Bila aku belek balik lesen P aku dulu dan tengok tarikh yang tertera diikuti dengan kiraan congak, diperkukuhkan lagi dengan kiraan menggunakan kalkulator, waahhh! Diam tak diam dah 10 tahun 2 bulan aku jadi seorang pemandu yang berhemah. Berhemahlah sangat! Yelah, sekurang-kurangnya aku bukan gangster atau pembuli jalan raya. Seingat-ingat aku, masa umur 19 tahun aku berjaya dapatkan lesen memandu setelah hampir setahun belajar di sekolah memandu milik kawan bapa aku. Bukan sebab bebal sangat sampai tak lulus-lulus ye! Tapi disebabkan masa tu aku masih bergelar mahasiswi sepenuh masa di IPT, maka masa yang aku dapat peruntukkan untuk ke kelas memandu adalah sangat terhad. Dari 20 jam masa belajar, tertunda-tunda sampai entah berapa puluh jam tambahan sebab aku cuma ada masa di hujung minggu dan waktu cuti sahaja untuk hadiri kelas memandu dengan guru memandu berbangsa India, namanya pun aku dah lupa, yang sangat garang, okeh.
Macamana nak cepat pandai, belajar minggu ni, lagi 3,4 minggu seterusnya baru aku dapat belajar lagi. Kadang-kadang dalam sebulan dapat belajar sejam je. Selalunya, 2,3 bulan sekali dapatlah merasa 3,4 jam masa belajar. Itupun atas paksaan bapa aku yang nak sangat aku pandai memandu sebab katanya lagi senang kalau aku dah pandai bawak kereta. Taklah asyik nak bergantung pada dia je kalau nak ke mana-mana. Lesen L aku pun sampai 2 kali expired kot masa tu. T_T
Antara hal yang sangat menggembirakan serta memberi impak yang agak besar dalam hidup aku: berjaya lulus ujian memandu dengan JPJ sekaligus melayakkan aku mendapatkan lesen memandu. Bayangkan, hampir setahun aku berusaha akhirnya berjaya juga dapat lesen. Kalau ingat-ingat balik, rasa nak menangis terharu pun ada. Yang penting, aku rasa macam nak melompat je dalam kereta bila pegawai JPJ hulurkan kertas pink yang dia tick-tickkan dalam kereta tu. Memang dia hensem betullah sebab bagi aku lulus! Fuhh!
Bila dah dapat lesen P, punyalah aku bangga dan berlagak. Masa tu belum ramai lagi kawan-kawan aku yang dah dapat lesen. Aku antara yang terawallah kiranya. Awal tahun 2001, bapa aku pula hadiahkan sebijik kereta Kancil ex850 warna silver yang aku panggil Cikuty. Memang gila punya eksyen aku masa tu. Walaupun lesen P, tapi kalau bawak kereta memanjang nak tunjuk hustler je. Tak nak biar orang pandang rendah kat aku walaupun stiker P kemain gedabak tertampal kat cermin depan tu. Hahah.
Apasal dulu aku tak dapat macam ni pun?
Sepanjang bersama dengan lesen P, aku dah berjaya menggesel 4 bijik kereta orang di tempat parking tanpa disedari oleh pemilik kereta. Nasib baik (-_-"). Bercalar panjang kereta orang-orang malang yang jadi mangsa tu. Dengan kecekapan lipas kudung aku, kegiatan aku tu (bukannya aku sengaja, apa!) tak dapat dikesan oleh mangsa-mangsa tersebut. Selain tu, aku berjaya juga kumpulkan 2 atau 3 je saman tempat parking MPJBT yang RM30 tu. Saman JPJ atau PDRM nasib baik aku tak sempat buat collection sebelum berjaya menghabiskan tempoh 2 tahun percubaan dengan sangat berlagaknya seterusnya menukar ke lesen penuh hingga sekarang. Kronologi ni dramatik tak? Kehkeh.
Tempoh 10 tahun membuatkan aku lebih cekap jugalah memandu. Heh, siapa lagi nak puji kan? Cuma ada satu benda je yang tak berubah dari mula dapat lesen sampai sekarang setelah bergelar pemandu pra senior ni. Mulut aku tak boleh berhenti membebel dan mengutuk serta menyeranah pemandu-pemandu lain yang bawak macam siput khinzir depan aku, masuk simpang tak bagi signal, bawak kereta gila punya laju sampai macam nak cium punggung kereta aku dari belakang (sampai aku rasa macam nak buat emergency break je biar kereta dia melambung tapi memandangkan aku juga belum bersedia untuk jadi arwah, maka aku pendamkan saja impian tu) dan macam-macam lagi benda yang aku pasti kamu semua pun akan rasa panas hati kalau berdepan dengan situasi semacam tu. Entah bila nak berubah jadi insan madani yang lebih penyabar dan bersantun. Semoga berjaya satu hari nanti ya, Misae!
Fuh, nostalgik betul situasi ni. Mandi peluh dalam kereta! |
No comments:
Post a Comment