Tuesday, January 25, 2011

Happy belated birthday my twins!!

Misi membuat persiapan untuk majlis sambutan hari jadi Alyaa dan Alysaa secara kecil-kecilan di sekolah, yang terlewat selama seminggu dari tarikh sebenar akhirnya sudah terlaksana dan tercapai. Atau dalam bahasa orang putihnya, mission accomplish.

66 bungkus goodie bags dan 66 biji  moist chocolate cupcakes dengan buttercream harus disiapkan pada hujung minggu sebelum dihantar ke sekolah mereka pada hari Isnin. Fully home made. Sangat penat, okeh. Disebabkan banyak komitmen lain pada hujung minggu, termasuk menghadiri jemputan ke majlis perkahwinan anak jiran lama yang juga kawan baik kepada keluarga kami, maka sesi berperang di dapur cuma dapat dimulakan pada petang hari Ahad, bermula dari pukul 4.30 petang membawa ke pukul 11.00 malam. Kemudian bergegas menghantar si gigi besi ke stesen bas untuk pulang ke Shah Alam setelah bercuti hujung minggu selama 2 hari di rumah. Balik ke rumah semula lebih kurang jam 12.15 tengah malam dan menyambung sesi mengemas sisa-sisa dan kesan-kesan peperangan tadi.

Memang gila punya penat. Tapi hati terasa puas dan terharu bila dapat berikan sesuatu kepada si kembar untuk ulang tahun mereka tahun ni. Ikuti kronologi membuat persiapan hinggalah sambutan ulang tahun si kembar di sekolah mereka dengan sepenuh perasaan okeh. Mari.


Proses membakar cupcakes.
 
Cupcakes yang dah siap dibakar dan dikukus. Pakai 2 method tuu..

Dah siap letak butter cream. Warna pink, kesukaan Alysaa.

  
Warna biru, kesukaan Alyaa.

Kelas K2 Jaguar dengan Teacher Rohani.
  
Kembar dengan cupcakes mereka.
  
Tengok gaya, memang tengah nyanyi lah ni.

Comel pulak cupcakes ni bila snap kat sekolah.

Teacher suap-suap manja.

Teacher tunjuk bakat melukis.
  
Hasil yang sangat membanggakan.

Teacher Norulfida pun nak glemer juga.

Hadiah yang comel dari cikgu. Awal-awal lagi Alysaa dah
masukkan kunci dalam tabung untuk tujuan keselamatan.

Hah. Ada yang sengal-sengal otak bila aku letak gambar banyak-banyak? Maklumlah, aku jarang benar letak gambar dalam entri-entri aku. Semoga ulang tahun ini membawa seribu keberkatan dalam hidup mereka. Semoga selalu menjadi pari-pari kecil mama yang paling hebat dan comel dalam dunia. Mama sayang sangat dengan Alyaa & Alysaa. Happy belated birthday, my twins!



7 comments:

  1. waaahh..bestnyer wat cupcakes :) boleh la tempah kt Misae :) anyway, hepy belated besday to alysaa n alyaa..smoga mjadi anak yg solehah :)

    ReplyDelete
  2. wah.. Happy Birthday Alysaa & Alyaa
    comel sangat...

    then your mum is so mean.. u can see through ur saving box.. besar betul lock tu =)

    ReplyDelete
  3. wah! tengkiu kak following me!

    ReplyDelete
  4. happy birthday Alyaa dan Alysaa..!
    wpun penat seronok bila dpt siapkan sendiri cc khas utk birthday anak tersayang...

    ReplyDelete
  5. sweetnye buat cuppycakes utk bufday ank sndri kn! :)

    ReplyDelete
  6. selain nampak sweet, juga menjimatkan =)
    dan sangat memberikan kepuasan sbb dpt buat sesuatu utk anak2 tersayang. bila tengok diorang gembira, itu dah sgt mengembangkan jiwa.

    ReplyDelete
  7. hppy belated bithday Alyaa & Alyssa.. wah besar betul kunci kat tabung tu..;)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails