Tuesday, November 6, 2012

Rayyan penggila gadjet

Pertama kali aku pegang komputer masa umur 14 tahun. Masa sekolah menengah. Tu pun sebab masuk Kelab Komputer. Dah canggih habis rasa masa tu walaupun monitor dan CPU besar gedabak nak pikul pun kena pakai kereta tolak.--> melampau na pembohongan. Masa tu aku belajar program Lotus 123, Word Pro kalau tak silap. Ada 2,3 lagi program yang aku tak ingat langsung.

Handphone pulak 1st time aku pakai tahun 1999. Masa tu baru masuk IPT sambung diploma. Tu pun handphone jenama Siemens yang kemain lebar dan panjang walaupun nipis. Tak ramai yang ada handphone masa tu. Kalau ada pun, jenis yang baling anjing pun dia boleh pitam 2,3 minit. Ingat lagi, masa tu housemate aku dapat hadiah besday dari balak dia, Nokia 3310. Masa tu, Nokia 3310 adelah paling canggih di pasaran. Jelesnya kitorang separuh mati. Semua berangan nak dapat handphone macam tu. Kiranya siapa yang ada handphone ni adelah mencapai taraf golongan elitlah kengkononnya. Tak boleh lupa game ular  dalam tu yang buat kitorang addicted.

Budak-budak kecik era ni, umur belum setahun dah pandai godeh gadjet. Membawak dari handphone, tablet, laptop, ipod,semua diorang kenal. Cuba kira berapa tahun gap dengan umur aku baru masa  1st time pegang komputer. Tu pun takut-takut nak tekan keyboad, takut dia meletup ke apa.

Macam hero kecik aku, si Rayyan.  Lebih separuh dari jangka hayat dia dalam sehari adalah bersama gadjet. Bangun tidur terus carik tablet. Dah boring dengan tablet dia melekat depan laptop. Sampai neneknya nak mandikan pun macam nak berperang dengan tentera pemberontak Syiah. Dah berbinar ngadap laptop, dia pergi godeh handphone mana-nama makhluk hidup kat rumah tu. Sampaikan semua orang kena cekap bertindak sembunyikan handphone sebab kalau dah sampai kat tangan dia, kemungkinan untuk kredit licin adalah sangat tinggi sebab Rayyan suka buat panggilan rambang selain mendelete gambar atau sms atau game dalam tu.

TV adalah diperlukan bila semua gadjet-gadjet tu baterinya dah kong. Nak buat macamana, dah itu je kawan dia kat rumah sebab pagi-pagi lagi mama, papa dan kakak kembarnya dah keluar pergi kerja dan sekolah. Macam aku masa kecik-kecik dulu, kalau tak main pondok-pondok atau kawin-kawin kat luar rumah, main dalam rumah je lah. Susun-susun kusyen, main rumah-rumah. Ataupun main solek-solek pakai make up mak aku. Hidup riang ria gembira walaupun takde gadjet-gadjet canggih macam sekarang ni.

Dulu kitorang kalau keluar berjalan dengan mak bapak, mata mesti tak lekang tengok mainan. Si Rayyan pulak, matanya sibuk melilau tengok gadjet-gadjet yang peniaga display dalam kaca. Umur baru 3 tahun ye. Setakat toys memang dia tak heran. Handphone touchscreen tu pada dia macam main yoyo je. Ni lah dia bila teknologi dah kuasai hidup kita. 

Bersyukurnya aku sebab lahir tahun 80an  membesar tahun 90an.

baru pandai merangkak, dah pegang laptop.

dengan nokia E90 buruk aku yang rosak dah sekarang..

sampai muncung molot main game dalam henpon.

kalau angkut dia pergi opis, kena bawakkan sekali laptop untuk dia,
tak karang, tak boleh buat kerja aku. dia je nak conquer pc aku.


21 comments:

  1. Budak2 sekarang memang cerdik gadjet2 ni..:)

    ReplyDelete
  2. bebudak zaman sekarang kak. modenn. hehehh

    ReplyDelete
  3. anak2 zaman sekarang...wajib ada gajet

    Salam Perkenalan dr Epilog Syurga Cintaku

    ReplyDelete
  4. sebab dah ada depan mata . tunggu apa lagi kan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada depan mata kdg2 bkn sbb gadjet tu satu kehendak tapi mostly sebagai keperluan. henpon dan laptop misalnya, semua org perlukan. nak taknak kita kena hidup ikut aliran zaman. xtau godeh gadjet pun akan jadik masalah jugak, right? ada gadjet kat rumah tak semstinya untuk manjakan anak, that's the point.

      Delete
  5. Sama dgn anak nisa, Haiqal pun gila gadget.. memula main laptop,lepas tu main handphone sampai bateri weak..pastu tension sebab tak dan guna handset bateri dah kong..terus belikan Haiqal Tab..settle kes bateri kong...biasalah, budak2 zaman sekarang dah advance..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep. tu point utama! bateri henpon cpt sgt kong dikerjakan dek budak rayyan ni. dah belikan tablet, mmg settle 80% kes bateri cpt kong. tp bila bateri tablet dia kong, henpon jugak yg dicarinya..T_T

      Delete
  6. my anak dara pon gitu la...bab2 gajet ni memang suka!bertuah kecik2 dapat rasa sume..tak cam zaman kita! kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung mmg untung, tapi diorang ade rugi jugak. x dpt rasa mcm apa yg kite rasa masa kecik2 dulu. permainan tradisional, budaya bersosial dgn kwn2 kat luar rumah, pastu hidup pun dah x bebas sgt mcm kite dulu2, kan? keluar je dr pintu pagar rumah, byk gile risiko dan bahaya yg menunggu.

      Delete
  7. anak2 zaman cyber, time dorang sume depan mata..grab je lah..mcm kita ni dah kematu baru nak jumpa..20 thn kedepan pulak ntah apa lagi yg canggih tak tau lah..yg baik tu tak salah, tapi harus berpada2.."didiklah anak2 kamu mengikut zamannya"..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis.. apa2 pun yang berlebih2an, mmg tak bagus. kite sbg parents nilah yg kena pandai control dan jaga anak2 sbb teknologi ni pun byk kesan buruknya klu disalah guna.

      Delete
  8. Eh betulla budak skrg mmg otak gadget kn..otak technology..
    Ni kisah benar..mak ain sendiri ceghita, adik ain darjah 6..dier kena jd MC untuk program sekolah dier..dier boleh cakap kat mk, dier nk tengok "google" carik ucapan yang best..mak ain pown cakap, xpelah, nnti mak carikkan..dier boleh jawab balik, "Mak reti ker..??xpelah, adik carik sendiri"..ewah2..!!..pandai betulkan budak skrg..ain darjah 6 dulu pown xpndai bende2 gini..huhuhuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bebudak skrg, sekolah rendah ponnn dah ada fb.
      amboihhh, "mak reti ker??" kata dia? sama mcm kembar akak, kalau tgk akak tgh ngadap laptop, dia sibuk nak ajar itu ini, tekan itu ini. amboiih! mama makan garam dulu dr ko, nakk!!

      Delete
  9. budak2 sekarang pandai.. tak macam kita dulu... bangun tido gadget.. nak tido pun gadget .. kdg2 siap tertido dengan semua benda alah ni

    ReplyDelete
  10. haha~ rite sis... budak2 skg xhbs2 dgn gadget jer.. zaman kita dulu xsama mcm zaman dieorg wlupun xder gadget2 semua nie.. tp bg wana zaman kita best lagi.. tol dakkkk???

    ReplyDelete
  11. betuah budak zaman sekarang...tak mcm kita dulu...semua dah siap ada...tinggal pinjam jer...

    ReplyDelete
  12. best yer rayyan...hihihi..tu la bdk skrg gadget jela mainan dyorg :)

    ReplyDelete
  13. Wow! Nice blog here! Jom view saya juga!=) http://www.aimisyahirah.com/2012/11/urban-street-winter-photoshooting.html

    ReplyDelete
  14. memang anak2 zaman sekarang lebih dari celik IT da.hehe.anak buah sy pon mcm tu.lg hebat gune table dr tok ma dia.

    ReplyDelete
  15. adeh..
    bdk2 zaman skrg nie mmg pndai main gadget nie kn...

    ReplyDelete
  16. Sometimes I wish for a nice kampung life untuk family. Budak2 nak main kat luar rumah pun tak risau kan. Now selalu kena kurung dalam umah, kena la ada gajet2 ni sumer.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails