Tuesday, November 2, 2010

Sebab mereka manusia

Ini bukan dedikasi untuk seseorang, tapi untuk semua orang.


Sabar ajelah bila hidup kamu dikelilingi manusia-manusia yang tak sedar dan alpa akan kesilapan serta kekurangan diri sendiri, selalu merasa mereka saja yang betul, selalu iri hati bila kita lebih dari mereka, pantang buat kerja lebih sikit mesti nak canang dan war-warkan secara besar-besaran, gila pemalas, tak boleh tengok orang lain senang sikit, selalu mempergunakan orang lain, selalu menegur tanpa mengambil kira perasaan orang lain, suka ambil kesempatan, suka memperbesar-besarkan cerita, memandang rendah pada kebolehan orang lain, mengutuk-ngutuk kekurangan dan kekhilafan orang lain dan selalu mengungkit-ungkit.


Sebab mereka manusia.


Yang kadangkala membuatkan kita mengacungkan jari tengah di belakang mereka. 


Sebab kita pun manusia.

3 comments:

  1. Sabar la kak..
    memang banyak manusia spesis ini di zaman skrg.
    even kawan baik kita sendiri pun boleh mengkhianati kita..rambut sama hitam tapi hati lain lain..
    kerana mereka adalah manusia dan kita juga adalah manusia. =)

    ReplyDelete
  2. kerana itu teman paling setia untuk kemanusiaan ini ialah rasa sepi.

    ReplyDelete
  3. SaLam..siLA tUNtuT awaRD aNda dI Blog kodOQ ya..Ong..kedEQ..kedeQ..(",)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails