Tuesday, June 14, 2011

Lelaki-lelaki kacak di sekeliling aku yang buat aku yakin, aku adalah perempuan sejati.

Aku tiba-tiba tergatal pulak nak meng'google' gambar-gambar si hensem Aaron Kwok sebab malam tadi ada nampak kelibat dia dalam filem Storm Riders di TV3. Memang hensemmm.. Aku terus kata kat officemate aku, si Ijang, yang orang nama Aaron selalunya mesti hensem. Aaron Aziz, Aaron Kwok, Aaron Carter.. Lalu kata Ijang, Aaron apa? Aaron Kok? Dia tak kenal siapa Aaron Kwok, okeh! Sehensem-hensem ciptaan Tuhan tu dia boleh tak kenal? Cheh.. What a taste! (Hehe, sorry Jang!) Then dia google gambar mamat tu sebab aku dah bebel-bebel, Aaron Kwok pun kau tak kenal? Dia tengok gambar-gambar dalam tu dan dia kata, tak adalah hensem mana. Biase je.. (-_-"). Mungkin dia bukan wanita sejati. Atau mungkin katarak di matanya dah makin tebal. Kohkohkoh..

Kata Ijang, kau tu memang taksub dengan muka-muka lelaki. Ohh, helllooooooo..! Bukan semua ye. Yang tertentu sahaja. Takkan aku nak taksub dengan muka pakcik yang jual putu piring atau apam balik kat pasar malam sebab dia lelaki? Aku rasa, aku memang wanita sejatilah sebab memang dari dulu-dulu pun suka benar tengok muka-muka mamat yang cute-mute, hensem, tampan dan kacak-kacak. Kehkehkeh. Dulu pernah tergila-gila dengan Jimmy Lin, Nick Carter, Takuya Kimura, Yutaka Takenouchi, Takeshi Kaneshiro, Leonardo Di Caprio, Orlando Bloom, David Beckham, etc..etc.. Sedap betul pandang ciptaan-ciptaan Tuhan yang indah-indah ni. Memuji keindahan ciptaan Tuhan ni kan bagi pahala jugak kat kita :p. Mesti ramai yang Ijang tak kenal dalam senarai nama tu, ek? Kata Ijang, lelaki paling hensem dalam hidup dia adalah Encik Hazri bin Ahmad iaitu teman hidup beliau selama 7 tahun ini. Heheheh.. Budget romantiklah ko ni Jang!

Tapi di saat dan tika ini, lelaki yang paling hensem dan kacak dalam hidup aku adalah Rayyan Mikhail Mineka, si matahari kecil dalam hidup aku. You are the nearest thing to heaven that I've seen, baby!

Lelaki ini..
* gambar ketika menghadiri majlis perkahwinan saudara di Rengit, Batu Pahat, Johor.

5 comments:

  1. Tau pun si hazri tu lah hensem...dulu ler masa beranak satu. dah nak masuk 2 ni. dah boroi dah si hazri tu...tak nak kalah ngan ijang yang dah nak masuk 5 bulan. kalau si rayyan tu..x heran memang hensem....sebab ada iras2 ijang....ha3x

    ReplyDelete
  2. lelaki ini..ermm memang kacak..ehhehe

    ReplyDelete
  3. kacak mcm aaron kwok. hihihi

    ReplyDelete
  4. sungguh i'm in love with aeron aziz! help me ;)

    lam tak jenguk blog akak. sorry akak ye saya bz :) selalu kalo singgah pun sebagai silent reader je :))

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails