Wednesday, December 8, 2010

Tahun baru membuatkan orang bernama Azam sangat popular

02 Muharram 1432 Hijrah

Entri terlewat. Baru nak cerita tentang azam. Seperti tahun-tahun yang sudah, aku memang tak pernah buat azam pun setiap kali masuk tahun baru. Tak kiralah tahun baru ikut takwim Hijriah atau kalendar Masihi. Sebabnya jarang sangat apa yang aku azamkan tu menjadi kenyataan atau tertunai di dalam tahun itu. Jadi untuk mewujudkan hubungan yang lebih diplomatik dengan diri sendiri, maka aku azamkan sahaja agar tahun itu menjadi tahun yang lebih baik berbanding tahun yang sudah.

Wishlist memang ada. Tapi aku tak fokuskan untuk mencapai sasaran merealisasikannya dalam tempoh setahun itu saja. Wishlist aku adalah senarai keinginan, harapan dan cita-cita yang perlu aku capai untuk seumur hidup aku di muka bumi. Bukan setakat keinginan untuk memiliki gadjet-gadjet canggih serta barang-barang mewah yang memerlukan aku terikat hutang dengan bank selama paling kurang bertahun-bertahun atau biasanya berpuluh-puluh tahun lamanya.

Sekejap. Ada satu azam kecil yang aku harap dapat laksanakan tahun ini iaitu mengurangkan kadar volume suara aku setiap kali menjerit sebagai tarzan yang sedang memanggil anak-anaknya untuk mandi, makan atau memburu mereka selepas mereka berjaya menyepahkan barangan permainan mereka tanpa mengemasnya semula iaitu modus operandi utama geng ini.

Doakan itu tercapai.

3 comments:

  1. termsuk lah kwn sy azam azhar..hehe. walau x menjadi...terus kn berazam, set kan matlamat..ble da tercapai matlamat, da xde matlamat lagi...huhu. buat matlamat baru..:)

    ReplyDelete
  2. sebenarnya azam atau matlamat tak perlu tunggu tahun baru pun. cuma dah jadi macam tradisi pulak azam baru mesti dibuat pada tahun baru. azam tu buat kita lagi bersemangat nak teruskan hidup di tahun baru.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails