Mereka berada dalam kelas K2 ini tahun. Belajar dalam sesi pagi berbanding sesi petang tahun lepas. Sudah boleh aku tinggalkan sejurus sahaja mereka mendapat tempat duduk di barisan hadapan sekali tanpa perlu menunggu beberapa puluh minit seperti tahun lepas di mana mereka menangis sayu dan sendu diikuti raungan pilu hingga memaksa Teacher Norulfida mendukung mereka bergilir-gilir menuju ke dapur untuk diberikan gula-gula supaya senyap.
Mereka dah sebati dengan suasana kelas dan sekolah. Sudah boleh bergaul mesra dengan kawan-kawan. Sudah bijak berkongsi-kongsi makanan dan bertukar-tukar cerita. Itu sudah cukup buat aku tarik nafas lega sebelum mereka berhijrah ke sekolah rendah tahun depan.
Aku sudah rasa apa yang mak aku rasa 23 tahun yang lepas.
Aku sayang mak aku. Dan juga little rascalsku.
Ini gambar tahun lepas sejurus sebelum mereka melalak.
Stok tudung sekolah habis, jadi pakai tudung sendiri.
alahai tomeynyer dua bradik ni btudung pink :)
ReplyDelete