Perkara yang sangat mengerikan bagi aku dan mungkin kebanyakan wanita lain di luar sana adalah apabila tiba-tiba kita tersedar yang umur kita semakin meningkat dan bertambah setiap masa. Kemudian kita akan menuju ke cermin dan membelek serta menilik wajah kita terutamanya di bahagian mata kalau-kalau ada kedutan yang muncul dengan perasaan yang sangat risau dan bimbang. Seterusnya meneliti struktur kulit kita kalau-kalau ianya semakin kelihatan kendur dan kering akibat mula kehilangan kolagen sedikit demi sedikit. Meraba rambut di kepala sebab nampaknya ia semakin menipis dan berkurangan di banyak tempat. Kemuncaknya bila kita benar-benar kalut dan mula berkira-kira untuk membeli pelbagai jenis produk untuk mengawetkan tubuh badan termasuk pelbagai jenis suntikan yang boleh membuatkan kita kelihatan lebih muda dan kekal muda.
Aku rasa semua perempuan pun pernah melalui dan akan mengalami semua perkara di atas. Cukup mengerikan, kan? Dan rasa ngeri itu semakin bertambah bila ada seseorang yang nampaknya kelihatan lebih tua atau mungkin sebaya dengan kita tiba-tiba memanggil kita kakak dan mencium tangan kita semasa bersalaman. *Pitam*
Ya, tahun ni umur aku diupgrade lagi ke satu series yang sangat menakutkan. Aku dah mula jeles bila golongan yang muda setahun atau 2,3 tahun di bawah aku akan mula mengambil alih umur yang aku dah tinggalkan.Tapikan, walaupun umur dah meningkat, aku tak pulak rasa berlakunya perubahan yang besar dalam hidup aku. Semuanya rasa macam biasa je. Masih lagi macam sebelum-sebelum ni. Korang rasa macam tu tak? Waktu belajar di kolej dulu, kawan-kawan selalu gelakkan aku sebab nampak macam budak umur 13 tahun walaupun dah nak masuk 20 tahun. Sekarang, aku rasa macam nak ulang balik masa tu.
Cuma bila aku kadangkala dipanggil 'adik' atau 'amoi' oleh penjual barang sewaktu membelek-belek barang mereka, aku rasa lega sikitlah sebab masanya belum tiba sangat untuk aku rasakan ketakutan dan kengerian yang melampau berhubung dengan peningkatan umur aku. Fuhhh!
Nenek yang comel. |
yup!! memang ngeri kn..
ReplyDeletebut biar muka nmpk tua asl hati nmpk muda blh kan??!! ^^,
ngeri ke kalo camtu ?
ReplyDeletehehehe..sama la cam wifey kat rumah tu..bila badan dah naik sikit, kene panggil 'kakak' lak pehtu dah mula risaukan kenampakan tua..
wasabi: ya, betuulll! biar umur tua asal kita rasa muda.. haha. boleh eh?
ReplyDeletepipoq: uihhh, ngeri gila!! apa yg wife u rasa amat saya fahami. sampaikan salam pada dia.