Thursday, December 16, 2010

Sebab aku anak sulung

Bagi aku, dua unsur atau nilai penting yang perlu diterapkan dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi adalah disiplin dan tanggungjawab. Rasanya aku seorang mama yang penyayang tapi dalam masa yang sama juga tegas. Mungkin sebab aku adalah anak sulung dalam keluarga jadi sedari kecil aku merasakan dua sikap itu sudah tersemai dalam diri aku.

Terlahir sebagai anak sulung akan membuatkan kamu memangku tugas sebagai seorang ketua, pengarah, pengurus, mentor dan juga pekerja bawahan. Semua tugas di rumah akan tergalas di bahu kamu secara automatik sama ada kamu rela atau tidak. Kamu akan ada protege yang perlu dibimbing, diajar, dimarah dan kadangkala diberikan pelempang jika keadaan memerlukan. Nasib baik waktu tu protege aku tak ramai. Cuma dua orang budak perempuan pemalas yang tak suka mengemas rumah dan bilik.

Sikap menguasai, melindungi dan rasa tanggungjawab yang tinggi untuk memastikan semuanya berada dalam keadaan dan jalan yang betul sangat melekat dalam diri aku. Jadi aku terdidik menjadi seorang yang disiplin, teratur dan bertanggungjawab. Kadang-kadang semua sikap tu membuatkan aku menjadi sangat letih dan penat, tau tak? Tapi semua sikap itu juga yang banyak membantu aku pada hari ini.

Aku tak memanjakan anak-anak secara keterlaluan dan berlebihan. Tak akan. Itu bakal membuatkan mereka menjadi manusia yang tak boleh berdikari, tak boleh sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, tak matang, tak berdisiplin dan tak bertanggungjawab. Aku nak mereka jadi manusia yang tak akan timbulkan rasa sakit hati, tak puas hati dan jengkel pada orang lain. Bukan manusia sempurna tapi cukuplah kalau tak memiliki terlalu banyak ketidaksempurnaan. Itu sahaja.

Haha. Taklah seteruk ni kot.

8 comments:

  1. betul..
    sy pn anak sulong gak..
    mak selalu mtk sy msk,kemas umah,jge adik etc
    dlu xsuke gk..tp br skang sy tau bnda2 tu sume baik utk sy..lebih matang,lebih brtggungjwb
    peace~

    ReplyDelete
  2. saya pun anak sulong... ada sorg je adik yg sangat susah asik "nanti kejap... nenati kejap..." hehehee... tapi saya bangga sebab mummy saya boleh harapkan saya even saya dah berkahwin sekarang..;-)

    ReplyDelete
  3. ya, anak sulung banyak komitmen.
    tapi itu yg buat kita komited!

    ReplyDelete
  4. Sifat defensive itu semulajadi wujud pada anak sulung dan ibu, naluri itu datang sendiri. Contohnya ibu ayam, kalau sedang mengeram, bukan main garang dia protect telur. saya pun anak sulung macam Misae juga :D

    ReplyDelete
  5. ermm.. cuma anak sulung yang mengerti apa rasanya menjadi anak sulung kan?

    bangga dan bersyukur jadi anak sulung :D

    ReplyDelete
  6. kak!
    i anak sulung..
    tapi bila anak sulung itu perempuan dan adik adik lelaki hanya berusia kurang 1 dan 2 tahun..
    i macam jadi anak bongsu..
    (:

    ReplyDelete
  7. Stuju sangat2... anak sulung memang byk commitment kan.. XD

    ReplyDelete
  8. saya pun anak sulung.. dan sememangnya saya garang :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails