Monday, January 3, 2011

Dua kosong satu satu

Dah masuk hari ke 3 dalam tahun baru 2011. Selalu buat entri terlambat.
Aku bukan nak cerita pasal azam baru. Sebab aku dah bebel tentang tu dalam entri sempena tahun baru Maal Hijrah. Lebih afdhol buat azam baru ikut takwim hijriah. *Buat muka alim*

Tahun ni kompeni tempat aku kerja awal-awal dah bagitau. Tiada bonus dan kenaikan gaji untuk tempoh beberapa bulan akan datang ni sehingga kedudukan kewangan kompeni sudah agak stabil, baru dua perkara tu akan dipertimbangkan. Kambing gurun betul. Dah la start bulan ni pemotongan EPF dah dinaikkan semula ke 11%. Tambah tolak darab bahagi, dah sah-sahlah jumlah duit gaji yang bakal aku dapat tiap-tiap bulan akan berkurangan. Aku tak tau nak bakar meja majikan aku pakai minyak tanah atau minyak petrol.

Lupakan sekejap tentang tu. Bikin aku panasss.

Tahun ni juga, kembar aku, Alyaa dan Alysaa dah masuk kelas K2 di tadika mereka. 8 Januari 2011 ni, genaplah umur mereka 6 tahun. 6 tahun yang sangat membahagiakan bersama mereka. Walaupun kerap bertukar menjadi tarzan setiap kali mereka buat hal, tapi hakikatnya mereka sangat melengkapkan kehidupan aku. Ditambah lagi dengan kewujudan Rayyan Mikhail selepas mereka, rasanya aku dah miliki semua kebahagiaan di muka bumi ni. Memiliki mereka membuatkan aku semakin berusaha untuk menjadi dan memberikan yang terbaik untuk mereka. Serius. Kalau kamu ada anak, kamu akan faham perasaan itu. Segala yang kita lakukan adalah demi anak-anak.

Lupakan tentang usia. Peduli apa aku. Yang bertambah cuma nombornya sahaja. Yang penting, jiwa tetap muda. Haha. Ayat penyedap hati terbaik untuk golongan yang susah nak terima hakikat sebenar. Kecuali aku.

2011. Aku mengharapkan ada sesuatu yang baik yang akan menjengah dalam kehidupan aku dan keluarga. Kecuali bab-bab pertambahan umat manusia. Aku belum tidak terfikir dan tidak merancang sama sekali. Untuk yang berkenaan, sila ambil perhatian. Sangat jelas, okeh!

2011. Ceh, macam sajak pun ada. Aku harap semuanya akan baik dan teratur. Insya-allah.

Dan.. oh ya! Semoga selsema dan batuk kokol yang aku dah nikmati selama seminggu ni akan sembuh dan pulih seperti sedia kala. Amin.

5 comments:

  1. smoga dua kosong satu satu mbawa sejuta kebahagiaan =)

    ReplyDelete
  2. insya allah...semoga 2011 membawa seribu rahmat kepada kita....

    ReplyDelete
  3. ameen, mudah2an yang baik2 sahaja utk tahun 2011 ni.

    ReplyDelete
  4. ya betul tu..setuju sangat pasal anak tu..cam aku yang baru anak sorang ni pun terasa sangat bermakna setiap yang aku buat terutama dalam mencari rezeki..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails