Aku bersyukur betul sebab tuhan dah bagi sepasang tangan dan kaki untuk aku. Tapi rasanya, kalau pun tuhan bagi aku 4 pasang tangan untuk aku, itupun masih tak cukup untuk aku gunakan bila berada kat rumah. Sekarang, boleh bayangkan tak betapa sibuknya rutin harian sebagai seorang suri rumah separa masa macam aku ni yang ada 3 orang tentera kerahan yang sentiasa sibuk 'berkhidmat tanpa disuruh'?
Bila ada yang cakap, "Apa je yang kau buat kat rumah? Takkan tak ada masa langsung?". Nak aje aku tampar mulut beliau. Tak taulah kenapa ek, bila kat rumah memang kerja tak pernah habis. Tengah buat satu kerja, dalam otak ni ligat berfikir, lepas ni nak buat apa pulak ye? Walaupun siangnya bekerja 9 to 5, bila dah balik rumah, kesibukan dan kepenatan adalah lebih berganda dari waktu 9-5 tadi tu. Bagi orang yang tak faham mungkin akan fikir, apa lah sangat yang nak dibuat kat rumah, bukanlah penat mana pun. Tapi, cuma suri rumah je lah yang tau betapa penatnya bila berada kat rumah. Lagi-lagi bagi suri rumah sepenuh masa. Aku betul-betul salute kat mereka ni sebab kerja sebagai suri rumah ni lah yang paling penat sebenarnya berbanding dengan kerja di pejabat 9-5. Betul tak?
Bila kat rumah, dari sekecil-kecil benda macam merancang untuk menu makan tengahari atau malam sampailah ke benda yang besar-besar macam merancang perbelanjaan untuk sebulan, tak termasuk lagi nak membasuh baju, menyental pinggan periuk belanga, mengemas rumah dari ruang tamu bersambung ke dapur dan bilik tidur, melipat baju, mengurus anak nak ke sekolah, mengurus anak bila kat rumah, jadi cikgu mengajar anak buat kerja sekolah dan banyak lagi hal remeh temeh yang kadang-kadang orang yang tak faham akan rasa macam, "alaa, buat jelah cepat-cepat, dah siap terus buat kerja lain pulak", rasa macam nak bagi pelempang 5 das je kan kat orang yang tau cakap je macam tu? Diorang ni tak rasa apa yang orang lain rasa, jadi memang pandai bercakap je lah. Diorang tak rasa macam mana sibuk dan penatnya kita yang buat kerja ni sampai nak sedut oksigen @ bernafas pun kadang-kadang tak sempat. Fuh~
Cuma, kalau diberi peluang, aku nak tuhan bagi aku seekor Doraemon (boleh eh seekor?). Tu je.
An An An, tottemo daisuki, Doraemon.. |
eh kak. sy ni yg xda anak lagi pun sibuk je bila balik rumah. Macam2 je ada nak kena buat.
ReplyDeleteIni kan pulak ada anak2...lagi la mcm2 keja ada je nak buat...hehe *peace
dik, sibuk org single ngan sibuk org dah kawen sgt la lainnye. suri rumah ni byk org bawahan yg nak dijaga, dicontrol n dilayan.. penaaatt..
ReplyDeleteselagi tak tutup mata,kerja,kerja,kerja....adeh
ReplyDelete