Posts with Thumbnails