Tuesday, December 14, 2010

Hari pertama Rayyan

Aku tak pernah hantar mana-mana anak aku ke rumah pengasuh sebelum ni. Anak kembar aku, Alyaa Nazura dan Alysaa Najwa pun aku jaga sendiri sampai umur 3 tahun. Agak-agak mereka dah pandai berdikari dan boleh aku tinggalkan dalam pengawasan orang lain di rumah, barulah aku ambil keputusan untuk bekerja.

Disebabkan sangat susah mencari maid sekarang, sementelah pula emak bapa aku masih bekerja dan si gigi besi sudah tiada di rumah kerana melanjutkan pelajaran di Shah Alam, maka keputusan terakhir yang aku ambil adalah menghantar Rayyan Mikhail kesayanganku, cintaku, buah hatiku dan pengarang jantungku ke rumah pengasuh dengan hati yang sangat berat, sayu, pilu dan sedih walaupun cuma berjarak beberapa minit perjalanan sahaja dari rumah.

Ini hari pertama Rayyan di rumah pengasuhnya. Aku harap si hero itu tak melalak sepanjang hari sebab ini betul-betul kali pertama bagi dia duduk di rumah orang lain sampai pukul 5 petang. Tapi yang sangat aku harapkan, tak ada satupun barang-barang atau perkakas di rumah pengasuh itu nanti yang mengalami kerosakan akibat perbuatan cinta hatiku itu.

Baby, miss u so much!!
Rasa macam aku jauh kat benua Afrika..


Apalah agaknya Rayyan tengah rosakkan buat sekarang ya?

9 comments:

  1. ehehe zaman sudah berubah, kaum ibu pun sibuk bekerja sekarang. kalau dulu boleh full time di rumah, tapi hidup sekarang kaum ibu turut membantu menyara keluarga. (macam pengacara nona pulak) :P

    ReplyDelete
  2. asam makruh: ya, hidup sekarang perlukan ibu turut bekerja. bestnya kalau boleh full time di rumah.

    cik ina: thanks!

    ReplyDelete
  3. alahai..ciannyer mommy rayyan ni..xperla, klu risau call pengasuh tu..wat 3g call, blh nampak rayyan..heheh

    ReplyDelete
  4. hans: itulah anak teruna sorang. buah hati pengarang jantung. satu2nya cucu lelaki dalam keluarga setakat ni. tu yg overprotected sangat. :)

    ReplyDelete
  5. tomeyynyeee
    btw dh folo u
    folo me back ya
    http://diarialeesya.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails