Tak taulah kenapa.
Mood untuk menulis dalam blog macam minyak petrol yang meruap bila terdedah pada udara. Ada banyak modal untuk jadi bahan tulisan tapi macam tawar hati pulak bila nak menaip. Haihhh...
Tak apalah. Mari aku cerita tentang hobi dan kesukaan aku sejak kecil iaitu membuat kek, kuih-muih dan biskut. Memasak lauk-pauk aku tak berapa gemar, cuma sejak dah jadi isteri dan mak orang, maka kemalasan tu terpaksalah aku tolak ketepi. Walaupun pada kebanyakan masa, ada
maid di rumah yang ditugaskan untuk memasak, tapi pada sesetengah waktu, aku kena ke dapur juga sebab air tangan orang ni berbeza-beza hasilnya. Lagi-lagi bila keluarga kami ketandusan
maid, sama ada tamat permit kerja atau pulang kampung, maka akulah yang jadi chef di rumah.
Waktu masih anak dara dan belum bekerja dulu, kami jarang beli kuih tunjuk bila hari raya, sebab semuanya aku buat sendiri. Tak taulah kenapa aku minat sangat dengan bidang bakar-membakar dan kukus-mengukus ni. Ada je benda baru yang aku nak cuba buat sendiri. Walaupun kadang-kadang tak berapa menjadi, tapi kepuasan sebab buat sendiri tu lebih utama. Semuanya akan jadi sedap dan lebih baik bila kita membuatnya sendiri, kan?
Bila dah mula bekerja iaitu selepas aku cukup yakin si kembar dah boleh aku tinggalkan pada pengawasan orang lain, hobi tu masih aku teruskan walaupun ketandusan masa sebab banyak komitmen. Sampailah sekarang, aku masih rajin mencuba resipi yang baru dan menarik untuk aku cuba. Walaupun agak ekstra penat sebab siangnya aku bekerja, tapi rasa penat tu tak jadi bebanan pun sebab aku buat sesuatu yang sangat aku gemari. Satu kepuasan yang tak terungkap dengan perkataan. Lagi-lagi bila hasilnya
superb dan menjadi. Fuhh!
Okeh, mari doakan aku berjaya menjadi seorang usahawan yang berjaya dan mampu membuka sebuah
bakery, bake house atau apa saja kamu panggil ia, dengan konsep pilihan aku sendiri satu hari nanti. Amin..
Antara hasil kerastangan aku.
|
Blueberry cheesetart. |
|
Apam dot-dot @ apam blossom. |
|
|
|
Moist choc. cupcakes. |
|
Cupcakes with buttercream. |
|
Moist choc. cake. |
|
Apam gula merah. |
wah suker apam gula merah tu
ReplyDelete