Monday, December 13, 2010

Legging buat kau nampak hot

Aku ni jenis yang suka sangat perhatikan gelagat orang. Tabiat buruk ini terbawa-bawa sejak dulu lagi sewaktu masih muda belia. Biasanya kalau tak ada kelas atau hari cuti di hujung minggu, aku dan kawan-kawan baik aku akan habiskan masa dengan merayau-rayau di mana-mana shopping complex untuk release tension dan pilih port yang strategik untuk lepak-lepak sambil perhatikan gelagat orang yang lalu lalang dan kemudian bergelak-ketawa macam orang gila tanpa rasa bersalah dan berdosa. Keji betul.

Sampailah sekarang ni, kadang-kadang akibat terlalu asyik dan taksub perhatikan orang yang lalu-lalang sambil mengomel sendiri dalam hati tentang apa-apa yang tak kena pada penampilan atau gaya orang tersebut (sebab dah tak ada geng untuk mengutuk lagi macam dulu), aku akan terkejut seterusnya malu sendiri bila tersedar secara tiba-tiba dari perbuatan tak berfaedah tu, kemudian pandang kiri kanan dan buat-buat cool.

Kali terakhir aku terjebak dalam kancah ini adalah beberapa hari yang lepas di mana mangsanya adalah seorang remaja perempuan bertubuh montel. Dia tak menarik perhatian ke kalau tiba-tiba muncul di hadapan kau dengan baju sendat dan pendek DAN memakai legging nipis paras lutut yang super duper ketat hingga menampakkan segala lekuk dan bayangan yang boleh merosakkan penglihatan dan meracun pemikiran? Aku yang sama jantina dengan dia je macam nak tersembul biji mata, apalagi yang berlawanan jantina?

Aku pun ada legging, okeh. Tapi aku takkan sanggup nak pakai dengan baju pendek dan ketat.

Girls, gunakan otak anda, jangan simpan baik-baik dalam tempurung lutut.

Fesyen legging dicakar kucing.

5 comments:

  1. putaran fesyen ini macam kehidupan juga. akan kembali ke asalnya..

    orang penang kata, pi mai pi mai tang tu jugak!

    ReplyDelete
  2. saya tak berani pakai seluar sendat kerana takut spekulasi media hahahaha

    ReplyDelete
  3. IM: ya, kalau punggah balik baju-baju lama milik mak dan nenek, akan selalu kata wahhh... boleh pakai balik ni!

    Asam makruh: harharhar. lagipun lelaki x elok pakai seluar sendat. utk kesihatan. :)

    ReplyDelete
  4. last time fie jalan - jalan kat pavilion ternampak kakak ni.. (bukan nak mengutuk okay, just lesson that we hv to learn) i think she's kinda confuse la with lenging and pantyhose.. sebab mcm transparent sangat (kalau la dia pakai legging). the thing is kalau baju labuh takpe kot.. OMG.. tak tau la da berapa jauh da dia berjalan.. God Bless!!

    ReplyDelete
  5. fie: jadi serba salah kan kalau dalam situasi mcm tu. nak tegur salah, tak tegur pun salah. kang tegur dia sembur kita balik. x tegur kita pulak yg rasa malu as a woman. simpati kat akak tu.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails