Monday, February 28, 2011

Menuju ke era warga emas yang ada Facebook dan blog sendiri

12.30 tengahari: Waktu rehat.

Dengan tahap kelajuan maksimum, menuju ke arah kereta untuk meluncur keluar dengan laju dari tempat kerja. Enjin dihidupkan dan kereta mula bergerak.

"Apasal kereta ni berat semacam? Siap tersengguk-sengguk manja lagi. Berat semacam. Must be something wrong somewhere ni. Nak kena suruh hubby bawak pergi bengkel ni.. Hmmm..." sambil terus memandu dengan penuh keyakinan.

Dah hampir sampai ke destinasi. Terpandang handbreak.

Ya ampuuunn!! Aku tak turunkan handbreak dari tadi rupanya!

Aku dah semakin menuju zaman ketuaan nampaknya. T_T

Shhh! Aku ada cerita dalam kelambu nak kongsi..

Kadang-kadang, bila kita berada dalam situasi yang agak tertekan atau berangin, kita akan cari seseorang yang rapat dengan kita untuk meluahkan apa yang sedang membengkak dalam hati kita, dengan tujuan untuk meredakan kesakitan dan bengkak itu. Maka, bila dah berdepan dengan seseorang, kita secara automatiknya akan menganggap yang orang di hadapan kita itu seumpama span yang akan menyerap semua perkataan yang keluar dari mulut kita. Boleh juga dikatakan sebagai pil ponstant 500 mg yang bertindak meredakan semua kesakitan dan masalah yang sedang kita hadapi. Dengan itu, di luar kesedaran, lagi-lagi bila dah dapat peluang untuk meluahkan isi jantung dan perut (walaupun tak pasti sama ada orang tersebut sudah betul-betul bersetuju menjadi pendengar atau tak, ahh! yang penting kau tetap kena dengar jugak!), kita akan menceritakan semua konflik hidup yang sedang kita alami, tak kiralah sama ada masalah di tempat kerja, masalah rumahtangga, masalah dalam kelambu, masalah dengan jiran-jiran, masalah dengan ahli keluarga atau apa sahaja tanpa menyedari bahawa ada diantara perkataan-perkataan kita yang mendedahkan keaiban orang-orang tersebut.


Walaupun dengan niat untuk berkongsi masalah dan mencari solusi dengan meminta pendapat orang lain, bagi aku secara peribadi, tindakan tersebut sebenarnya sangat tidak efektif. Misalnya, kamu cerita tentang masalah suami yang ada sedikit masalah di bilik tidur, ataupun kamu sedang sakit hati dengan ahli keluarga lalu mendedahkan semua kekurangan dan aib mereka, ataupun dengan niat untuk memancing simpati, maka aib diri pun terkeluar sekali secara sangat jujur dan polos. Masa bercerita tu memang kau tak sedar apa kesannya. Tapi bila di kemudian hari nanti, waktu cerita-cerita tu dah berkembang biak dari satu mulut ke mulut yang lain, ditambah lagi dengan tambahan perasa dan pewarna tiruan, dah jadi macam urban legend, kamu rasa waktu tu kamu boleh tutup mulut orang satu persatu ataupun kamu boleh cover malu dengan tutup muka menggunakan baldi merah? Ataupun kamu boleh buang pandangan negatif dan serong semua orang pada suami atau ahli keluarga kamu yang dah kamu dedahkan aibnya tu?

Okeh, kamu kata tak mungkin orang yang jadi tempat kamu luahkan perasaan tu akan dedahkan rahsia kamu pada orang lain? Dia bukan malaikat kot? Sering terjadi, bila dua orang sahabat baik berselisih faham atau berkonfrontasi secara besar-besaran, adakalanya untuk melepaskan geram atau dendam, ada yang akan membuka pekung musuh tanpa mengambil kira sudah berapa lama mereka membina persahabatan. Boleh jadi juga semua umpatan dan kejian kamu selama ini terhadap orang lain yang kamu benci atau anti sangat, akan sampai juga secara langsung ke telinga orang tersebut. Dan musuh kamu pun bertambah lagi.

Kamon. Think wisely. Jangan dedahkan aib orang lain terutamanya orang yang kamu sayangi lagi-lagi di kalangan ahli keluarga sendiri kepada orang lain. Banyak yang negatif dari yang positif. Makanya, fikir dulu sebelum bercakap. Dapat?

Thursday, February 24, 2011

Jangan tutup lampu (2)

Malam tu kami sekeluarga merancang untuk keluar makan malam. Jam di dinding dah menunjukkan pukul 10.30 malam. Cuaca malam tu agak baik dengan bulan yang mengambang terang. Cuma suasana agak sunyi sepi. Setelah kami bersiap-siap, semuanya pun masuk ke dalam kereta. Anak-anak sempat bergurau senda sambil ketawa-ketawa riang di tempat duduk belakang. Seronoklah tu. Maklumlah, kami jarang makan di luar. Aku lebih senang memasak sendiri di rumah.

Destinasi kami malam tu adalah ke sebuah restoran masakan Thai yang terletak kira-kira 6-7 kilometer dari rumah. Kenderaan agak kurang malam itu. Mungkin sebab kebanyakan mereka sudah berada di rumah memandangkan malam sudah agak larut. Aku menjeling jam di dashboard kereta. Sudah hampir pukul 11.00 malam. Masing-masing bersiap agak lama tadi, jadi kami keluar rumah agak lewat. Tapi tak apalah sebab restoran tu dibuka 24 jam.

Untuk sampai ke restoran itu, kami terpaksa melalui satu kawasan lapang yang bersemak-samun. Agak menyeramkan juga kawasan tu. Ditambah lagi dengan lampu jalan yang masih belum berfungsi menambahkan lagi suasana suram yang gelap. Tapi setakat ni, aku taklah pernah terserempak atau ternampak apa-apa yang menakutkan atau menyeramkan. Suami memandu dengan agak perlahan bila memasuki satu kawasan perumahan baru yang belum begitu banyak diduduki orang. Memang agak gelap dan kelam. Cuma satu-satu rumah saja yang lampunya menyala. Yang lain masih kosong belum berpenghuni. Cuma lampu kereta kami yang bercahaya terang dalam kegelapan tu.


Masing-masing diam di dalam kereta. Anak-anak yang duduk di belakang, yang sangat riuh pada mulanya, sudah membungkam sepi. Anak bongsu yang duduk di riba aku di tempat duduk depan juga senyap membisu. Tiba-tiba badan si kecil yang sudah agak pandai bercakap itu mengeras dengan tiba-tiba. Dia seperti terkejut sambil memandang keluar kereta, ke arah sesuatu dengan mata yang sedikit terbeliak. Eh, kenapa pulak ni? Aku pandang ke luar kereta, tapi tak nampak apa-apa pun. Cuma deretan rumah yang gelap tersergam di kiri kanan kami. Bulu romaku tiba-tiba meremang.

Si kecil seperti ketakutan di atas pangkuanku. Aku memberitahu suami di sebelah. Wajah suami terus berubah. Anak-anak di belakang cepat-cepat merapat di celah dua tempat duduk hadapan, ketakutan. Suami menekan pedal minyak agar kereta bergerak lebih laju. Si bongsu dengan suara ketakutan merengek-rengek sambil menunjukkan jarinya ke arah sesuatu di luar kereta. Takut juga aku nak menoleh keluar. Tapi terpaksa juga. Masih juga aku tak nampak apa-apa. Jantung aku berdegup laju.

"Kenapa, sayang?" aku bertanya pada si kecil.
"Ma, tu.. Tadi ada 'girl' duduk atas tu." sambil menunjukkan jarinya ke arah bumbung rumah di luar sana.
" Lepas tu, dia terbang ikut kita.."

Wahh! Berderau darah aku dan seisi kereta. Si kecil memang memanggil semua perempuan tak kira tua atau muda sebagai 'girl'. Suami menekan minyak dengan lebih kuat.Aku menutup mata si kecil agar dia tak nampak apa-apa di luar sana. Tiba-tiba, sekelibat bayang berwarna hitam melintas dari sebelah kiri kereta ke arah hadapan kereta dengan pergerakan yang amat laju sekali dan....

Tick! Terus aku offkan radio di sebelah katil aku. Celake! Seram gila cerita malam ni. Tak sanggup aku teruskan mendengar. Jantung aku macam dah nak meletup dari tadi. Dahlah aku sorang je belum tidur. Yang lain semua dah mengorok dari tadi. Segmen Misteri Jam 12 di radio Ria 89.7FM kelolaan deejay KC setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12.00 tengah malam ni memang banyak menyajikan cerita-cerita seram dan misteri yang boleh buatkan kau terlompat keluar dari kulit sendiri walaupun terdengar bunyi cicak di dinding. Aku suka dengar radio Singapura ni sejak kecil lagi sebelum Malaysia ada radio Era, Hot FM dan yang lain-lain tu. Siapa yang duduk kat selatan Johor mesti taulah radio ni. Walaupun dah jarang dengar radio, kadang-kadang aku masih dengar juga radio Ria 89.7 ni sebab dengan saluran radio nilah aku membesar dulu.

Heh, seram tak cerita aku? Hehe. Sebenarnya, cerita seram kat atas tu rekaan semata-mata. Tak ada kaitan dengan yang hidup atau mati. Saja nak cuba bakat tulis cerita seram. Husshh! Mintak dijauhkanlah aku berdepan dengan situasi macam tu. Kalau tak duduk di Johor, bila sesekali masuk selatan Johor, cubalah dengar radio ni. Best juga.

Friday, February 18, 2011

Aku pemandu pra senior yang separa berhemah

Bila aku belek balik lesen P aku dulu dan tengok tarikh yang tertera diikuti dengan kiraan congak, diperkukuhkan lagi dengan kiraan menggunakan kalkulator, waahhh! Diam tak diam dah 10 tahun 2 bulan aku jadi seorang pemandu yang berhemah. Berhemahlah sangat! Yelah, sekurang-kurangnya aku bukan gangster atau pembuli jalan raya. Seingat-ingat aku, masa umur 19 tahun aku berjaya dapatkan lesen memandu setelah hampir setahun belajar di sekolah memandu milik kawan bapa aku. Bukan sebab bebal sangat sampai tak lulus-lulus ye! Tapi disebabkan masa tu aku masih bergelar mahasiswi sepenuh masa di IPT, maka masa yang aku dapat peruntukkan untuk ke kelas memandu adalah sangat terhad. Dari 20 jam masa belajar, tertunda-tunda sampai entah berapa puluh jam tambahan sebab aku cuma ada masa di hujung minggu dan waktu cuti sahaja untuk hadiri kelas memandu dengan guru memandu berbangsa India, namanya pun aku dah lupa, yang sangat garang, okeh.

Macamana nak cepat pandai, belajar minggu ni, lagi 3,4 minggu seterusnya baru aku dapat belajar lagi. Kadang-kadang dalam sebulan dapat belajar sejam je. Selalunya, 2,3 bulan sekali dapatlah merasa 3,4 jam masa belajar. Itupun atas paksaan bapa aku yang nak sangat aku pandai memandu sebab katanya lagi senang kalau aku dah pandai bawak kereta. Taklah asyik nak bergantung pada dia je kalau nak ke mana-mana. Lesen L aku pun sampai 2 kali expired kot masa tu. T_T

Antara hal yang sangat menggembirakan serta memberi impak yang agak besar dalam hidup aku: berjaya lulus ujian memandu dengan JPJ sekaligus melayakkan aku mendapatkan lesen memandu. Bayangkan, hampir setahun aku berusaha akhirnya berjaya juga dapat lesen. Kalau ingat-ingat balik, rasa nak menangis terharu pun ada. Yang penting, aku rasa macam nak melompat je dalam kereta bila pegawai JPJ hulurkan kertas pink yang dia tick-tickkan dalam kereta tu. Memang dia hensem betullah sebab bagi aku lulus! Fuhh! 
 
Bila dah dapat lesen P, punyalah aku bangga dan berlagak. Masa tu belum ramai lagi kawan-kawan aku yang dah dapat lesen. Aku antara yang terawallah kiranya. Awal tahun 2001, bapa aku pula hadiahkan sebijik kereta Kancil ex850 warna silver yang aku panggil Cikuty. Memang gila punya eksyen aku masa tu. Walaupun lesen P, tapi kalau bawak kereta memanjang nak tunjuk hustler je. Tak nak biar orang pandang rendah kat aku walaupun stiker P kemain gedabak tertampal kat cermin depan tu. Hahah.

 Apasal dulu aku tak dapat macam ni pun?

Sepanjang bersama dengan lesen P, aku dah berjaya menggesel 4 bijik kereta orang di tempat parking tanpa disedari oleh pemilik kereta. Nasib baik (-_-"). Bercalar panjang kereta orang-orang malang yang jadi mangsa tu. Dengan kecekapan lipas kudung aku, kegiatan aku tu (bukannya aku sengaja, apa!) tak dapat dikesan oleh mangsa-mangsa tersebut. Selain tu, aku berjaya juga kumpulkan 2 atau 3 je saman tempat parking MPJBT yang RM30 tu. Saman JPJ atau PDRM nasib baik aku tak sempat buat collection sebelum berjaya menghabiskan tempoh 2 tahun percubaan dengan sangat berlagaknya seterusnya menukar ke lesen penuh hingga sekarang. Kronologi ni dramatik tak? Kehkeh.

Tempoh 10 tahun membuatkan aku lebih cekap jugalah memandu. Heh, siapa lagi nak puji kan? Cuma ada satu benda je yang tak berubah dari mula dapat lesen sampai sekarang setelah bergelar pemandu pra senior ni. Mulut aku tak boleh berhenti membebel dan mengutuk serta menyeranah pemandu-pemandu lain yang bawak macam siput khinzir depan aku, masuk simpang tak bagi signal, bawak kereta gila punya laju sampai macam nak cium punggung kereta aku dari belakang (sampai aku rasa macam nak buat emergency break je biar kereta dia melambung tapi memandangkan aku juga belum bersedia untuk jadi arwah, maka aku pendamkan saja impian tu) dan macam-macam lagi benda yang aku pasti kamu semua pun akan rasa panas hati kalau berdepan dengan situasi semacam tu. Entah bila nak berubah jadi insan madani yang lebih penyabar dan bersantun. Semoga berjaya satu hari nanti ya, Misae!

Fuh, nostalgik betul situasi ni. Mandi peluh dalam kereta!

Thursday, February 17, 2011

Gula dan mentega. Hobi dan impian.

Tak taulah kenapa. Mood untuk menulis dalam blog macam minyak petrol yang meruap bila terdedah pada udara. Ada banyak modal untuk jadi bahan tulisan tapi macam tawar hati pulak bila nak menaip. Haihhh...

Tak apalah. Mari aku cerita tentang hobi dan kesukaan aku sejak kecil iaitu membuat kek, kuih-muih dan biskut. Memasak lauk-pauk aku tak berapa gemar, cuma sejak dah jadi isteri dan mak orang, maka kemalasan tu terpaksalah aku tolak ketepi. Walaupun pada kebanyakan masa, ada maid di rumah yang ditugaskan untuk memasak, tapi pada sesetengah waktu, aku kena ke dapur juga sebab air tangan orang ni berbeza-beza hasilnya. Lagi-lagi bila keluarga kami ketandusan maid, sama ada tamat permit kerja atau pulang kampung, maka akulah yang jadi chef di rumah. 

Waktu masih anak dara dan belum bekerja dulu, kami jarang beli kuih tunjuk bila hari raya, sebab semuanya aku buat sendiri. Tak taulah kenapa aku minat sangat dengan bidang bakar-membakar dan kukus-mengukus ni. Ada je benda baru yang aku nak cuba buat sendiri. Walaupun kadang-kadang tak berapa menjadi, tapi kepuasan sebab buat sendiri tu lebih utama. Semuanya akan jadi sedap dan lebih baik bila kita membuatnya sendiri, kan?

Bila dah mula bekerja iaitu selepas aku cukup yakin si kembar dah boleh aku tinggalkan pada pengawasan orang lain, hobi tu masih aku teruskan walaupun ketandusan masa sebab banyak komitmen. Sampailah sekarang, aku masih rajin mencuba resipi yang baru dan menarik untuk aku cuba. Walaupun agak ekstra penat sebab siangnya aku bekerja, tapi rasa penat tu tak jadi bebanan pun sebab aku buat sesuatu yang sangat aku gemari. Satu kepuasan yang tak terungkap dengan perkataan. Lagi-lagi bila hasilnya superb dan menjadi. Fuhh!

Okeh, mari doakan aku berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya dan mampu membuka sebuah bakery, bake house atau apa saja kamu panggil ia, dengan konsep pilihan aku sendiri satu hari nanti. Amin..

Antara hasil kerastangan aku.
Blueberry cheesetart.
Apam dot-dot @ apam blossom.

Moist choc. cupcakes.
Cupcakes with buttercream.
Moist choc. cake.
Apam gula merah.

Monday, February 14, 2011

Cupcakes versi malas di anniversary ke 7



Cupcakes versi malas yang hanya semata-mata kek cokelat lembab tanpa sebarang buttercream, icing, fondant atau krim putar sempena anniversary ke 7 kami. Cadangan untuk menghias kek dengan semua yang tersebut di atas terpaksa dibatalkan atas permintaan si kembar yang tak berapa gemar dengan semua tu. Aku pun pelik, sejak dari kecil lagi, kembar aku tu tak berapa suka dengan makanan-makanan manis. Jadi yang terhasil adalah plain cake semata-mata tapi tetap sedap dan 24 biji sudah licin tak bersisa.

Genap sudah 7 tahun pelayaran aku bersama si nakhoda kapal, Amin Japar bin Hj. Taher. Setakat ni belum ada pinggan mangkuk, periuk belanga yang pecah atau berterbangan di udara. Yang pasti, sudah banyak episod suka, duka, haru, biru, merah yang telah kami temui sepanjang jalan cinta. Dianugerahkan dengan tiga orang penyeri hidup, bintang hati dan matahari kecil sudah terlalu aku syukuri. Dikurniakan dengan lelaki penuh cinta yang sangat sensitif tetapi selalu lupa dengan perkara-perkara kecil yang penting bagi aku, yang selalu gagap sebab bercakap laju sangat, yang sangat pelupa macam orang tua menghidap Alzheimer sampaikan pernah beberapa kali memasang mangga yang besar gedabak di pintu depan rumah tetapi membiarkan pintu belakang terbuka luas, yang pernah membiarkan kunci kereta masih melekat di lubang kuncinya dalam kereta semalaman hingga baru tersedar keesokan paginya, yang selalu menyanyikan aku lagu-lagu indah di dalam telefon, juga cukup aku hargai.

Cuma sesekali aku yang identik dengan keras kepala dan si ego yang berbulu mata pendek dan kening berterabur sering alpa dan kurang menghargai apa yang ada di hadapan mata. Selalu rasa diri sendiri saja yang betul dan memanjang asyik nak menang dalam semua hal. (Erk, baru sedar, teruknya perangai aku).

Aku kena kembali menjadi lebih realistik. Aku kena belajar menerima kekurangan orang lain sebagaimana orang lain begitu menerima pelbagai kekurangan aku. Aku kena selalu sedar bahawa syurga aku sekarang terletak di bawah telapak kaki suami.

Selamat menyambut ulang tahun pekahwinan yang ke 7 untuk MINEKA.

I LOVE you eventhough I know that your LOVE is more bigger.

Wednesday, February 9, 2011

Aku betul-betul tak tau nak tulis apa, jadi aku tulis ini..

Dah jarang berblogwalking dan update entri. Banyak yang nak ditulis tapi tak mampu nak dizahirkan kat sini.

Okeh. Paksakan diri. Mula-mula aku nak ucap terima kasih banyak-banyak pada officemate aku, Puan Noreen Hazri @ Ijang @ Nor (hahaha), sebab kejutkan aku dengan surprise birthday cake hari Isnin lepas. Terharu.

Kemudian, terima kasih juga untuk bapa aku, Hj Jaafar Bin Hj Ibrahim yang berjaya mendapatkan seorang maid untuk membantu kerja-kerja rumah sekaligus menjadi babysitter kepada little rascals aku. Serius, memang cukup membantu. Aku dah boleh hidup dengan lebih sempurna sedikit. Fuhh!

Apasal tiba-tiba aku berucap macam baru dapat award ni?

Seterusnya, aku pelik sebab sekarang ni aku kalau nampak orang-orang tua sedang melakukan gerakan lambat atau perlahan @ slow motion depan aku, misalnya berjalan perlahan-lahan dengan menggunakan tongkat, aku secara automatik akan terus terbayangkan warga emas tersebut sewaktu mudanya. Betapa dulu dia seorang yang gagah perkasa, tampan bergaya atau cantik jelita, muda belia, bergaya dengan seluar yankeenya atau baju midinya, berjalan dengan penuh gaya. Tapi bila dah tua, semuanya dah tak boleh kembali macam dulu lagi. Hoh, itu bakal terjadi pada aku satu masa nanti, kalau umur panjang maksud aku. T_T

Hmm..entah apa-apa. Tiba-tiba aku terasa macam nak melantak KFC pulak sebagai makan malam.

