Semangat untuk menulis sudah lari alignmentnya. Kepenatan dan kengantukan akibat 'ekspedisi' panjang dari JB ke KL dan dari KL ke JB semula semalam masih lagi berbaki. Bertolak dari JB pada jam 11.00 malam pada malam Krismas 24 Disember dan kembali semula ke JB pada pukul 11.00 malam hari berikutnya adalah satu perjalanan panjang yang sangat melelahkan. Sangat-sangat.
Serius, aku tak cukup tidur sepanjang satu hari itu. Sempat jugalah tidur beberapa jam sebelum terpaksa bangun awal lagi pagi tadi untuk hantar baby Rayyan ke rumah pengasuhnya sebelum ke tempat kerja. Rasa macam android berupa manusia. Tapi rasanya lebih kepada zombie. Zombie Kampung Pisang pun tak sepenat begini, weh. Sakit kepala dan lenguh-lenguh di seluruh badan tak sempat nak diuruskan dulu. Sudahnya terpaksa membuta beberapa puluh minit atas meja pejabat ni.
Tak usahlah aku khabarkan tujuan ke sana. Cukup sekadar urusan peribadi sebagai alasan. Itupun kepada yang berminat untuk ambil tahu.
Sekarang aku rasa macam nak sambung lagi sesi tidur selama beberapa minit sebelum jarum jam sampai ke jam 5 petang. Minta diri dulu.
No comments:
Post a Comment