Friday, June 13, 2014

Hati-hati panggilan palsu dari Maybank berkaitan kad debit/ATM

Assalamualaikum blog.
Bagi salam kat blog sebab tau takde orang masuk blog ni untuk selongkar-selongkar cerita basi dalam gobok buruk tu.

Hari ni nak cerita pasal pasal kealpaan, kecuaian, kebodohan dan kesilapan aku yang paling teruk dalam sedekad terakhir ni. Siapa nak kutuk kaw-kaw lepas ni atau nak panggil aku bangang sekalipun, aku tak kisah.  Aku sendiri sampai sekarang pun masih tertanya-tanya, kenapa aku cuai sangat sampai terpedaya tadi. Astaghfirullah.. Yang pasti, aku harap cerita ni boleh jadi pengajaran dan ikhtibar untuk orang lain.

Ok, disingkatkan cerita, tadi aku terima panggilan dari pihak Maybank kengkononnya. Aku yang selama ni paling tak melayan la panggilan-panggilan macam ni boleh pulak terperangkap. Dah la masa tu aku mamai-mamai sebab baru bangun dari short nap petang-petang. Tu la, tidur lagi lepas Isyak. Bukan sengaja, tapi tertidur sebab penat sangat. Dari pagi menjelajah pasar Khamis kat Sungai Tiram.

Yang call tu perempuan Melayu. Dia kata dari Maybank, kengkononnya nak tanya sama ada aku pernah ada masalah dengan kad ATM aku.

Aku jawab takde masalah pulak.
Pompuan tu tanya tarikh luput kad ATM aku. Aku sebut tarikh luput kat kad tu. Aku belum tangkap yang pompuan ni ada niat lain masa ni. Dia sebut nama penuh aku. Betul. Dia bebel-bebel kononnya aku terpilih untuk dapat kad diskaun yang bolehkan aku dapat potongan diskaun kat klinik kerajaan atau klinik swasta. Juga kat sesetengah shopping kompleks. Dan jugak kat restoran-restoran mewah. Aku mamai okeh.

Eh, dia passing pulak telefon pada kawan dia. Pompuan India. Pompuan tu sebut 8 no awal yang ada pada kat ATM aku dan suruh aku sambung 8 no terakhir. Aku terus sambung tanpa was-was. Bodoh tak bodoh? Aku macam terpengaruh je dengan apa yang dia cakap. Then dia tanya, kad ATM tu aku ada tandatangan tak kat belah belakang? Aku pusingkan kad. Takde. Dia kata sepatutnya aku kena tandatangan. Then dia tanya, aku ahli yang keberapa ratus dapat kad tu? Aku macam, wadehel? Mana aku tau aku ahli keberapa kan? Ok, ni point penting. Nombor penting yang dia nak dapat adalah tiga digit nombor yang ada kat sebelah ruang untuk tandatangan tu. Dan dengan bangganya aku pun sebut 3 no tu.

Seterusnya dia cakap nak hantar kad diskaun untuk aku melalui poslaju dalam masa 2 ke 3 minggu dari sekarang. Aku tanya, takde bayaran ke untuk dapat kad diskaun tu? Dia kata takde. Free of charge. Fikiran aku dah nak waras balik. FREE? Ada ke benda free yang senang-senang je nak dapat? Dia suruh aku tunggu untuk disambungkan ke bahagian penghantaran kad ke ape ntah. Dia cakap nanti akan ada sorang pegawai dia akan mintak maklumat-maklumat penting untuk urusan penghantaran kad dan aku kena bagi semua maklumat yang dia nak. BLINK! Kompom aku dah kena! Aku tak dengar dah apa dia bebel lepas tu sebab aku yakin aku dah KENA kat situ. Aku baru sedar yang aku dah dedahkan maklumat penting untuk penjenayah ni pecah masuk akaun aku dan kosongkan akaun aku. Cilaka!

Sedar dengan kebodohan dan kesilapan aku, dengan jantung yang macam nak pecah sebab ketakutan dan tangan yang menggigil sebab cemas sangat, aku terus matikan handphone dan terus log in masuk ke akaun Maybank aku. Nasib baik otak aku masih boleh berfungsi lepas kebodohan aku tadi. Aku cepat-cepat transfer duit dari akaun Maybank aku terus ke akaun bank lain sebab aku yakin aku dah terjerat. Taklah banyak mana pun amount duit dalam tu but still duit kan? Dalam proses untuk dapatkan no TAC tu, nombor tadi masuk bertalu-talu nak hubungi aku semula. Gila bangang kalo aku jawab. Punya aku menggigil sampai berkali-kali silap taip. Gila! Sampai sekarang pun Parkinson kat tangan aku ni belum hilang sepenuhnya.

The next thing yang aku buat, hubungi Maybank call centre dan laporkan pada pihak Maybank pasal kejadian tadi. Bercakap pun dah lintang pukang tersasul-sasul dengan pegawai khidmat pelanggan diorang. Pegawai tu pun terkejut jugak bila dapat tau aku dah bagi nombor-nombor penting yang ada pada kad ATM tu. Agaknya dia pikir, ni sorang lagi orang bodoh yang masuk jerat. Dia suruh aku bagi maklumat-maklumat peribadi yang penting untuk bolehkan dia cancel kad ATM tu dan blok akses ke banking online aku. Dia bagitau aku yang aku baru je termasuk dalam jerat penjenayah siber. Fuhhhh! Gempak tak gempak?

Tapi sempat jugaklah dia puji tindakan pantas aku transfer duit dalam akaun tu ke akaun bank lain sebab dalam kebanyakan kes yang diorang terima, duit dalam akaun mangsa boleh hilang dalam masa beberapa minit je lepas terima panggilan dari penjenayah tu. Aku usap muka. Ya Allah, tak sangka aku salah sorang dari mangsa-mangsa penjenayah siber ni. Lepas dia cancel kad ATM aku dan blok akses ke akaun banking online aku, dia nasihat aku supaya lebih hati-hati lepas ni. Jangan sesekali layan panggilan yang perlukan kita untuk dedahkan apa-apa maklumat sekalipun berkaitan dengan akaun atau kad debit/ATM kita. Tu aku tau kot tapi entah kenapa aku boleh terkena pulak tadi. (- -")

Sudahnya, aku kena ke mana-mana cawangan Maybank dan dapatkan kad ATM baru. Ya Allah! Cuainya aku! Tapi takpelah. At least aku dapat pengalaman dan pengajaran berharga yang aku takkan lupa sampai bila-bila! Korang pun boleh jadikan ni ikhtibar dan panduan supaya tak terperangkap dengan helah penjenayah siber yang canggih-manggih ni. Phewwww!




Related Posts with Thumbnails