Thursday, November 17, 2011

Rumah kena pecah masuk!

Serius betul bunyi tajuk tu.

Kejadian ni dah 3 hari berlalu, tapi baru hari ni tergerak nak buat entri. Penyangak malaun tu pecah masuk ke rumah aku melalui pintu dapur yang dikopak dengan penuh seni, di siang-siang buta hari Isnin yang lepas. Penyangak zaman sekarang canggih-canggih. Aku tak tau mana dorang dapat gadjet yang best-best untuk pecahkan rumah orang. Tak dapat kopak pintu, dia kopak grill besi tingkap. Tak dapat kaedah tu, dia sanggup pecahkan simen untuk tanggalkan terus pintu. Kreatif sungguh. Hebat.

Benda pertama yang aku dapat kesan kehilangannya adalah, tabung duit si kembar dan Rayyan yang aku letakkan bawah kabinet tv dalam bilik, yang malam sebelumnya aku dan encik Papa dah rancang untuk bukak tabung sebab dah penuh sendat dan kira duit dalam tu sebelum tukar kepada duit kertas di kedai runcit dan masukkan dalam akaun bank mereka, tapi tak jadi kira sebab masing-masing malas nak bergerak, nah terimalah kau! Kalau aku tau benda tu nak hilang, tak tidur malam pun aku sanggup untuk kira duit tu 5,6 kali. Tapi biasalah. Aku manusia ok. Dah terhantuk baru nak terngadah.

Hilang sekejap jantung aku bila masuk dapur dan nampak pintu dah terkopak. Rasa macam melayang tak jejak tanah. Terus lari masuk ke bilik dan tengok apa yang hilang. Yang sangat aku syukuri, aku sempat simpan laptop sebelum pergi kerja pagi tu dan sembunyikan di ruang tamu (tempat yg paling selamat untuk simpan barang berharga sebab pencuri biasanya akan target bilik tidur untuk cari barang berharga-tip penting ni). Kamera digital yang aku letak atas meja solek malam sebelumnya pun aku sempat capai dan letak dalam handbag pagi tu. Walaupun tetap kesal sebab kehilangan tabung duit anak-anak yang diorang dah penuhkan dengan susah payahnya selama ni, aku tetap bersyukur sebab tak kehilangan barang berharga yang lain.

Dugaan Tuhan untuk kami. Kena cari hikmah di sebalik kejadian. Walaupun penyangak tetap kena maki dan carut berbakul-bakul dan aku siap doakan dia tak sempat taubat lalu ditempatkan di neraka jahannam, aku tetap bersyukur sebab selain kehilangan tabung tu, tak ada kejadian buruk lain yang berlaku.

Semoga kejadian ni jadi ikhtibar kepada semua. Lebihkan sikap berhati-hati dan waspada sebab kejahatan berlaku bukan hanya kerana niat si pelaku, tapi juga sebab adanya peluang.

Ada sesiapa nak pakai khidmat 'pecah rumah'?

12 comments:

  1. Aduhai..bahayanya..semakin canggih dan nekad mereka ni kan..tetiba rasa takut pulak nk duk rumah sorang2 kalau semua outstation

    ReplyDelete
  2. tip akak tu sama mcm sy. sy pun tak letak dlm bilik tidur tapi kt ruang tamu. Ntah, pikir mcm klu kt situ lebih selamat. Kdg2 celah timbunan kain dalam raga pun sy letak...sbb pikir..tak mungkin penyangak nak selongkar kat kain2 tu.

    ReplyDelete
  3. nasib baik xde org masa depa pecah masuk.kalau x lg bahaya.

    penyamun skrg ni bijak2 belaka. selongkar habis-habisan.

    ReplyDelete
  4. bhye 2.. hmm,sib bek x kerugian truk kn?? mmg perompak ni terel ngn keje nk m'rompak 2.. so,mmg kne ati2 laa ble2 mse je pn..

    ReplyDelete
  5. huhu takotnya nasib tak da papa kecederaan .

    ReplyDelete
  6. huuu... mmg menakutkan! sama2 hati2 dan berdoa semoga allah melindungi kita tiap masa. dan mintak dijauhkan dr benda2 yg x elok. amin..

    ReplyDelete
  7. x guna punya perompak..tgh2 siang hari pon boleh wat keje..x selamat dunia akhirat!

    ReplyDelete
  8. bahaya betul siang siang hari pun boleh buat keja terkutuk tu lagi kan. harap2 kta semua dilindungi-Nya. aminn

    ReplyDelete
  9. Nasib baik. Dulu henfon aku kene kebas waktu tidur. Tapi yg x faham tu, camne org tu camne depa bleyh pecah msuk tanpa org perasan..hmmm

    ReplyDelete
  10. salam kenal,,sukses yahh dengan postingan nya

    ReplyDelete
  11. tulisan yang baik untuk di simak,,nice post

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails