Malam tu kami sekeluarga merancang untuk keluar makan malam. Jam di dinding dah menunjukkan pukul 10.30 malam. Cuaca malam tu agak baik dengan bulan yang mengambang terang. Cuma suasana agak sunyi sepi. Setelah kami bersiap-siap, semuanya pun masuk ke dalam kereta. Anak-anak sempat bergurau senda sambil ketawa-ketawa riang di tempat duduk belakang. Seronoklah tu. Maklumlah, kami jarang makan di luar. Aku lebih senang memasak sendiri di rumah.
Destinasi kami malam tu adalah ke sebuah restoran masakan Thai yang terletak kira-kira 6-7 kilometer dari rumah. Kenderaan agak kurang malam itu. Mungkin sebab kebanyakan mereka sudah berada di rumah memandangkan malam sudah agak larut. Aku menjeling jam di dashboard kereta. Sudah hampir pukul 11.00 malam. Masing-masing bersiap agak lama tadi, jadi kami keluar rumah agak lewat. Tapi tak apalah sebab restoran tu dibuka 24 jam.
Untuk sampai ke restoran itu, kami terpaksa melalui satu kawasan lapang yang bersemak-samun. Agak menyeramkan juga kawasan tu. Ditambah lagi dengan lampu jalan yang masih belum berfungsi menambahkan lagi suasana suram yang gelap. Tapi setakat ni, aku taklah pernah terserempak atau ternampak apa-apa yang menakutkan atau menyeramkan. Suami memandu dengan agak perlahan bila memasuki satu kawasan perumahan baru yang belum begitu banyak diduduki orang. Memang agak gelap dan kelam. Cuma satu-satu rumah saja yang lampunya menyala. Yang lain masih kosong belum berpenghuni. Cuma lampu kereta kami yang bercahaya terang dalam kegelapan tu.
Masing-masing diam di dalam kereta. Anak-anak yang duduk di belakang, yang sangat riuh pada mulanya, sudah membungkam sepi. Anak bongsu yang duduk di riba aku di tempat duduk depan juga senyap membisu. Tiba-tiba badan si kecil yang sudah agak pandai bercakap itu mengeras dengan tiba-tiba. Dia seperti terkejut sambil memandang keluar kereta, ke arah sesuatu dengan mata yang sedikit terbeliak. Eh, kenapa pulak ni? Aku pandang ke luar kereta, tapi tak nampak apa-apa pun. Cuma deretan rumah yang gelap tersergam di kiri kanan kami. Bulu romaku tiba-tiba meremang.
Si kecil seperti ketakutan di atas pangkuanku. Aku memberitahu suami di sebelah. Wajah suami terus berubah. Anak-anak di belakang cepat-cepat merapat di celah dua tempat duduk hadapan, ketakutan. Suami menekan pedal minyak agar kereta bergerak lebih laju. Si bongsu dengan suara ketakutan merengek-rengek sambil menunjukkan jarinya ke arah sesuatu di luar kereta. Takut juga aku nak menoleh keluar. Tapi terpaksa juga. Masih juga aku tak nampak apa-apa. Jantung aku berdegup laju.
"Kenapa, sayang?" aku bertanya pada si kecil.
"Ma, tu.. Tadi ada 'girl' duduk atas tu." sambil menunjukkan jarinya ke arah bumbung rumah di luar sana.
" Lepas tu, dia terbang ikut kita.."
Wahh! Berderau darah aku dan seisi kereta. Si kecil memang memanggil semua perempuan tak kira tua atau muda sebagai 'girl'. Suami menekan minyak dengan lebih kuat.Aku menutup mata si kecil agar dia tak nampak apa-apa di luar sana. Tiba-tiba, sekelibat bayang berwarna hitam melintas dari sebelah kiri kereta ke arah hadapan kereta dengan pergerakan yang amat laju sekali dan....
Tick! Terus aku offkan radio di sebelah katil aku. Celake! Seram gila cerita malam ni. Tak sanggup aku teruskan mendengar. Jantung aku macam dah nak meletup dari tadi. Dahlah aku sorang je belum tidur. Yang lain semua dah mengorok dari tadi. Segmen Misteri Jam 12 di radio Ria 89.7FM kelolaan deejay KC setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12.00 tengah malam ni memang banyak menyajikan cerita-cerita seram dan misteri yang boleh buatkan kau terlompat keluar dari kulit sendiri walaupun terdengar bunyi cicak di dinding. Aku suka dengar radio Singapura ni sejak kecil lagi sebelum Malaysia ada radio Era, Hot FM dan yang lain-lain tu. Siapa yang duduk kat selatan Johor mesti taulah radio ni. Walaupun dah jarang dengar radio, kadang-kadang aku masih dengar juga radio Ria 89.7 ni sebab dengan saluran radio nilah aku membesar dulu.
Heh, seram tak cerita aku? Hehe. Sebenarnya, cerita seram kat atas tu rekaan semata-mata. Tak ada kaitan dengan yang hidup atau mati. Saja nak cuba bakat tulis cerita seram. Husshh! Mintak dijauhkanlah aku berdepan dengan situasi macam tu. Kalau tak duduk di Johor, bila sesekali masuk selatan Johor, cubalah dengar radio ni. Best juga.
serem..bebulu teman membace nye...heshhhh alih2... rekaan..hakhak hilang seremm
ReplyDeletelama saya tak online secara radikal.. kabare?
ReplyDeleteseram betul,
macam Tamar Jalis campur Clive Barker sikit-sikit pon ada :P
ceit... hampeh! wat seriau je kakkoii baca. last2 senyum gak sowang2
ReplyDeletela..ingatkan betul2 tadi..mmg ada bakat tu..hehe..takut dah kita tadi!
ReplyDeletememang ada kawan, anak dia diikut antu dari johor sampai ke slangor... puas juga berubat nak pisahkan
ReplyDeleteall: ye ke seram? wah, dah boleh novel nmpaknye. :p
ReplyDeletecemomoi: hoh, tu baru betul2 seram!!
bleh tahan.. tingkatkan lagi usaha anda ye.. support here.. ^^
ReplyDeletehampeh..kene tipu! ahaha
ReplyDelete