Monday, February 7, 2011

GA pertama Pondok Kecilku

Kali ke 2 join GA anjuran kawan-kawan blogger. Kali ni GA anjuran Pondok Kecilku yang tawarkan hadiah best jugaklah. Aku tak berapa minat sebenarnya dengan baju-baju style macam tu, tapi boleh bagi kat emak kalau menang. Ngee.. Syarat penyertaan pun senang je. Siapa berminat nak join, sila klik sini.

Syarat syarat pun tak sesusah mana....
(1) Mestilah jadi follower Pondok Kecilku dan butiknya sekali.
(2) Post entri GA ini dan linkkan blog anda.
(3) Tinggalkan jejak di Post A comment.
(4) Terbuka kepada kengkawan beralamat di Malaysia sahaja (Postage purposes).
Hadiahnya:

HADIAH PERTAMA : KAFTAN 2011 
HARGA 195
SERTA BARANGAN LAIN





HADIAH KEDUA : GAMIS ELEGANT 
HARGA  RM 175
SERTA BARANGAN LAIN 
 

Menarik kan? Jadi, mari sertai beramai-ramai.
Terima kasih kepada Pondok Kecilku yang sudi anjurkan GA dengan hadiah lumayan ni.

Saturday, February 5, 2011

Berkurang lagi umur setahun.

Hari ni, bertambah lagi umur setahun dan dalam erti kata yang sebenar, turut berkurang setahun juga.
Tak ada apa yang besar-besar aku harapkan, cuma berharap agar semuanya menjadi lebih baik, sentiasa berada dalam lindungan Allah dan semoga impian aku sekurang-kurangnya ada yang tercapai.
Terima kasih untuk semua ucapan selamat untuk ulang tahun aku sama ada secara oral atau bertulis di mana-mana media terutamanya Facebook dan juga SMS.
Tak payahlah aku sebutkan berapa jumlah tahun sebenar yang telah aku kumpul selama hidup, sebab itu akan membuat aku merasa lebih tua. Dan itu cukup mengerikan.

Selamat ulang tahun untuk aku!

Tuesday, February 1, 2011

Lawak comel si kembar

Hari Isnin, 31 Januari 2011.

Hujan lagi. Sangat malas bangun tidur tapi harus sebab si kembar nak ke sekolah, gorjes Rayyan nak dihantar ke rumah pengasuhnya dan aku kena pergi kerja. T_T

7.45 pagi: Si kembar dah ke sekolah dengan papa.
7.55 pagi: Si kembar balik semula ke rumah, juga dengan papa. Apakah?

"Mama, sekolah kosong. Tak ada orang. Teacher pun tak datang juga."

"Mmm, pelik! Ohh, agaknya hujan lebat sangat. Teacher tersangkut banjir kot? Sukalah tu. Dapat cuti hari ni."

Dalam hati: Aik, hujan lebat pun sekolah isytiharkan cuti? Tak inform pun kat parents? Cuti daruratlah tu. Agaknya tak sempat nak inform. Besok sekolah bukalah tu.

12.30 tengahari: Waktu rehat. Balik ke rumah.
12.45 tengahari: Tiba-tiba terfikir sesuatu.

"Alyaa, Alysaa. Teacher tak ada cakap apa-apa ke? Tak ada bagi surat dalam buku pekeliling?"

"Ada. Dalam buku pekeliling."

Mencari buku pekeliling mereka dalam bag sekolah. Jumpa. Ada satu surat ditampal.

Per: CUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA

Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan bercuti sempena Tahun Baru Cina bermula dari Isnin (31 Januari 2011) sehingga Ahad (6 Februari 2011). Sekolah akan dibuka semula pada hari Isnin (7 Februari 2011).

Sekian, untuk makluman.

Grrrrrr.... untuk si kembar!
Punyalah orang lain sedap-sedap tidur pagi tadi sebab cuti seminggu, korang semangat gila bangun dan mandi pagi-pagi buta nak pergi sekolah!
Related Posts with Thumbnails